18/02/2026
Pejabat Perhubungan TUDM Medan Indonesia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Perhubungan Tentera Udara Diraja Malaysia - Medan Indonesia, Government Organization, Pejabat Perhubungan TUDM, Konsulat Jeneral Malaysia Medan, Jalan P. Diponegoro, No 43, Medan.
18/02/2026
Pejabat Perhubungan TUDM Medan Indonesia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
31/12/2025
Pejabat Perhubungan TUDM di Medan Indonesia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026.
18/12/2025
𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐍𝐈 𝐀𝐔 𝐊𝐄 𝐍𝐎 𝟖 𝐒𝐊𝐔𝐀𝐃𝐑𝐎𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆
SUBANG, 10 Dis 2025 - Pegawai Perhubungan TUDM di Medan Indonesia telah mengiringi delegasi TNI - AU dalam rangka lawatan ke No 8 Skuadron di Pangkalan Udara Subang. Program lawatan ini adalah sebahagian daripada agenda yang terkandung di dalam Mesyuarat Tim Perancang Operasi Udara ke 38 Malaysia - Indonesia (MALINDO) yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula dari 9 sehingga 12 Dis 25.
18/12/2025
14/12/2025
𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐃𝐌 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐑𝐀, 𝐒𝐔𝐌𝐀𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀, 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀
MEDAN, 4 Dis 2025 – Pejabat Perhubungan TUDM (PPTUDM) di Medan turut serta di dalam misi bantuan banjir kepada penduduk di daerah Tanjung Pura, Sumatera Utara, Indonesia. Progran penghantaran bantuan ini telah dikelolakan secara bersama oleh agensi – agensi yang bernaung di bawah Konsulat Jeneral Malaysia di Medan. PPTUDM di Medan turut prihatin dengan musibah yang menimpa masyarakat setempat dan berdoa agar mereka semua diberi kekuatan untuk menangani situasi pasca banjir ini.
04/12/2025
Pray for MH370
03/12/2025
03/12/2025
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐎𝐊𝐓𝐎𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝟕𝟏𝟏 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀
MEDAN, 1 Dis 2025 - Pejabat Perhubungan TUDM di Medan menerima lawatan oleh Mej Dr Fatimatul Zahra binti Md Nujib iaitu doktor perubatan di 711 Pusat Perubatan Angkatan Tentera Kem Garison Kuala Lumpur. Mej Dr Fatimatul Zahra mengambil peluang untuk berkongsi tips - tips kesihatan dan amalan penjagaan diri yang sempurna bagi mengekalkan budaya hidup yang sihat.
27/11/2025
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐎𝐋𝐈 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 - 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐀𝐓𝐊𝐎𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐍𝐃𝐎) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀
BANDUNG, 19 Nov 25 – Satu Mesyuarat Koordinasi bagi Patroli Udara Bersama Terkoordinasi Malaysia Indonesia atau PATKOR MALINDO Siri 2/25 di antara TUDM dan Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU) telah dilaksanakan di Bandung Indonesia bermula pada 18 hingga 20 Nov 25. Delegasi TUDM terdiri daripada 9 peserta di peringkat Markas dan Unit yang diketuai oleh Pengarah A5 MPOU, Kol Ramlan bin Mohd Yunus TUDM. TNI – AU p**a menghantar seramai 8 peserta yang diketuai oleh Kol Pnb H.S Romas dari Staf Operasi Angkatan Udara (Sopsau) sebagai ketua delegasi.
TNI-AU telah mengalu-alukan kedatangan delegasi TUDM ke Kota Bandung dan merakamkan ucapan penghargaan kepada Sekretariat Bersama TUDM dan TNI-AU yang menyelaraskan mesyuarat ini agar operasi PATKOR Udara Bersama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Turut terlibat di dalam Mesyuarat ini ialah Penolong Penasihat Pertahanan di Kedutaaan Besar Malaysia Jakarta iaitu Lt Kol Aznan bin Alias TUDM dan Pegawai Perhubungan TUDM di Medan iaitu Mej Hisham Arizal bin Muhammad TUDM.
Selain daripada mengkoordinasi operasi rondaan udara bersama yang akan dijalankan, mesyuarat secara bersemuka ini diharap dapat memupuk hubungan silaturahim yang sedia terjalin erat selama ini dapat diteruskan demi persefahaman yang baik di antara TUDM dengan TNI-AU dan hubungan diplomasi pertahanan.
28/10/2025
𝐏𝐄𝐍𝐔𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐂𝐎𝐌𝐁𝐈𝐍𝐄𝐃 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌𝐄 𝐏𝐀𝐓𝐑𝐎𝐋 𝐓𝐄𝐀𝐌 (𝐂𝐌𝐏𝐓) 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐄𝐘𝐄𝐒 𝐈𝐍 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐊𝐘 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓
MEDAN, 21 Okt 2025 - Bagi operasi Eyes in The Sky (Eis) pada bulan Oktober 2025, Mej Wan Mohd Azraeil bin Wan Jamalludin TUDM dari Markas Pemerintahan Operasi Udara telah hadir ke Medan Indonesia bagi melaksanakan penugasan sebagai CMPT dari TUDM. Di dalam penugasan ini, beliau telah mengikuti penerbangan dengan pesawat TNI - AU bagi melaksanakan tugas pemantauan maritim di ruang udara Selat Melaka.