24/02/2026
PEMERIKSAAN PERKAKASAN ICT & KAUNTER BAYARAN KOMPAUN
VCC VEP Danga Bay
24 Februari 2026 | 2.30 Petang
Satu pemeriksaan berkala telah dilaksanakan oleh Tn. Azhar Ahmad, Ketua Stesen Kawalan Sempadan BSI, bagi meneliti tahap kesiapsiagaan infrastruktur serta perkakasan ICT di kaunter bayaran kompaun VCC VEP Danga Bay.
Pemeriksaan ini bertujuan memastikan setiap peralatan dan sistem berada dalam keadaan baik, berfungsi dengan optimum serta sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan berintegriti kepada pelanggan.
Komitmen berterusan ini mencerminkan keutamaan jabatan dalam memastikan kelancaran operasi dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.
20/02/2026
LAWATAN RASMI KETUA PENGARAH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP KE STESEN KAWALAN SEMPADAN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI), JOHOR
π
20 Februari 2026
Stesen Kawalan Sempadan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor telah menerima Lawatan Rasmi Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YBhg. Datuk Azman bin Adam.
Turut mengiringi lawatan ialah Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Negeri Johor, YBrs. Tuan Zulkarnain bin Yasin.
Lawatan ini bertujuan meninjau secara langsung pelaksanaan dan kelancaran operasi Sistem Vehicle Entry Permit (VEP) dan Road Charge (RC) di Bangunan Sultan Iskandar, khususnya dari aspek pematuhan, penguatkuasaan serta kecekapan penyampaian perkhidmatan di pintu masuk negara.
Taklimat operasi di lapangan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua SKS BSI, Tuan Zulkarnain Abdul Rahman, merangkumi proses kerja semasa, cabaran operasi serta langkah penambahbaikan berterusan bagi memastikan sistem VEP dan RC berjalan secara efektif dan teratur.
Hadir sama dalam lawatan ini ialah Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor.
Semoga lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara agensi dalam memastikan penguatkuasaan yang lebih bersepadu, cekap dan berintegriti demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.
LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi JPJ SKS (BSI) untuk info terkini:
β
Facebook
https://www.facebook.com/sksbsi
β
Tiktok
https://www.tiktok.com/
β
Instagram
https://www.instagram.com/sksjpj_bsi
16/02/2026
MESYUARAT PENYELARASAN KERJA DAN PENGESYORAN PEMBAYARAN
PROJEK PELAKSANAAN SISTEM VEP/RC BIL.3/2026
π Tarikh: 16 Februari 2026 (Isnin)
π Masa: 9.30 pagi
π Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Penguatkuasa, JPJ Ibu Pejabat
π€ Pengerusi: Datoβ Muhammad Kifli Maβ Hassan
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia
Mesyuarat ini telah diadakan bagi membincangkan penyelarasan kerja semasa serta pengesyoran pembayaran berkaitan pelaksanaan Projek Sistem VEP/RC. Perbincangan turut memberi fokus kepada kemajuan pelaksanaan sistem, isu-isu teknikal di lapangan serta tindakan penambahbaikan bagi memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan.
Kehadiran :
KPPP Azhar bin Ahmad
(Ketua SKS BSI)
KPPP Abd Rahim bin Abd Kadir
(Ketua SKS KSAB)
Mesyuarat diakhiri dengan beberapa ketetapan penting untuk tindakan susulan oleh pihak berkaitan demi memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan Sistem VEP/RC.
11/02/2026
MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL TEKNIKAL VEP SKS BSI BIL. 2/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Teknikal VEP SKS BSI Bil. 2/2026 pada 11 Februari 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat VEP, Stesen Kawalan Sempadan (SKS) BSI.
Mesyuarat ini telah diadakan sebagai platform penting bagi memperkukuhkan penyelarasan operasi serta menangani isu-isu teknikal yang timbul di lapangan berkaitan pelaksanaan Vehicle Entry Permit (VEP). Ia juga bertujuan memastikan sistem serta perkakasan VEP sentiasa berada pada tahap terbaik demi kelancaran perkhidmatan dan pematuhan prosedur yang ditetapkan.
π Tarikh: 11 Februari 2026
β° Masa: 11.00 pagi
π Lokasi: Bilik Mesyuarat VEP SKS BSI
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh:
Tn. Azhar bin Ahmad
Ketua SKS BSI
Turut hadir bersama:
β’ Tn. Zulkarnain Abd Rahman β Timbalan Ketua SKS BSI
β’ Tn. Md Norali β Ketua Unit VEP SKS BSI
β’ Pasukan teknikal (Vendor) VEP
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
β
Isu teknikal pelaksanaan VEP di lapangan
β
Proses dan penambahbaikan pendaftaran VEP
β
Pembentangan kemajuan kerja-kerja penyelenggaraan sistem serta perkakasan VEP
β
Langkah-langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kecekapan operasi
Diharapkan melalui mesyuarat ini, segala isu dapat ditangani secara lebih tersusun dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera demi memastikan pelaksanaan VEP di SKS BSI berjalan lancar, efisien serta berintegriti.
11/02/2026
PROGRAM PELUNCURAN TABUNG INFAQ βNUR RAMADHANβ SKS BSI 2026
Ramadhan kembali lagi⦠membawa seribu keberkatan, keampunan dan peluang untuk kita menggandakan amal kebajikan.
Alhamdulillah, SKS BSI dengan penuh rasa syukur meneruskan tradisi program kerohanian tahunan Tabung Infaq βNur Ramadhanβ, yang kini memasuki tahun ke-8 penganjurannya.
Tabung ini bukan sekadar kutipan, tetapi simbol kasih sayang dan keprihatinan kita kepada insan yang memerlukan.
Hasil infaq ini akan disalurkan kepada rumah anak-anak yatim dan pusat-pusat tahfiz, sebagaimana yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun lalu.
π Peluncuran tabung telah disempurnakan oleh:
Tn. Azhar Ahmad
Ketua SKS BSI
Dan disampaikan kepada ketua-ketua unit yang terlibat:
β
Unit Pentadbiran & Hasil
β
Unit VEP
β
Unit Penguatkuasaan Sempadan (UPS)
π
Tarikh: 11 Februari 2026
π Tempat: Stesen Kawalan Sempadan BSI
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi cahaya di akhirat kelak, dan Ramadhan ini disinari dengan pahala yang berlipat kali ganda π€²β¨
βSedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan.β
07/02/2026
LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR (BSI).
07 Februari 2026, Johor Bahru - Lawatan Kerja YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan dan operasi sistem Vehicle Entry Permit (VEP) dan Road Charge (RC) di pintu masuk negara.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara langsung pelaksanaan sistem di lapangan, meneliti aliran proses kerja serta mendapatkan gambaran menyeluruh berkaitan pengurusan trafik kenderaan rentas sempadan, khususnya di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) BSI.
Lawatan tersebut turut disertai oleh Pengarah JPJ Negeri Johor, YBrs. Tuan Zulkarnain bin Yasin serta Timbalan Pengarah Dasar Bahagian Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBrs. Tuan Nor Azlan bin Ibrahim.
Sepanjang lawatan, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah telah diberikan taklimat oleh Ketua Stesen Kawalan Sempadan, YBrs. Tuan Azhar bin Ahmad berkaitan pelaksanaan, pemantauan serta penguatkuasaan sistem VEP dan RC, selain sesi perbincangan bersama pihak pengurusan dan pegawai terlibat bagi mendapatkan maklum balas operasi semasa serta perkara-perkara penambahbaikan yang berkaitan.
Lawatan kerja ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam memastikan pelaksanaan sistem VEP dan RC berjalan dengan teratur, berkesan dan selaras dengan dasar sedia ada.
Pihak JPJ SKS BSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan kerja ini, khususnya kepada pegawai dan anggota JPJ yang bertugas di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atas komitmen, kerjasama serta dedikasi yang diberikan sepanjang lawatan berlangsung.
LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi JPJ SKS (BSI) untuk info terkini:
β
Facebook
https://www.facebook.com/sksbsi
β
Tiktok
https://www.tiktok.com/
β
Instagram
https://www.instagram.com/sksjpj_bsi
27/01/2026
[OPS PENGUATKUASAAN VEP 5 NEGERI]
Johor Bahru, 22 Januari 2026 - Operasi Penguatkuasaan VEP telah dilaksanakan hasil kerjasama strategik lima (5) JPJ Negeri iaitu JPJ Negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka sebagai langkah awal ke arah peluasan penguatkuasaan VEP ke negeri-negeri lain.
Operasi ini telah dilaksanakan di kawasan sekitar SKS BSI dan SKS KSAB sebagai platform pelaksanaan berfasa bagi penguatkuasaan VEP, dengan penekanan kepada pematuhan peraturan serta persediaan ke arah peluasan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.
Pelaksanaan operasi secara bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan JPJ dalam memperkukuhkan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa terpelihara.
LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi JPJ SKS (BSI) untuk info terkini:
β
Facebook
https://www.facebook.com/sksbsi
β
Tiktok
https://www.tiktok.com/
β
Instagram
https://www.instagram.com/sksjpj_bsi
12/12/2025
Setinggi -tinggi Tahniah kepada YBhg. Datoβ Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Datoβ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datoβ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember 2025/ 20 Jamadilakhir 1447H
Ikhlas Daripada
Pengurusan Tertinggi dan
Seluruh Warga Kerja Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
24/11/2025
24 November 2025 β Team Falcon X JPJ SKS BSI telah melaksanakan Ops Khas Bas Ekspres di kawasan Parking Bay Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) , Johor Bahru.
Hasil pemantauan mendapati bas ekpres tersebut disyaki melanggar syarat pengendali yang ditetapkan. Bas ekspres tersebut beroperasi sebagai bas henti-henti.
Tindakan diambil:
π Borang Penyitaan Barang Kes β Seksyen 222 APAD 2010
π Notis Panggilan Temu Siasat β Seksyen 224 APAD 2010
π Notis kesalahan turut dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010
JPJ SKS BSI akan terus komited dalam melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan semua pengendali kenderaan mematuhi peraturan, demi keselamatan serta kesejahteraan pengguna jalan raya, khususnya di kawasan BSI.
LIKE dan FOLLOW media sosial rasmi JPJ SKS (BSI) untuk info terkini:
π Facebook
https://www.facebook.com/sksbsi
π΅ TikTok
https://www.tiktok.com/
πΈ Instagram
https://www.instagram.com/sksjpj_bsi