Education Malaysia Jordan-EMJ

Call Directions Website Contact the organization

Education Malaysia Jordan-EMJ Office Tel: 00 962 6 590 2400 /
590 2417 Education Malaysia Jordan (EMJ) is a division under the Ministry of Higher Education Malaysia.

Its office is currently located at the Embassy of Malaysia Amman, Jordan. EMJ is responsible for the internationalisation of Malaysia's tertiary education in six countries - Jordan, Turkey, Kuwait, Lubnan, Syria and Palestine. The internationalisation activities include research collaboration, academic collaboration, and student/lecturer mobility. The welfare and development of Malaysian students in these six countries are also monitored by EMJ. EMJ supports the Malaysia Education Development Plan (PPPM) and the National Higher Education Strategic Plan (NHESP) for the transformation of the Malaysian higher education system.

13 SEPTEMBER 2026 | PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KITAB DAN WISEEducation Malaysia Jordan (EMJ) telah memud...
15/09/2026

13 SEPTEMBER 2026 | PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KITAB DAN WISE

Education Malaysia Jordan (EMJ) telah memudah cara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) dan World Islamic Sciences and Education University (WISE) pada 13 September 2026.

MoU ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua institusi dalam bidang akademik dan penyelidikan, termasuk mobiliti pelajar dan tenaga akademik, pertukaran kepakaran serta penerokaan peluang program akademik bersama.

Pemeteraian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas jaringan kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jordan serta membuka lebih banyak peluang perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua negara.

Education Malaysia Jordan (EMJ) akan terus komited dalam memudah cara dan menyokong kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Jordan.



Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

13 SEPTEMBER 2026 | KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA PULAU PINANG (KITAB) KE EDUCATION ...
15/09/2026

13 SEPTEMBER 2026 | KUNJUNGAN HORMAT DARI DELEGASI KOLEJ ISLAM TEKNOLOGI ANTARABANGSA PULAU PINANG (KITAB) KE EDUCATION MALAYSIA JORDAN (EMJ)

Education Malaysia Jordan (EMJ), Kedutaan Besar Malaysia di Amman, telah menerima kunjungan hormat delegasi Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) yang diketuai oleh Sahibus Samahah Prof. Dato’ Dr. Mohd Shukri bin Osman, Mufti Pulau Pinang, bersama Prof. Dr. Wan Najmi bin Mohamed, Rektor KITAB, dan Tuan Haji Mohamed bin Abdullah, Ketua Pusat Institusi Kecemerlangan dan Kelestarian.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan antara KITAB dengan institusi pengajian tinggi di Jordan, termasuk meneroka peluang mobiliti dan pertukaran pelajar serta tenaga akademik antara kedua-dua negara.

Delegasi KITAB turut disertai oleh 12 orang pelajar Malaysia yang sedang membuat persediaan untuk melanjutkan pengajian di World Islamic Sciences and Education University (WISE) di Amman. Kehadiran mereka turut membuka ruang perbincangan mengenai sokongan dan kemudahan yang dapat membantu pelajar Malaysia sepanjang tempoh pengajian di Jordan.

Antara perkara yang turut dibincangkan ialah usaha mendapatkan kadar yuran pengajian yang setara dengan pelajar Jordan bagi pelajar Malaysia sebagai salah satu langkah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar Malaysia memilih Jordan sebagai destinasi pengajian tinggi.

Dalam usaha memperluas peluang tersebut, kedua-dua pihak turut membincangkan potensi kerjasama dengan Yarmouk University, termasuk kemungkinan mewujudkan program berkembar (twinning programme) bersama KITAB. Inisiatif ini berpotensi membuka lebih banyak peluang mobiliti dan laluan pengajian kepada pelajar, khususnya dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Delegasi KITAB turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Education Malaysia Jordan (EMJ) atas sokongan dan bantuan berterusan yang diberikan kepada pelajar serta delegasi Malaysia, termasuk tahap perkhidmatan, profesionalisme, keprihatinan dan bimbingan yang diberikan kepada pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi Jordan.

Education Malaysia Jordan (EMJ) akan terus komited dalam memudah cara kerjasama antara institusi pendidikan Malaysia dan Jordan, di samping memastikan kebajikan serta kepentingan pelajar Malaysia sentiasa diberi perhatian dalam usaha memperkukuh hubungan pendidikan antara kedua-dua negara.



Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

12 SEPTEMBER 2026 | KUNJUNGAN HORMAT IIUM KE INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC THOUGHT (IIIT)Education Malaysia Jordan ...
13/09/2026

12 SEPTEMBER 2026 | KUNJUNGAN HORMAT IIUM KE INTERNATIONAL INSTITUTE OF ISLAMIC THOUGHT (IIIT)

Education Malaysia Jordan (EMJ) telah mengiringi Datuk Prof. Dr. Osman Bakar, Rektor International Islamic University Malaysia (IIUM), bersama delegasi IIUM dalam satu kunjungan hormat ke International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Amman.

Delegasi IIUM telah disambut oleh Dr. Fathi Malkawi, Pengarah Pejabat Serantau IIIT, bersama Dr. Raed Okasha.

Kunjungan tersebut berlangsung dalam suasana yang mesra dan konstruktif, dengan perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh hubungan antara IIUM dan IIIT, di samping meneroka peluang untuk memperluas kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, perkongsian ilmu dan pembangunan pemikiran Islam.

Pertemuan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan pengalaman serta mengenal pasti bidang-bidang berpotensi untuk kerjasama pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi bersama dalam memperkasa kecemerlangan ilmu serta memperluas jaringan akademik di peringkat antarabangsa.

Kehadiran EMJ dalam kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong hubungan institusi Malaysia dengan rakan strategik di Jordan, selain memudah cara jaringan yang dapat memperkukuh kerjasama pendidikan, akademik dan intelektual antara kedua-dua negara.



Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

8 SEPTEMBER 2026 | IIUM DAN YARMOUK UNIVERSITY PERLUAS JARINGAN KERJASAMA AKADEMIK MALAYSIA–JORDANHubungan pendidikan ti...
09/09/2026

8 SEPTEMBER 2026 | IIUM DAN YARMOUK UNIVERSITY PERLUAS JARINGAN KERJASAMA AKADEMIK MALAYSIA–JORDAN

Hubungan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jordan terus diperkukuh menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara International Islamic University Malaysia (IIUM) dan Yarmouk University, dengan sokongan dan kehadiran Education Malaysia Jordan (EMJ).

MoU tersebut ditandatangani oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor IIUM, dan Prof. Dr. Amjad Al-Nasser, Naib Presiden Yarmouk University, sebagai tanda komitmen kedua-dua institusi untuk membina hubungan akademik yang lebih erat dan berterusan.

Kerjasama ini membuka ruang yang lebih luas kepada kedua-dua universiti untuk meneroka inisiatif bersama dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran kepakaran serta pengantarabangsaan, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang perkongsian ilmu dan pengalaman antara komuniti akademik Malaysia dan Jordan.

Kehadiran EMJ dalam majlis ini mencerminkan peranan berterusannya dalam menghubungkan institusi pengajian tinggi Malaysia dengan rakan strategik di Jordan serta menggalakkan pembentukan jaringan akademik yang mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada kedua-dua negara.

Pemeteraian ini turut melengkapkan usaha berterusan untuk memperluas jaringan institusi Malaysia di Jordan dan memperkukuh kedudukan pendidikan sebagai salah satu jambatan penting dalam hubungan erat Malaysia–Jordan.

Education Malaysia Jordan (EMJ) kekal komited untuk menjadi pemudah cara kepada lebih banyak peluang kerjasama, pertukaran ilmu dan hubungan strategik antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.



Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

09/09/2026

8 SEPTEMBER 2026 | EMJ MEMUDAH CARA PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA IIUM DAN UNIVERSITY OF JORDAN

Education Malaysia Jordan (EMJ) telah memainkan peranan dalam memudah cara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara International Islamic University Malaysia (IIUM) dan University of Jordan (UJ) pada 8 September 2026.

Memorandum Persefahaman tersebut bertujuan untuk memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua universiti, menggalakkan pertukaran kepakaran dan pengalaman, serta membuka peluang baharu bagi kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama.

Bagi pihak International Islamic University Malaysia (IIUM), memorandum tersebut ditandatangani oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, Rektor IIUM.

Manakala bagi pihak University of Jordan, memorandum tersebut ditandatangani oleh Prof. Dr. Amira Al-Masri, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Kualiti dan Akreditasi Tempatan.

Majlis pemeteraian turut dihadiri oleh Encik Muhd Irfan Zulkurnain, Ketua Canseri, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, mewakili Education Malaysia Jordan (EMJ), bersama delegasi kedua-dua universiti.

Pemeteraian MoU ini merupakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh hubungan pendidikan tinggi antara Malaysia dan Jordan serta memperluas peluang kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, pertukaran kepakaran dan pengantarabangsaan.

Education Malaysia Jordan (EMJ) akan terus komited dalam memudah cara dan menyokong kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi Malaysia dan Jordan demi memperkukuh hubungan pendidikan antara kedua-dua negara.




Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

31 OGOS 2026 | EMJ MENYERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾Education Malaysia Jordan (EMJ) telah menyertai s...
03/09/2026

31 OGOS 2026 | EMJ MENYERTAI SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 🇲🇾

Education Malaysia Jordan (EMJ) telah menyertai sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Amman pada 31 Ogos 2026, bersama warga Kedutaan dan komuniti Malaysia di Jordan.

Dalam ucapannya, TYT Dato’ Mohamad Nasri Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Jordan dan Palestin, menekankan bahawa kemerdekaan bukan sahaja untuk diraikan, malah membawa tanggungjawab bersama untuk terus memelihara keamanan, perpaduan dan keharmonian yang telah dibina oleh Malaysia sepanjang hampir tujuh dekad.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia di Jordan agar sentiasa menghargai keamanan dan kestabilan negara, memelihara perpaduan dalam kepelbagaian, saling mengambil berat serta terus menjaga nama baik Malaysia ketika berada di luar negara.

Sambutan tersebut turut mendapat liputan daripada Jordan News Agency (PETRA) serta beberapa media tempatan Jordan, sekali gus memperkenalkan semangat sambutan Hari Kebangsaan Malaysia kepada masyarakat tempatan.

Penyertaan EMJ dalam sambutan ini mencerminkan semangat kebersamaan dan patriotisme warga Malaysia di Jordan, di samping memperkukuh jati diri serta kecintaan terhadap tanah air dalam kalangan komuniti Malaysia di perantauan.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69! 🇲🇾

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati



Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

24 Ogos 2026 | Pelajar Malaysia Sertai Sambutan Maulidur Rasul 1448H di AmmanPelajar Malaysia di Jordan bersama Educatio...
26/08/2026

24 Ogos 2026 | Pelajar Malaysia Sertai Sambutan Maulidur Rasul 1448H di Amman

Pelajar Malaysia di Jordan bersama Education Malaysia Jordan (EMJ) telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Amman. Majlis turut dihadiri oleh H.E. Dato’ Mohamad Nasri Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Jordan, warga Kedutaan serta komuniti Malaysia di Jordan.

Sambutan ini menjadi wadah untuk memperingati kelahiran Rasulullah SAW serta menghayati sirah, akhlak dan ajaran Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Dalam ucapannya, H.E. Dato’ Mohamad Nasri Abdul Rahman menekankan kepentingan mencontohi sunnah Rasulullah SAW serta mengamalkan nilai kasih sayang, rahmah, toleransi dan integriti, khususnya dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan.

Program turut diisi dengan bacaan ayat suci al-Quran, selawat serta Wacana Ilmu “Tazkirah Cinta Nabi”. Majlis ini juga menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuh semangat ukhuwah dalam kalangan rakyat Malaysia di Jordan.

Sambutan diakhiri dengan jamuan juadah Malaysia yang disediakan oleh PERWAKILAN Amman.


Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

20 Ogos 2026 | Memperkasa Kepimpinan Pelajar dan Penglibatan Komuniti: Kunjungan Hormat Kepimpinan JOJO ke Kedutaan Besa...
26/08/2026

20 Ogos 2026 | Memperkasa Kepimpinan Pelajar dan Penglibatan Komuniti: Kunjungan Hormat Kepimpinan JOJO ke Kedutaan Besar Malaysia di Amman

AMMAN — Kedutaan Besar Malaysia di Amman telah menerima kunjungan hormat barisan kepimpinan baharu Johor Students’ Association of Jordan (JOJO) bagi sesi 2026/2027 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan persatuan pelajar Malaysia di Jordan.

Dalam pertemuan tersebut, barisan kepimpinan JOJO memperkenalkan ahli jawatankuasa baharu serta berkongsi hala tuju, keutamaan dan perancangan program bagi sesi akan datang, termasuk program dan aktiviti yang berpotensi dilaksanakan dengan kerjasama Education Malaysia Jordan (EMJ). Pertemuan ini turut menekankan peranan penting persatuan pelajar dalam membentuk kepimpinan, memperkukuh kebajikan mahasiswa dan menggalakkan penglibatan aktif dalam komuniti.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah perancangan program berskala besar, termasuk inisiatif kemanusiaan bagi menyokong rakyat Palestin serta cadangan pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan menyumbang kepada kesejahteraan pelarian Palestin di Jordan.

Kedutaan Besar Malaysia di Amman berharap kerjasama erat bersama JOJO dan persatuan pelajar Malaysia yang lain di Jordan dapat terus diperkukuh dalam usaha membangunkan kepimpinan mahasiswa, menjaga kebajikan pelajar serta memperluas penglibatan komuniti yang bermakna sepanjang tempoh pengajian mereka di Jordan.


Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

22 OGOS 2026 | MALAM CITRA BUDAYA MERDEKA 2026Malam Citra Budaya Merdeka (MCBM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di...
26/08/2026

22 OGOS 2026 | MALAM CITRA BUDAYA MERDEKA 2026

Malam Citra Budaya Merdeka (MCBM) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Universiti Jerash, Jordan, menghimpunkan para pelajar Malaysia, pihak pengurusan Universiti Jerash dan pelajar tempatan dalam suasana penuh warna-warni kebudayaan dan semangat patriotisme bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Muhd Irfan Zulkurnain, Penasihat Kedutaan, Kedutaan Besar Malaysia di Amman.

Pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian Malaysia telah dipersembahkan, sekali gus menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan, kepelbagaian serta kekayaan warisan budaya Malaysia kepada masyarakat Jordan. Program ini turut menjadi wadah penting dalam memperkukuh jati diri, semangat patriotisme dan kebersamaan dalam kalangan pelajar Malaysia di Jordan.

Education Malaysia Jordan (EMJ) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Muhd Irfan Zulkurnain, para jemputan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan MCBM 2026.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Muhammad Abqari, Pengarah Program MCBM 2026, serta Saudara Nizomuddin bin Norshakmamal, Presiden MPPMJ sesi 2026/2027, atas kepimpinan, komitmen dan usaha dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak dilupakan, penghargaan dan tahniah turut diberikan kepada seluruh mahasiswa dan peserta yang telah mencurahkan tenaga, kreativiti serta bakat dalam menjayakan pelbagai persembahan kebudayaan pada malam yang penuh bermakna ini.


Education Malaysia Jordan-EMJ
Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi JPT
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT

Address

Embassy Of Malaysia, Tayseer Na'na'ah 5
Amman
11183

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:00
Tuesday 08:00 - 15:00
Wednesday 08:00 - 15:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 15:00

Telephone

+96265902400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Education Malaysia Jordan-EMJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Education Malaysia Jordan-EMJ:

Shortcuts

Share