Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru

Share

Akaun Facebook Rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 30/05/2026

Sambutan Hari Hipertensi Sedunia 2026 oleh Klinik Kesihatan Ulu Tiram dan anjuran bersama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ulu Tiram.

Tema: Mengawal hipertensi bersama-sama. Hentikan stigma

- Lokasi : Dewan raya Taman Bukit Tiran
- Hari : Jumaat 22 Mei 2026
- Masa : 8.00 pg sehingga 4.00 petang
- ⁠Jumlah pendaftaran peserta : 120 orang

Tetamu khas :

1. En Fauzi bin Faizal, Ahli Majlis Zon Tiram MBJB
2. Dr Nur Zaidah Binti Mohd Tahir, Pakar Kesihatan Keluarga Klinik Kesihatan Ulu Tiram
3. Hj Abdul Rahman bin Mohamad, Pengerusi Masjid Bukit Tiram
4. En Shazrul Idham Bin Abd Aziz, Ketua panel penasihat Klinik Kesihatan Ulu Tiram

Pelbagai booth disediakan:-
1. Booth NHSI
2. Booth Klinik Berhenti Merokok
3. Booth Farmasi 'Kenali Ubat Anda'
4. ⁠Booth Terapi Carakerja
5. Booth Fisioterapi
6. Booth Makanan Sihat oleh pegawai dietetik
6. ⁠Booth Pergigian 'Ingat Hari Jadi, Ingat Doktor Gigi'

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Chairobik
2. Ceramah kesihatan oleh Pakar Kesihatan Keluarga dan Pegawai Dietetik
3. Kuiz ceramah kesihatan
3. ⁠Saringan kesihatan
4. Cabutan bertuah
5. Sumbangan keluarga asnaf

Total peserta : 120
Total saringan
- NHSI : 56
- Tibi : 10
- HPV DNA : 14
- KBM 7

Sekian, terima kasih

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 29/05/2026

Operasi Bersepadu Malaria & Filariasis Peringkat Negeri Johor 2026

Pada tahun ini telah diadakan Operasi Bersepadu Malaria & Filariasis Peringkat Negeri Johor 2026, dimana daerah Kota Tinggi telah menjadi tuan rumah bagi operasi ini dengan melibatkan semua daerah pada 19 hingga 21 Mei yang lalu. Operasi ini diadakan dengan tujuan bagi mengawal penyakit malaria dan filariasis dan pelbagai aktiviti telah disusun bagi mencapai ke arah eliminasi penyakit malaria.

Aktiviti pengambilan BFMP telah dijalankan ke atas penduduk tempatan serta warga asing yang dikenal pasti berisiko bagi tujuan pengesanan awal kes. Selain itu, aktiviti Indoor Residual Spraying (IRS) turut dilaksanakan di kawasan penempatan sasaran bagi memutuskan rantaian penularan malaria melalui kawalan vektor nyamuk Anopheles.

Di samping itu, pemeriksaan persekitaran dan aktiviti pendidikan kesihatan turut dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang langkah pencegahan malaria dan filariasis. Kerjasama yang baik antara semua daerah serta agensi yang terlibat telah membantu melancarkan operasi ini dan diharapkan usaha sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mencapai sasaran eliminasi malaria di negeri Johor.


26/05/2026
Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 24/05/2026

22-23 May 2026 (Johor Bahru) – Operasi penguatkuasaan Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan (Akta 852) telah dijalankan oleh anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru di premis makanan dan kawasan pengangkutan awam

Hasil operasi mendapati masih terdapat individu yang merokok di kawasan larangan merokok yang telah diwartakan. Sebanyak 28 notis kesalahan telah dikeluarkan kerana merokok di premis makanan dan kawasan pengangkutan awam.

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru menggesa orang awam supaya tidak merokok di premis makanan dan kawasan pengangkutan awam.serta lebih peka terhadap kehadiran kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi.
Sayangi diri, keluarga dan masyarakat.

Sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok, sila hadir ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan Perkhidmatan Berhenti Merokok.

Layari laman sesawang:
👉 jomquit.moh.gov.my


Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 22/05/2026

KK Gelang Patah dengan kerjasama KK Skudai Baru dan KK Bukit Indah telah mengadakan Program Kesihatan di IPD Iskandar Puteri pada ketetapan berikut:

📅 Tarikh: 22 Mei 2025
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Tempat: IPD Iskandar Puteri

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran:

1️⃣YDH ACP Kumaresan A/L Muniandy
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri
2️⃣Puan Magdalen Lobinjang
Pengerusi PERKEP IPD Iskandar Puteri
3️⃣Dr Nur Amirah binti Jalil
Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga Pra Warta KKGP

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
🌸Forum Kesihatan
OBESITI: CABARAN KESIHATAN MASA KINI
🌸Chairobic
🌸Saringan NHSI
🌸Saringan Obesiti

Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada kira-kira 200 orang warga IPD dan PERKEP Iskandar Puteri.

22/05/2026

KESELAMATAN MAKANAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA ✨

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan musim ibadah korban, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan serta keselamatan makanan demi kesihatan keluarga dan masyarakat 💚

✅ Cuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan daging korban
✅ Gunakan peralatan yang bersih dan tidak tercemar
✅ Simpan daging korban pada suhu yang sesuai
✅ Masak makanan sehingga sempurna
✅ Buang segera makanan yang telah rosak atau berbau
✅Edarkan segera selepas penyembelihan dilakukan

Amalkan 10 tips keselamatan makanan bagi mengelakkan keracunan makanan serta memastikan agihan dan penyediaan hidangan Aidiladha berjalan dengan selamat 😊

🌙 “Ibadah korban penuh keberkatan bermula dengan kebersihan dan keselamatan makanan.”

Selamat Hari Raya Aidiladha ✨

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 19/05/2026

Kem Kesihatan 2026 sempena World Hypertension Day
Tema: Kawal stress, kawal tekanan darah
- Lokasi : Flat Larkin
- Hari : Sabtu 16 Mei 2026
- Masa : 7.30 pg sehingga 1.00 tengahari.
- ⁠Jumlah pendaftaran peserta : 150 orang

Tetamu khas :

1. YB Mohd Hairi b Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan
2. Dr Loganathan Salvaraji, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Unit NCD , PKDJB
3. Prof Harinarayan Radhakrishna, Dean of Medicine Numed
4.Y Brs Encik Abdul Ghafar Sudin , Ahli Majlis MBJB Zon Larkin
5.En Mahzan bin Ismail, Pengerusi Panel Penasihat KK Larkin

Pelbagai booth disediakan:-
1. Booth NHSI/ Peka B40
2. Booth Pergigian
3. Booth Saringan Mental dan Minda Sihat
4. ⁠Booth Kesihatan Lelaki, Wanita dan kanak-kanak
5. Booth Kesihatan Global
6. ⁠Booth oleh Anytime Fitness, Procare dan Health Lane

Antara aktiviti yang dijalankan :
1. Funwalk
2. Ceramah kesihatan oleh Pegawai Perubatan, Pakar Psikiatri, Jurupulih Perubatan Carakerja dan Pegawai Pergigian
3. ⁠Saringan kesihatan
4. Cabutan bertuah
5. Pertandingan video tik tok challenge
6. Pertandingan rekacipta playdough kanak-kanak
7. Suntikan vaksin Influenza kpd warga emas




Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 19/05/2026

18 May 2026 (Johor Bahru) – Operasi penguatkuasaan Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan (Akta 852) telah dijalankan oleh anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kawasan hospital.
Hasil operasi mendapati masih terdapat individu yang merokok di kawasan larangan merokok yang telah diwartakan.

Sebanyak 19 notis kesalahan telah dikeluarkan kerana merokok di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kawasan hospital. Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru menggesa orang awam supaya tidak merokok di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kawasan hospital.serta lebih peka terhadap kehadiran kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi.

Sayangi diri, keluarga dan masyarakat.
Sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok, sila hadir ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan Perkhidmatan Berhenti Merokok.

Layari laman sesawang:
👉 jomquit.moh.gov.my


Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 16/05/2026

Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru telah berjaya menganjurkan Sesi Taklimat Kesedaran Kesihatan dalam kalangan guru-guru baru-baru ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas kerjasama erat yang diberikan. Semoga usaha murni ini dapat meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan pendidik, yang seterusnya akan menjadi ejen penyampai maklumat serta amalan sihat ini kepada para pelajar di sekolah.

Bersama-sama kita melahirkan generasi muda yang sihat dan sejahtera! 🇲🇾✨




Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru's post 16/05/2026

15-16 May 2026 (Johor Bahru) – Operasi penguatkuasaan Akta Kawalan Merokok Demi Kesihatan (Akta 852) telah dijalankan oleh anggota kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kompleks membeli belah.
Hasil operasi mendapati masih terdapat individu yang merokok di kawasan larangan merokok yang telah diwartakan.

Sebanyak 58 notis kesalahan telah dikeluarkan kerana merokok di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kompleks membeli belah. Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru menggesa orang awam supaya tidak merokok di premis makanan,kawasan pengangkutan awam dan kompleks membeli belah.serta lebih peka terhadap kehadiran kanak-kanak dan golongan berisiko tinggi.

Sayangi diri, keluarga dan masyarakat.
Sekiranya anda berhasrat untuk berhenti merokok, sila hadir ke klinik kesihatan berhampiran bagi mendapatkan Perkhidmatan Berhenti Merokok.

Layari laman sesawang:
👉 jomquit.moh.gov.my


Want your business to be the top-listed Government Service in Cisaat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Cisaat

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00