Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian

Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian

Share

Bek

BEKAS PELAJAR PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN Pengambilan Peserta:

Tempoh kursus ialah enam (6) bulan dan pengambilan peserta akan dibuat setahun sekali.

KURSUS KEUSAHAWANAN

KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN



Sesi pengambilan peserta Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan di Pusat-Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian bagi tahun 2011 telah mula dibuka mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2010. Bidang kursus yang ditawarkan:

•Sejuk Beku

•Bakeri

•Bakeri Sejuk Beku (Asas Kelapa)

•Bakeri dan Sejuk Beku

•Hasilan Bu

22/02/2012

KURSUS KEUSAHAWANAN

KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN



Sesi pengambilan peserta Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan di Pusat-Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian bagi tahun 2011 telah mula dibuka mulai sekarang sehingga tarikh tutup pada 31 Disember 2010.



Bidang kursus yang ditawarkan:

•Sejuk Beku

•Bakeri

•Bakeri Sejuk Beku (Asas Kelapa)

•Bakeri dan Sejuk Beku

•Hasilan Buah-buahan

Pengenalan:

Kursus Keusahawanan Kemahiran, Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawanan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti Makanan Sejuk Beku, Bakeri, Produk Hasilan Kelapa, Makanan Sejuk Beku dan Buah-buahan.

Pelaksanaan:

Kursus ini dijalankan secara 'hands on' untuk mempastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP). Disamping itu peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, mengurus kewangan, mengurus pemasaran dan menyediakan Rancangan Perniagaan.

Peserta juga akan menjalani program sampingan di premis usahawanan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian atau swasta.

Pengambilan Peserta:

Tempoh kursus ialah enam (6) bulan dan pengambilan peserta akan dibuat setahun sekali.

Kemudahan:

•Tempat tinggal dan makan semasa berkursus
•Elaun kursus

Syarat-syarat Permohonan:

1.Warganegara Malaysia berumur antara 20-40 tahun (lelaki/perempuan)
2.Berkelulusan SPM / SPVM
3.Tinggal di asrama sepanjang tempoh latihan
4.Sihat tubuh badan
5.Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus
Kursus dijalankan di lima (5) buah Pusat Bimbingan Usahawanan (PBU) mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:-

1. PBU Serdang, Selangor
2. PBU Ayer Hitam, Johor
3. PBU Manong, Perak
4. PBU Telok Chengai, Kedah
5. PBU Ajil, Terengganu -
-
-
-
-
Sejuk Beku
Bakeri
Bakeri dan Sejuk Beku (asas kelapa
Bakeri dan Sejuk Beku
Hasilan Buah-buahan

Cara Memohon:

Iklan akan dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. Borang-borang boleh didapati di sini dan juga melalui Jabatan Pertanian Putrajaya, Jabatan Pertanian Negeri dan Daerah, Institut-institut Pertanian dan melalui laman web: www.doa.gov.my

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimajukan ke alamat seperti berikut:-

Timbalan Pengarah (Industri Asas Tani)
Bahagian Pengembangan, Perundingan,
Pelaburan dan Industri Asas Tani,
Jabatan Pertanian,
Wisma Tani, Aras 8,
Blok 4G2, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62632 Putrajaya.

*Hanya calon-calon yang memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk temuduga

Bimbingan Selepas Kursus:

Pihak Jabatan Pertanian akan terus membimbing peserta lepasan Pusat Bimbingan Usahawan dibawah Program Pembangunan Industri Asas Tani.

Peserta yang telah menjalankan projek akan terus diberi khidmat nasihat dari pegawai pembimbing Jabatan Pertanian.



Maklumat lanjut:

•Jadual Kursus
•Borang permohonan
•Carta Aliran dan Proses Permohonan
•Alamat Pusat Latihan Pertanian dan Latihan Kejuruteraan Pertanian Negeri Perak

Want your business to be the top-listed Government Service in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Thongwa