07/05/2026
Bersedia untuk WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026!
Sebuah pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam pelbagai bidang kemahiran.
Saksikan sendiri kehebatan, ketepatan dan kreativiti para peserta yang bersaing untuk membuktikan siapa yang terbaik!
π
17 β 21 Mei 2026
π Lokasi Pertandingan:
Β· Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur
Β· CIDB Technologies Cawangan Terengganu
Β· myBIM Centre Malaysia
Kredit info : Kementerian Kerja Raya / Kementerian Sumber Manusia
06/05/2026
TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA GIATMARA!
Kejayaan sesuatu acara bukan terletak pada gahnya persiapan, tetapi pada komitmen dan keringat mereka di balik tabir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja GIATMARA yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sambutan 60 Tahun MARA di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tidak lupa juga buat para pengunjung, alumni, dan pelatih yang hadir memeriahkan reruai serta menyokong aktiviti kami sepanjang karnival berlangsung. Kehadiran anda adalah pembakar semangat kami untuk terus memperkasa bidang TVET negara.
Semoga ukhuwah dan semangat "Menjunjung Amanah" ini terus kekal dalam diri setiap warga GIATMARA.
04/05/2026
πππππππ & πππππππ ππππππ ππππ. ππππ' πππ πππππππ πππππ ππππ' πππππ
Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
03/05/2026
Lawatan rasmi telah diadakan oleh Datoβ Dr. Norsabrina Binti Mohd Noor sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran βRoad to Shanghai 2026β. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan Nadratulliyana Binti Ab Malek merupakan peserta negara yang mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 dalam bidang _Fashion Technology_ yang akan berlangsung pada bulan September nanti.
Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.
03/05/2026
Lawatan rasmi telah diadakan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran βRoad to Shanghai 2026β. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan para peserta negara yang bakal mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti.
Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.
03/05/2026
Lawatan rasmi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Pn. Molinda Binti Abdul Rahman, En. Baharil Ihzan Bin Onn dan Pn. Suriani Binti Hasan sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran βRoad to Shanghai 2026β. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan para peserta negara yang bakal mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti. Pada masa yang sama juga lawatan tersebut dapat bertemu Peserta Akhir WSMB Peringkat Akhir 2026 yang turut bersama-sama di ruang pameran tersebut.
Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.
03/05/2026
π₯ππ‘ππππππ‘ π ππππ‘π | π£ππ₯πππ‘π π ππ‘π§ππ₯π @ π πππππ¦ π¦ππ ππ¨π§ππ‘ π²π¬ π§πππ¨π‘ π ππ₯π
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap pada 3 Mei 2026 ketika menyempurnakan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA yang diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
02/05/2026
πͺππππππ’π¨π§ π¬π πππ§π¨π πππππ π₯π¨ππππ ππ§ ππ πͺππ‘π, π§ππ πππππ‘ π ππ‘π§ππ₯π ππππͺ ππ π₯ππ₯π¨ππ ππππ§π ππ₯π
π πππ’ ππππ | πΎππππ
π»πππ
π πͺπππππ π²ππππ π³πππππ
Hari ini, reruai GIATMARA menerima kunjungan istimewa YB Datuk Hajah Rubiah bt Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang telah berkesempatan mengadakan sesi walkabout dan ramah mesra sempena Karnival Sambutan 60 Tahun MARA.
Lawatan beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Dr. Mahzan Teh, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA Profesor Adjung Datoβ Dr. Norsabrina Mohd Noor serta Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim.
Lawatan ini memberi peluang kepada YB Timbalan Menteri untuk melihat dengan lebih dekat inisiatif, program latihan kemahiran serta hasil produk peserta GIATMARA yang dipamerkan, selaras dengan usaha memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dalam kalangan masyarakat.