Konsulat Jeneral Malaysia di Medan bersama pengusaha-pengusaha Malaysia di Medan telah berganding bahu menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Santunan Anak Yatim pada 11 Mac 2026 bersamaan 21 Ramadan 1447H.
Seramai 50 orang anak yatim daripada Yayasan Al-Kahfi, Kota Medan telah diraikan oleh Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek bersama keluarga besar KJM serta para pengusaha Malaysia dan rakan-rakan dari Indonesia.
Majlis ini turut mendapat sokongan daripada beberapa pengusaha Malaysia di Medan seperti PT. Multi Alam PRIMA Rasa (ADABI), Novad Jaya Tex, My Solutions, Biomics Solutions dan PT. Deli Food, serta dukungan daripada rakan pengusaha Indonesia termasuk PT. Seribu Rental dan para penyumbang individu.
Majlis ini dimeriahkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa termasuk hidangan tradisional Malaysia, persembahan silap mata, boneka bicara serta pemberian duit raya kepada anak-anak yatim. Pihak Adabi Malaysia turut menyumbangkan pelbagai produk kepada pengurusan Yayasan Al-Kahfi.
Dalam ucapannya, Konsul Jeneral menekankan kepentingan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki khususnya di bulan Ramadan. Beliau turut menyatakan bahawa majlis ini merupakan manifestasi kesediaan para pengusaha Malaysia di Medan untuk menjalankan tanggungjawab sosial serta menyumbang kepada masyarakat, di samping komitmen KJM Medan untuk terus menyokong kerjasama dan perkembangan perniagaan Malaysia–Indonesia.
Semoga usaha ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada semua. 🤍
Consulate General of Malaysia in Medan
Consulate General of Malaysia in Medan was established in 1967.
It promotes trades and investments as well as carries out consular services in Medan and North Sumatera as a whole (except Riau and Kepulauan Riau, which is covered by a Malaysian Consulate).
Pada 24 Februari 2026, Konsul Jeneral Shahril Nizam telah menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tourism Malaysia Medan yang berlangsung di JW Marriott Medan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Konsul Pelancongan, Cik Rosalina binti Abdul Rahim bersama delegasi, serta para pemain industri pelancongan di Medan, antaranya Bapak Fauzi Haya Lubis, Ketua ASPPI Sumut; Ibu Tengku Feria Aznita, Ketua ASTINDO Sumut; Joe Nasroen, Ketua DEPETA ASITA Sumut; dan Kiki Zubaedi, Sales Executive Malaysia Airlines
Majlis berbuka puasa ini menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara Tourism Malaysia Medan dan rakan-rakan industri, di samping memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha mempergiat promosi serta memajukan sektor pelancongan antara Malaysia dan Indonesia pada masa hadapan.
Pada 23 Februari 2025, Konsul Jeneral Malaysia, Shahril Nizam Abdul Malek, telah menjadi salah satu pembicara dalam Majlis Ramadan Digi-Talk bersama Konsul Jeneral Singapura dan China. Program ini telah dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Singapura sebagai wadah memperkukuh hubungan dan kerjasama serantau.
Majlis Digi-Talk ini mengangkat tema “Literacy for Industry 5.0 (AI Impact)”, yang menekankan kepentingan literasi digital serta pemahaman terhadap perkembangan kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi era Industri 5.0. Perbincangan memberi fokus kepada peranan generasi muda dalam menyesuaikan diri dengan transformasi teknologi yang semakin pesat, serta kepentingan nilai kemanusiaan dalam pembangunan teknologi masa hadapan.
Program ini merupakan kolaborasi bersama Ibu Desni M. Saragih, selaku Kepala Dinas Perpustakaan & Arsip Sumatera Utara, dan turut dihadiri oleh Dr. H. Hasan Matsum, Ketua MUI Medan. Majlis ini juga dihadiri oleh para pelajar dari pelbagai sekolah, yang menunjukkan komitmen dan minat tinggi terhadap isu literasi digital serta impak AI dalam kehidupan dan kerjaya masa depan.
Majlis berlangsung dengan penuh interaktif dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk terus memperkukuh ilmu pengetahuan serta kemahiran digital selaras dengan perkembangan global.
Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikannya.
Saksikan filem pendek ini yang mengetengahkan nilai kekeluargaan dan keharmonian sempena sambutan yang penuh bermakna ini.
Pada 9 Februari 2026, Konsul Jeneral Shahril Nizam Abdul Malek menjadi narasumber dalam kuliah umum dengan tema “BRICS Talks: Agenda Pembangunan Global South (Indonesia Perspective)” yang berlangsung di Universiti Potensi Utama, bersama para mahasiswa, dosen dan pelajar di Kota Medan.
Kuliah umum ini menampilkan pembicara utama, Bapak Leonard Hutabarat, Ph.D., selaku Senior Strategist, Badan Strategi Kebijakan Luar Negeri Indonesia. Turut hadir ialah Konsul Kehormat Timor-Leste dan Jerman, serta wakil daripada Konsulat Turkiye.
Sesi ini menjadi wadah perbincangan akademik yang mendalam dalam meneliti peranan BRICS sebagai alternatif kepada tata kelola global yang lebih inklusif dan seimbang bagi negara-negara membangun. Penglibatan dalam diskusi sebegini mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan yang konstruktif dan proaktif dalam menyokong agenda pembangunan global yang lebih adil, inklusif serta selaras dengan aspirasi kerjasama Selatan-Selatan dan solidariti Global South.
Misi Bantuan Puskesmas Bandar Pusaka, Aceh Tamiang.
Serahan kelengkapan tersebut disampaikan oleh Konsul Amir Azam mewakili bersama Pak Norazam dari MERCY Malaysia kepada Kepala Kecamatan, Bapak Chakra yang diwakili oleh Bapak Jamaul Khair, Kepala Puskesmas Bandar Pusaka Aceh Tamiang.
Puskesmas yang dipilih ini akan dijadikan sebagai pusat kesihatan yg mengkhususkan rawatan ibu dan anak.
Semenjak bencana banjir lumpur 27 November yang lalu, sebanyak 12 dari 18 Puskesmas yang telah rosak total dan misi bantuan hari ini adalah langkah pemula dan sokongan kepada warga Aceh Tamiang dalam menjalani tempoh pemulihan bencana yang di alami.
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, dengan kerjasama Mercy Malaysia, Diaspora Malaysia, serta para pelajar Malaysia di Medan kini sedang giat menyiapkan bantuan banjir untuk disalurkan ke Kabupaten Aceh Tamiang, iaitu kawasan yang terjejas teruk akibat musibah banjir beberapa waktu lalu. Pelbagai barang keperluan asas dan barangan penting sedang disusun, diperiksa, dan dipastikan berada dalam keadaan baik sebelum dihantar.
Bantuan ini dijadualkan untuk dikirimkan esok, 10 Disember 2025, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyokong komuniti yang sedang berdepan kesukaran. Diharapkan sumbangan ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terkesan serta membawa manfaat kepada semua yang memerlukan
30/11/2025
28/11/2025
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan merakamkan ucapan takziah kepada semua pihak yang terkesan oleh banjir dan tanah runtuh di Aceh, Sumatera Utara, dan Sumatera Barat. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan, dan pemulihan segera.
28/11/2025
Pada pagi ini, 28 November 2025, Konsul Jeneral Shahril Nizam bin Abdul Malek, bersama Konsul Encik Muhammad Amir Azam, Pegawai Perhubungan TLDM Lt Kdr. Shahrizan bin Sahari, Pegawai Perhubungan PDRM ASP Amirul Adham bin Abdul Rahman, Konsul Mohamad Ridzuan bin Abdul Jalil, KPL U Mohd Azuan bin Abdullah, Staf Perhubungan TUDM, dan LK PNK Farhan bin Selamat, Staf Perhubungan TLDM, serta Encik Hairul Alif Afiq telah melaksanakan lawatan konsular kepada para pelajar Malaysia di Medan yang terjejas akibat banjir.
Lawatan ini dijalankan untuk memastikan keselamatan serta keadaan semasa para pelajar yang terkesan oleh cuaca buruk dan kenaikan paras air di beberapa kawasan di kota Medan. Selain meninjau keadaan pelajar, pihak KJM Medan juga menyalurkan bantuan makanan dan memberikan penerangan mengenai langkah kesiapsiagaan serta saluran komunikasi rasmi sekiranya berlaku kecemasan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan P. Diponegoro No 43, Kecamatan Medan Polonia
Medan
20151
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 16:00 |
| Tuesday | 08:00 - 16:00 |
| Wednesday | 08:00 - 16:00 |
| Thursday | 08:00 - 16:00 |
| Friday | 08:00 - 16:00 |
