Junaidah Jamali

Junaidah Jamali

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Junaidah Jamali, Political organisation, Malay Hostel Jakarta, Jakarta.

Photos 24/11/2016
23/11/2016

*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI ISLAM SE-MALAYSIA*
*23 Safar 1438 | 23 November 2016*

*"Segera Sekat Kerakusan Myanmar Zalimi Etnik Minoriti"*

1. Myanmar yang baharu hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak. Tindakan membunuh, menyiksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan.

2. Kelakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.

3. Tanpa campur tangan badan dunia dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani penyelesaian segera.

4. Junta tentera Myanmar mesti menyedari, disebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India. Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar.

5. PAS menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung. PAS juga menyeru seluruh umat Islam menggandakan munajat dan mengajak seluruh warga dunia mengutuk tindakan jahiliyah Myanmar.

_"Inilah Penyelesaian Kita"_

*ABDUL HADI AWANG*
Presiden PAS

Photos 20/11/2016

Hayati apa yang Imam Syafie sebut

Photos from Junaidah Jamali's post 20/11/2016

Ini bukan bersih. Ini KOTOR. Teringat adik adik unit AMAL dalam himpunan dulu dulu. Mereka kutip sampah selepas berhimpun sampai diiktiraf oleh al Jazera sebagai sukarelawan terbaik di dunia. Bila amal tak join mrk jadi pengotor. Kata mrk ada Arif?

Photos 20/11/2016

Jom kita nyatakan solidariti bersama insan derita

Photos 20/11/2016

Alhamdulillah Tuan Guru Presiden telah discaj dari Hospital, semoga beliau akan terus membimbing dan memimpin ummah, insyaa Allah

Photos 19/11/2016

Alhamdulillah. Sama sama kita doakan kejayaannya utk mematahkan fitnah keji ke atas PAS dan Presidennya.

Want your business to be the top-listed Government Service in Jakarta?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Malay Hostel Jakarta
Jakarta