Friend Of Ir Jebat Modern

Friend Of Ir Jebat Modern

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Friend Of Ir Jebat Modern, Political organisation, Jakarta.

11/10/2023

Penutupan penuh Gaza cabul undang-undang antarabangsa, kata PBB

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam keputusan Israel menghentikan semua penghantaran makanan, air, elektrik dan bahan api ke Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ia dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk menafikan orang daripada apa yang mereka perlukan untuk hidup, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk di Geneva pada Selasa.

“Perintah kepungan yang membahayakan nyawa orang awam dengan tidak membenarkan barangan penting untuk kelangsungan hidup mereka adalah dilarang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” katanya.

“Sebarang sekatan ke atas pergerakan orang dan barangan untuk melaksanakan kepungan mesti dibuktikan oleh keperluan ketenteraan atau sebaliknya boleh dikenakan hukuman kolektif.” – Bernama, 11 Oktober, 2023.

18/09/2023

(Padu Dari Tun Dr Mahathir Buat Anwar)
ANWAR DAN ZAHID

1. Datuk Seri Anwar di dalam satu temu-ramah bersama Bloomberg News beberapa hari lalu menyatakan bahawa keputusan menarik balik 47 kes rasuah terhadap Zahid Hamidi adalah sepenuhnya keputusan Peguam Negara.

2. Dia kata kes-kes terhadap Zahid dilakukan secara tergesa-gesa. Di masa yang sama Anwar cuba kaitkan nasihat saya kepada Zahid supaya bubarkan UMNO dan apabila Zahid tidak mahu, maka dia dihadapkan dengan kes-kes rasuah tersebut.

3. Pertamanya, saya nak jawab mengenai tuduhan kes itu dibuat secara tergesa-gesa.

4. Kes terhadap Zahid telah diangkat oleh Peguam Negara ketika itu kerana ianya telah menjadi isu panas semasa kempen pilihanraya seperti mana kes Najib dan 1MDB.

5. Peguam Negara ketika itu telah membuat penyiasatan dan mendapati terdapat kes untuk mendakwa Zahid.

6. Maka kes itu dibawa ke mahkamah. Selama empat tahun dengan puluhan saksi serta bukti-bukti dibentang, Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati pendakwa telah berjaya menimbulkan kes prima facie terhadap Zahid dan dia di arah untuk mempertahankan diri.

7. Amatlah tidak logik untuk seorang Hakim Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa ada kes prima facie jika pendakwa gagal memberi bukti yang kukuh dan hujahan yang baik.

8. Bagi saya, setelah diserang bertubi-tubi, kenyataan Anwar bertujuan untuk mempertahan keputusan pendakwa yang menarik balik kes terhadap Zahid dan di masa yang sama membuat andaian ada unsur menganiaya Zahid.

9. Kerana itu dia cuba kaitkan isu saya menyuruh Zahid bubar UMNO dan kerana tidak mahu, maka dia dituduh dengan kes-kes itu.

10. Jika saya telah salah-guna kuasa dan mengarah Pendakwa ketika itu untuk tekan Zahid, kenapa tidak seorang pun Menteri-Menteri kabinet atau pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan, termasuk Anwar, mempersoal Zahid dihadapkan ke mahkamah.

11. Ramai Menteri-Menteri di dalam kabinet saya adalah dari PH dan PKR, termasuk juga isteri Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri.

12. Kalau mereka kata tidak berani berkata apa-apa, ia agak lucu kerana apabila berkait dengan serah jawatan PM kepada Anwar, mereka lantang dan bersemangat.

13. Mungkin mereka lupa, kesemua mereka menyokong proses undang-undang yang dilakukan terhadap Zahid (dan Najib) kerana itu adalah mengikut Rule of Law serta bukti Kerajaan PH ketika itu berjuang melawan rasuah.

14. Kesangsian terhadap kes-kes rasuah yang dilakukan Zahid hanya timbul setelah Anwar berjaya menjadi PM dengan sokongan Zahid.

15. Perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah mengenai saya suruh Zahid bubar UMNO.

16. Benar saya suruh Zahid bubar UMNO kerana saya yakin dia akan guna UMNO sebagai alat, sebagai bahan rundingan atau bargaining chip untuk mengelak dirinya dari didakwa atas kesalahan-kesalahan rasuahnya.

17. Saya percaya dia cuba guna UMNO semasa Tan Sri Muhyiddin jadi PM untuk gugurkan kes-kesnya dan apabila Muhyiddin tidak setuju, Zahid tarik balik sokongan UMNO sehingga kerajaan itu jatuh.

18. Selepas itu dia cuba menerusi Ismail Sabri tetapi Ismail Sabri tidak berani nak lakukan kerana pendapat awam amat kuat terhadap Zahid. Kerana itu Ismail Sabri dipaksa bubar parlimen dan adakan pilihanraya lebih cepat.

19. Hari ini terbukti jangkaan saya benar. Dia telah guna UMNO untuk memasti Anwar jadi Perdana Menteri walaupun semasa berkempen di dalam PRU 15 dia telah mendesak penyokong UMNO supaya menolak Anwar dan DAP.

20. Malahan sebelum itu, menurut seorang pemimpin dan tukang cakap UMNO Ahmad Maslan, Zahid telah bersumpah laknat tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

21. Saya tak berapa maklum apa maksud sumpah laknat kepada Zahid atau Ahmad Maslan, tetapi kefahaman saya ialah ianya bersumpah guna nama Allah dan sedia dilaknat jika sumpah itu di langgar.

22. Saya juga tak tahu jika sumpah laknat boleh ditarik balik kerana sepatutnya sebelum sumpah itu diungkap, orang yang melafazkannya sudah tekad dan tiada keraguan sama sekali dengan niatnya.

23. Yang jelas, kes-kes terhadap Zahid gugur dengan PM sekarang.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 September 2023

15/09/2023

Keresahan Bani Melayu

Bani Melayu gelisah resah kerana untuk pertama kalinya dalam sejarah moden tamadun Tanah Melayu - Perdana Menteri yang di lantik bukan datang dari parti Melayu.

Najib Perdana Menteri walau pencuri yang di mas**an ke dalam penjara masih berasal dari parti Melayu – parti United Malaya National Organisation. Mahathir ketika dilantik kali ke dua berasal dari Parti Melayu Bersatu. Begitu juga Muhyidin. Ismail Sabri pengganti Muhyidin juga dari parti Melayu United Malaya National Organisation.

Tetapi Anwar bin Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri Ke 10 satelah PRU15 bukan dari parti Melayu. Anwar dipilih jadi PM bukan berasal dari parti Melayu.

Anwar datang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti ini bukan parti Melayu. PKR klim parti berbilang bangsa bukan eksklusif parti Melayu. Ada India , ada China, ada Baba dan ada Yang Lain dalam PKR

Jangan silap baca Anwar bin Ibrahim adalah Melayu. Hanya Anwar tidak memimpin parti Melayu.

Justeru kerana PM kali ini bukan dari parti Melayu maka semenjak selesai PRU15 kita lihat suasana politik Tanah Melayu semakin tidak stabil – porak peranda tunggang langgang. Retak menunggu belah.

08/09/2023

**ANWAR KHIANAT PENGUNDI CINA

DAP suruh bawa Zahid ke penjara, bukan Putrajaya !

PH menang kerana majoriti pengundi Cina mengundi PH. Namun tergadai begitu sahaja kerana percayakan Anwar.

Itulah kekuatan terbesar PH masih mendapat kepercayaan dan undi daripada pengundi Cina.

Akhirnya Anwar bawa bukan sahaja Zahid, tapi UMNO yang terbuang oleh rakyat, ahli dan pimpinan utama mereka sendiri juga dibawa ke Putrajaya.

Maka, bermula sudah ketergugatan pengundi Cina yang setia kepada DAP dan PH kerana Anwar yang sering berjanji membawa reformasi, tatakelola dan tolak perasuah.

Anwar boleh sahaja mengaku tidak campur tangan, tetapi siapa yang memberi nyawa kepada Zahid? Yang tidak mungkin diberi kepada seseorang yang sedang didakawa atas 47 pertuduhan rasuah.

Ruang dan peluang yang luas untuk Zahid meloloskan diri dengan kedudukan yang ada, diberi oleh Anwar sendiri.

“Saya tahu sokongan orang Cina kepada Allahyarham cukup besar, cukup kuat. Saya mahu kali ini Suhaizan juga dapat sokongan daripada pengundi-pengundi Cina di Pulai ini. Dulu dia lawan BN, BN lawan dia, dulu lawan tetap lawan, sekarang lawan sudah jadi kawan, buat apa kita lawan? Sekarang kita kerajaan perpaduan.”

Lihatlah betapa terdesaknya Zahid. Undi kaumnya sendiri tidak mampu dirayu, bagaimana nak merayu undi Cina yang menyokong PH kerana kononnya akan menghumban Zahid ke penjara.

Sekarang, Zahid adalah punca pengkhianatan terbesar Anwar kepada pengundi Cina.

Undi Cina yang sepatutnya untuk menolak Zahid, dimanip**asikan Anwar untuk menyelamatkan Zahid.

Tolak penyamun hanya umpan dalam keterdesakan. Anwar tidak bermaksud menangkap ‘penyamun’ yang dimaksudkan sebelum PRU-15.

Selagi Anwar tidak berpegang kepada janji, pengundi Cina terus dikhianati.

06/09/2023

Akal Dan Budi

Sebelum ini, Si Anak Murid menggunakan "Akal" untuk menipu ahli parti sendiri

Kini, tiba p**a giliran Si Cikgu Bentara Guru membalas "Budi"

Satu Malaysia marah, geram dan benci

Si Ambiga pun bersuara tak puas hati, Si Penyamun terlepas, Tak usah bicara soal Reformasi

So Cikgu Bentara Guru tiada pilihan, Antara hidup dan mati, Nak selamatkan kerusi Perdana Menteri

DAP dan Amanah jadi Hilang Akal, Termakan Budi

Lim Guan Eng senyap sunyi sepi, Mat Sabu p**a syok sendiri, Konon nya dah jumpa Kekasih Abadi

Mesej jelas pada PRN 6 Negeri, mereka tersungkur menyembah bumi

Di Kelantan, dibalun dengan hanya tinggal 2 kerusi

Di Kedah, Pudin Poka tersilap langkah dengan menyerang Sanusi , Modal Politik picisan, Isu REE

Di Terenganu, Diam Diam ubi berisi, Sifar kerusi, Nik Nazmi Pengarah Pilihanraya pening kepala tiada berbunyi

Di Nogori Sembilan, walaupun kalah, tapi menang sikit dengan sokongan meningkat begitu tinggi

Di Pulau Pinang, Sejarah tercipta menang 11 kerusi

Di Selangor, Kononnya kubu kuat gabungan Kerajaan Luar Tabie akhirnya hilang 2/3 majoriti, Si Cikgu kecewa muka monyok hampa depan TV, Konon nya nak kuburkan Azmin Ali

Umno hancur bawah Zahid Hamidi

Reformasi Basi angkara seorang yang gila gila nak jadi Perdana Menteri

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi masih berada di alam mimpi, Dibuai dongeng khayalan ciptaan sendiri

Kononnya prestasi ekonomi meningkat tinggi, Kononnya pelaburan asing meningkat kerana kepercayaan kepada Kerajaan Madani

Hakikat sebenar, rakyat dibawah lebih mengerti

9 Bulan memerintah yang ada cuma laungan Reformasi dan Malaysia Madani

Laungan keramat Reformasi dah hilang makna, tidak beerti lagi

Malaysia Madani, Entah apa apa, rakyat pun tak pasti

Puluhan tahun mengidam nak jadi Perdana Menteri, Tuhan makbulkan untuk kali ini

Tak perlu lagi dilaungkan slogan Reformasi, dah jadi Perdana Menteri, Ada sokongan 2/3 Majoriti, Tinggal laksanakan kata kata dan segala janji, Biar rakyat menilai segala prestasi, Bukan nya angkat bakul sendiri

Namun kalau dibiarkan, semakin parah saban hari

Andai berlaku pertukaran pucuk pimpinan tertinggi, Usah marah dan bersedih hati, dibenarkan Perlembagaan, Undang Undang dan memang lumrah dalam Demokrasi

Krisis Politik Perak 2009, Dongeng 16 September dan Kajang Move jangan dilupai, Masih terpahat dalam ingatan, tersimpan dalam Memori, Jejak langkah Bapak Segala Tebuk Atap yang kami ikuti…

**akamikerajaankami..

06/09/2023

Jauh Berjalan Luas Pengalaman.

Semalam kecoh kat media Malaysia termasuk wassap group yg aku ada lam tu membicarakan kisah manusia kahwin dengan kambing di Gresik Surabaya yg disiarkan di Youtube.

Aku senyum jer. Ada yg kata itu tanda2 akhir zaman. Bagi aku itu bukan tanda2 akhir zaman tapi tanda2 ketinggalan zaman.

Yg kowang percaya berita2 memantat2 cam gitu dah kenapa. Cina kata berita cincau. India kata berita undeks.

Iya kita meme selalu dengar berita2 pelik berlaku di Ingonesia. Cerita manusia kahwin dgn kambing, lembu, kahwin dgn kuntilanak bagai. Di media2 barat owang kahwin ngn pintu rumah pong hado. Bak kata P.Ramlee yg kowang bijak pandai bolih kena tipu tu pasal apa? Masing2 pakai smart phone tapi pemikiran tak smart lansung.

Aku dah 3 tahun lebih kat Indonesia ni, dah masak sangat dgn berita2 sampah cengini. Kita di Malaysia hado 32 juta manusia. Di Indonesia ada 280 juta manusia. Ada 280 juta kepala. Yg pintar, yg bodoh, yg terlebih pintar pong hado.

Di Indonesia mereka lebih advance dari kita dalam bab IT ini. Bulan lalu kita ada dengar berita hackers2 Indonesia menghack semua saluran tv di China dan mereka menyiarkan siaran ucapan pemimpin pembangkang China diseluruh saluran tv China. Begitulah hebat dan advancenta mereka dalam bab IT ini.

Berbalek kepada cerita kahwin dgn kambing itu tadi. Itu semua cuma kontent utk Youtube utk dapat banyak like, view dan followers.

Zaman now meme ramai owang buat kontent pelik2 di Youtube dan Tik Tok utk dapat followers juta2 kerana depa tau manusia ini meme s**a yg pelik2.

Kalau kita up kontent bideo kita dok hadap kopi di tik tok atau di You tube satu hantu pon tak mau follow, tak mau tengok bideo kita itu.

Kita up bideo bini kita yg cun melecun pong owang tak heran pasal depa lagi hado tiga empat orang bini. Saja tak mau up sebagai kontent takut kantoi.

Kowang Cik Kiah kalau nak cuba bulih. Lepas majlis kahwin kowang cuba kowang ambil lesung batu pegang dan amek foto. Pas tu up kat Youtube atau Tik Tok. Boh caption 'Gempar, janda muda kahwing dgn lesung batu' Pas tu boh 'subscribe' Ko tengok j*p aja beribu2 lemon follow dan subscribe bideo kowang tu. Kaya weiii.

Akhir sekali aku nak pesan. Hidup kena berakal, mati biar berhantu. Owang bodoh meme jadi makanan owang pintar.

03/09/2023

*DAP MAHU UMNO MATI*

Pada 30 Ogos 2023, ahli MT UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed buat kenyataan DAP mesti gugurkan agenda Malaysian Malaysia dan negara sekularnya untuk mengembalikan sokongan Melayu kepada UMNO. Bagi Nur Jazlan inilah masalah besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Orang Melayu tolak UMNO kerana mereka tak s**a DAP. Mungkin ini jugalah masalah yang difikirkan oleh orang-orang UMNO yang lain.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen DAP RSN Rayer kata Nur Jazlan salah faham dan beri bayangan tidak ada masalah dengan dasar perjuangan Malaysian Malaysia dan negara sekular DAP. Yang bermasalah ialah Nur Jazlan kerana tak faham perjuangan DAP.

Tiga hari kemudian, iaitu pada 2 September 2023, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke kata DAP tak akan gugurkan dasar Malaysian Malaysia dan negara sekular yang menjadi teras perjuangan partinya. Mana mahunya. Dasar itulah yang membolehkan DAP mendapat 98% sokongan kaum Cina. DAP parti Cina.

Pada hari yang sama, Presiden UMNO Dato' Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi kata apa yang diperkatakan oleh Nur Jazlan itu adalah pandangan peribadinya. Bukan pendirian parti.

Habis cerita. Tutup buku.

Apa rumusan yang boleh kita buat daripada episod ini?

1. Dalam masa 3 hari saja UMNO kalah dengan DAP dalam perkara dasar yang menjadi pegangan UMNO sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946. Ingat, UMNO tertubuh kerana perjuangan orang Melayu menentang dasar penjajah British yang mahu menyamaratakan hak semua penduduk di Tanah Melayu. Malaysian Malaysia adalah penerusan dasar penjajah.

2. Zahid Hamidi Presiden UMNO/Pengerusi BN/Timbalan Perdana Menteri tunduk kepada Anthony Loke Setiausaha Agung DAP/Menteri Pengangkutan. Keberadaan UMNO dalam kerajaan tak mampu untuk pertahankan hak Melayu. Sekadar jadi pasu bunga saja. Timbalan Perdana Menteri kalah dengan Menteri Pengangkutan.

3. Yang paling jelas, DAP tak peduli UMNO hilang sokongan Melayu. Tak ada gunanya UMNO jadi parti Melayu tapi tak dapat sokongan Melayu. UMNO akan mati dan DAP tak peduli jika UMNO mati. DAP hanya perlukan UMNO pada masa ini sahaja untuk cukupkan majoriti 2/3 kerajaan PH. Dengan itu DAP boleh merealisasikan impian mereka untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah kerusi-kerusi yang didominasi oleh DAP dalam PRU-16. Apabila ini berlaku, DAP tak perlukan UMNO lagi. Biarlah UMNO mati. Malah bagi DAP lebih baik UMNO mati saja kerana itulah kehendak perjuangan DAP dari awal lagi.

Prof Dato' Dr Marzuki Mohamad

23/08/2023

RimbaWatch mahu Sirim disiasat berhubung isu kelulusan kayu.

RIMBAWATCH (RW) menggesa pihak berkuasa menyiasat badan pensijilan berkaitan kerajaan Sirim QAS International Sdn Bhd (Sirim) mengenai pensijilan mereka yang membenarkan kayu diekstrak di seluruh Malaysia.

Badan pemantau alam sekitar yang menyatakan masalah dibangkitkan oleh kump**an masyarakat sivil lain mengenai audit Sirim di Sarawak menggesa Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) dan badan akreditasi kebangsaan Jabatan Standard Malaysia untuk menjalankan siasatan ke atas audit Sirim terhadap pengurusan hutan.

RW berkata penyiasatan itu harus diulang 10 tahun untuk mengkaji banyak huraian kes konflik yang didokumenkan oleh kump**an masyarakat sivil dan peguam komuniti sejak 10-15 tahun lalu.

Menurut mereka ia bagi memastikan setiap kes diselesaikan mengikut piawaian dan garis panduan (Kriteria dan Petunjuk Pengurusan Hutan Lestari Malaysia) MC&I/SFM.

“Kami juga menyeru (Program untuk Pengesahan Pensijilan Hutan) PEFC untuk mengisytiharkan moratorium ke atas pengesahan mereka terhadap MTCS dan untuk kerajaan pengguna tertinggi seperti Jepun, Belanda dan UK untuk terus menghentikan pengimportan kayu MTCS sehingga semua isu yang dikenal pasti boleh diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan.

RW berkata ini adalah sebahagian daripada usahanya untuk mengatasi gelombang kes ‘greenwashing’ yang semakin meningkat dan memulakan siasatan terhadap Majlis Pensijilan Kayu Malaysia dan Skim Pensijilannya (MTCC dan MTCS).

Mereka berkata siasatan mereka di Perak mengenal pasti kelemahan ketara dengan audit Sirim terhadap unit pengurusan hutan negeri (FMU) yang menjelaskan ketidakberkesanan dan ketidakupayaan sistem MTCS dan PEFC semasa dan kebenaran akreditasi Jabatan Standard Malaysia yang boleh dipercayai menyokong tuntutan “pengurusan hutan lestari.” – 23 Ogos 2023.

23/08/2023

UMNO hanya mampu menang satu kerusi dari tiga Negeri Melayu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sudah terang lagi bersuluh bahawa UMNO ditolak oleh pengundi Melayu. Masih bolehkah kepimpinan UMNO mendabik dada,bahawa UMNO parti mewakili orang Melayu?

Bayangkan UMNO hanya menang I kerusi dari 113 kerusi di negeri Malay Belt. Menang hanya 0.8%. Masih mampukah kepimpinan tertinggi UMNO menghadapi pendukung serta ahli parti? Selama ini menyatakan kepada mereka bahawa berjuang bersama PH akan menguntungkan parti. Berjuang di dalam Muafakat Nasional akan merugikan UMNO.

Adakah keputusan PRN ini, mendedahkan pembohongan kepimpinan tertinggi UMNO kepada ahlinya? Masih bersediakah para ahli UMNO untuk menyediakan hidung buat dicucuk dan ditarik oleh kepimpinan tertinggi parti? Masih bersediakah menjadi lembu dicucuk hidung?

Lebih 60 tahun UMNO memimpin Malaysia, apakah parti ini sudah hilang sepenuhnya peluang untuk kembali menjadi parti yang memimpin, bukan parti yang dipimpin. Adakah jalan yang diambil oleh kepimpinan sekarang masih punyai peluang untuk UMNO kembali menjadi pemimpin atau sebaliknya?

Persoalan inilah yang perlu dijawab oleh kepimpinan UMNO sebelum memilih atau menentukan hala tujunya. Berhentilah sementara waktu di persimpangan jalan, sebelum memutuskan jalan yang mahu dilalui. Berfikir secara rasional untuk kepentingan parti dan para ahli selain memikirkan kepentingan diri.

Kepimpinan perlu menyedarkan para ahli, bahawa produk ampuh yang mereka jaja selama ini, iaitu Melayu-Raja sudah terlepas ke tangan Perikatan Nasional (PN). Kehilangan produk itulah menyebabkan UMNO kalah teruk, hanya mampu menang 20 di Semenanjung dan 6 di Sabah semasa PRU15.

Manakala di dalam PRN baru lepas, UNMO hanya mampu menang 19 kerusi DUN dari 108 kerusi yang ditandingi. Keputusan yang terburuk di dalam sejarah penglibatan UMNO di dalam sebarang pilihan raya. Terimalah hakikat bahawa kekalahan UMNO di negeri-negeri majoriti Melayu kepada PN itu sebagai bukti bahawa produk milik UMNO selama lebih 60 tahun itu telah berpindah tangan. Jadi, bagaimanakah untuk UMNO mendapatkan kembali produk tersebut?

19/08/2023

Umno Kembali Menjadi Pengkhianat Bangsa.

Tidak perlu menggunakan pendekatan Marxist untuk Melayu melihat Tanah Melayu ini bukan lagi milik mereka. Buka sahaja mata Melayu akan terlihat kondo-kondo mewah milik bukan Melayu. Pergi masuk ke dalam pekan dan kota Melayu akan melihat gedung membeli belah dan kedai-kedai milik China.

Pekan dan bandar punca ekonomi dalam sistem kapitalis adalah milik China.

Melayu tanpa menggunakan pendekatan materialis tetapi memandang material di hadapan mata. Mereka yakin bahawa Tanah Melayu ini bukan milik mereka.

Melayu bukan Marxist tetapi hakikatnya perasaan Melayu itu adalah perasaan kelas – kelas kaya dan kelas miskin.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah pertempuran kelas dan bukan pertempuran kaum. Yang kaya China yang miskin Melayu.

Dalam istilah Marxisme kontradiksi yang wujud sekarang ini bukan rasisme. Kontradiksi induk ialah yang miskin Melayu melawan yang kaya China. Ini pandangan Marxisme.

Justeru slogan Melayu Islam menyengat. Para pengundi Melayu berkumpul menyokong Perikatan Nasional. Pengundi Melayu melihat Parti Bersatu sebagai penyambung nasionalisma Melayu. Pengundi Melayu juga melihat Parti Islam PAS sebagai penyelamat Melayu.

Sejarah berulang kembali. Kalau dulu United Malays National Organisation belot kerana bekerjasama dengan Inggeris. Kali ini parti yang klim parti keramat Melayu ini dilihat belot untuk sebaris dengan parti Democratic Action Party (DAP) – yang dibaca oleh orang Melayu sebagai parti China.

Manifestasi yang amat jelas dan mencucuk mata Melayu ialah kenyataan Zahid Hamidi Presiden Parti United Malays National Organisation yang bersumpah dan berjanji – No Anwar No DAP –

Kalau tahun 1955 berunding dalam gelap dengan Inggeris untuk mematahkan perjuangan Pak Sako, Boestamam, Burhanudin Helmi . Kali ini berunding dalam gelap dan terang dengan Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan pas**an penyamun kleptokrat dari masuk penjara.

Kemarahan Melayu kepada Zahid, Anawar dan DAP ini telah memusatkan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional.

Apakah sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional ini akan dapat bertahan dan membawa kestabilan ?

Jawabnya : Tidak.

Ini kerana selagi agihan ekonomi tidak adil tidak seimbang dan Melayu masih merasa di Red Indiankan maka politik di Tanah Melayu tidak akan stabil.

PN – PH atau BN memerintah semua dilihat sama. Selagi Melayu masih melihat pekan, bandar dan kota milik China maka selagi itu pertentangan kelas yang dimanifestasikan dengan Melayu benci China akan berterusan.

18/08/2023

Nahas Pesawat Di Elmina,
Kita Penumpang Yang Mana?

Sepanjang perjalanan p**ang saya dan family semalam, kami ditemani berita tentang nahas flight ringan yang mengorbankan 10 nyawa.

Katanya flight yang membawa 8 penumpang tersebut dari Langkawi dan dijangka akan mendarat di Airport Subang lagi 2 minit.

Atas takdir Allah, seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal turut menjadi korban.

Ternyata, apabila ajal sudah tiba seminit pun tidak ditangguh lagi, walaupun kesemuanya pasti ada yang sedang menanti kep**angan mereka di rumah.

Penantian itu tidak akan bertemu titiknya sampai bila-bila. Sekump**an isteri yang ditinggalkan kerana suami masing-masing pergi bertugas di Langkawi.

Seorang pasangan yang mungkin sedang memandu kereta untuk p**ang ke pangkuan keluarga.

Juga seorang anak muda yang gigih mengumpul modal melalui servis penghantaran demi pernikahannya dalam seminggu lebih lagi.

Segala-galanya ternoktah dalam sekelip mata!

Begitulah kehidupan kita semua kerana setiap yang hidup pasti akan mati. Kata ustaz, kita hanyalah musafir di dunia ini dalam perjalanan menuju negara abadi.

Terbukti, nahas Elmina benar-benar mengetuk jiwa jika kita merenungnya dengan mata hati.

1. Penumpang pesawat private yang pastinya ada-ada.
2. Pemandu kereta yang menjalani rutin seperti biasa.
3. Atau anak muda yang baru merencana untuk membina hidup.

Namun penamatnya semua sama!

Begitu juga dengan kita. Sekiranya kita golongan hebat yang sedang berada di puncak, kita tetap akan mati.

Jika kita golongan biasa-biasa yang hidup serba sederhana juga akan mati.

Atau kita benar-benar marhaen yang sedang mencari sesuap dua rezeki juga akan bertemu Ilahi.

Jadi untuk apa rasa bangga dan sombong dengan kelebihan yang sejemput cuma sehingga terlupa kita semua dari tanah dan bakal reput menjadi tanah kembali?

Al-Fatihah untuk semua mangsa nahas pesawat di Elmina dan muslimin muslimat yang telah pergi.

Mati itu terlalu hampir.
Salam Jumaat untuk semua.

16/08/2023

Siasatan Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal 2015 mendapati AS$700 juta (RM2.28 bilion) dana 1MDB dialihkan ke entiti luar pesisir yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho (Jho Low), kata bekas gabenor bank pusat itu.

Semasa perbicaraan rasuah 1MDB membabitkan penyelewengan RM2.28 bilion hari ini terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, saksi pendakwaan ke-46 Zeti Akhtar Aziz berkata bank pusat itu menjalankan siasatan, berikutan kegagalan 1MDB memberikan jawapan mengenai apa yang berlaku kepada dana yang dihantar ke luar negara pada tahun 2009.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam bela utama mengapa BNM mengambil masa bertahun-tahun untuk menyedari bahawa AS$700 juta - dana yang bertujuan untuk usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi International Limited (PSI) - telah dialihkan kepada Good Star Limited yang diperbadankan di Seychelles, Zeti berkata ini adalah kerana BNM perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada pengawal selia luar negara, yang mengambil masa.

"Apabila pas**an penyelia (BNM) pergi pada Mac 2015 (untuk pemeriksaan di lokasi berikutan risikan yang dikumpul daripada pengawal selia dari bidang kuasa asing), mereka mendapati ia disalurkan ke Good Star.

"Dan pada ketika itu, terdapat siasatan mengenai siapa pemilik benefisiari Good Star dan kami dapati ia adalah Low," kata Zeti.

Dia menambah bahawa walaupun sebelum 2015, BNM sudah sangat curiga dengan apa yang berlaku di 1MDB disebabkan oleh pegawai firma itu yang tidak bekerjasama dengan bank pusat berhubung siasatan transaksi bagi tahun 2009.

Katanya, BNM telah menerima maklumat bahawa AS$700 juta tidak disalurkan kepada benefisiari sepatutnya, iaitu Petrosaudi di luar negara, sebaliknya dialihkan kepada Good Star yang dikaitkan dengan Low.

Zeti berkata BNM malah menolak satu lagi permohonan daripada firma itu untuk mendapatkan kelulusan bagi membuat pemindahan besar dana 1MDB yang sama ke luar negara.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu hanya selepas hampir tujuh tahun, barulah BNM mendapati bahawa wang AS$700 juta milik 1MDB telah masuk ke entiti yang salah, iaitu Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Bekas Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz, 76, juga mengakui bahawa ia adalah satu tempoh yang panjang untuk mengetahui perkara berkenaan, kerana ia melibatkan proses yang panjang untuk menjejaki wang itu.

Urus niaga AS$700 juta berlaku pada 2009 dan pihak berkuasa menemukannya pada 2015.

Saksi pendakwaan ke-46 itu berkata demikian ketika ditanya peguam utama Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan bekas perdana menteri itu yang membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Want your business to be the top-listed Government Service in Jakarta?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jakarta