10/08/2026
JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2026 (Isnin) β PERKEP Kontinjen Johor telah menganjurkan Ceramah Tatacara, Etiket dan Protokol bertempat di Dewan Auditorium, Aras 2, IPK Johor.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Salwah binti Mahdan, Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, YBhg. Puan Saw See Na, Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Johor, barisan Ketua Biro, Pengerusi PERKEP Daerah, Ahli Jawatankuasa serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Johor.
ποΈ Ceramah telah disampaikan oleh Coach Wani Hamdan, yang berkongsi ilmu serta panduan berkaitan tatacara, etiket dan protokol, termasuk aspek keterampilan diri, komunikasi berhemah, adab dalam majlis rasmi serta pembentukan imej yang profesional dan berwibawa.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta, malah turut memperkukuhkan keyakinan diri dalam mengendalikan serta menghadiri majlis rasmi dengan tatacara dan protokol yang betul.
Semoga segala ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat dipraktikkan dalam setiap urusan rasmi serta aktiviti PERKEP, sekali gus membentuk ahli PERKEP yang santun dalam tutur kata, anggun dalam penampilan dan berwibawa dalam tindakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Coach Wani Hamdan atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. π·