Rindu Tanah Suci

Rindu Tanah Suci

Share

Mari berdakwah dan syiarkan nilai-nilai islam ke seluruh penjuru dunia

Follow Juga Kami Di :
-Instagram : @zona.ummat (zona ummat)
-Twitter : -
-WA : 0896.3645.5155
-Web : zonaummat.blogspot.com

11/08/2016

Baginda Rasulullah s.a.w pingsan setelah mendengar keterangan Jibrail a.s tentang pintu neraka ke-7.

Yazid Ar Raqqasyi daripada Anas bin Malik r.a berkata : "Jibril a.s datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi s.a.w, "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawab Jibril a.s, "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar dan seksa kubur itu benar dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi s.a.w bersabda, "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya, "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1,000 tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1,000 tahun sehingga putih, kemudian 1,000 tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan busuknya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke-7.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan." Nabi s.a.w bertanya, "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya, "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, setiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda."

Rasulullah s.a.w bertanya, "Siapakah penduduk pada setiap pintu itu?” Jawab Jibril a.s, "Pintu yang paling bawah untuk orang-orang Munafik dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun, namanya Al-Hawiyah. Pintu ke-2 tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim. Pintu ke-3 tempat orang Sabi'in* bernama Saqar. Pintu ke-4 tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha. Pintu ke-5 orang Yahudi bernama Huthamah. Pintu ke-6 tempat orang Nasara bernama Sa’eir."

Kemudian Jibril a.s diam, segan pada Rasulullah s.a.w sehingga ditanya, "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke-7?" Jawab Jibrail a.s, "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar Nabi s.a.w bersabda, "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauan dan kesedihanku, apakah ada seorang dari umatku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya, "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari umatmu."

Dalam Al-Quran, Allah telah mensifati neraka Jahannam sebagai berikut,

"Sesungguhnya neraka itu melemparkan bunga api setinggi gunung,"

Al-Mursalaat 77:32

"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka."

Al-Hijr 15:43

Dari Hadis Qudsi, "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka JahannamKu itu mempunyai 7 tingkat.

Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pohon Zarqum.

Di bawah setiap pohon Zarqum mempunyai 70,000 ekor ular. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. Juga di bawah setiap pohon Zarqum mempunyai 70,000 rantai. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat."

*Ada pendapat para ulama' yang mengatakan Sabi'in adalah suatu kaum yang telah keluar dari semua agama pada waktu itu"

Want your business to be the top-listed Government Service in Jakarta?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Jakarta