GIATMARA Malaysia

GIATMARA Malaysia

Share

Page ini adalah page rasmi bagi GIATMARA Sendirian Berhad

Wawasan :Membantu mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB) berkualiti bagi mencapai matlamat wawasan 2020.

Photos from GIATMARA Malaysia's post 07/05/2026

Bersedia untuk WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2026!

Sebuah pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam pelbagai bidang kemahiran.

Saksikan sendiri kehebatan, ketepatan dan kreativiti para peserta yang bersaing untuk membuktikan siapa yang terbaik!

πŸ“… 17 – 21 Mei 2026

πŸ“ Lokasi Pertandingan:
Β· Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur
Β· CIDB Technologies Cawangan Terengganu
Β· myBIM Centre Malaysia





Kredit info : Kementerian Kerja Raya / Kementerian Sumber Manusia

06/05/2026

π’π„πŒππ€ππ† πƒπ€π‹π€πŒ 𝐕𝐀𝐍 : 𝐃𝐔𝐀 ππ€πŠπ€π‹ π‡π€πˆπ‘π“π’π˜π‹πˆπ’π“ πŠπŽππ†π’πˆ π‘π€π‡π’πˆπ€ π˜π€ππ† π’π€πŒπ€

Sempat berbual dengan dua pelatih semasa dalam Kursus Seni Reka Gaya Rambut dari GIATMARA Ampang Jaya semasa Karnival 60 Tahun MARA di World Trade Centre Kuala Lumpur kelmarin.

Mereka sangat komited dengan tugasan dan rupanya berkongsi rahsia yang sama!

Ingin tahu rahsia mereka jom tonton video sembang dalam van ini!

06/05/2026

TAHNIAH & TERIMA KASIH WARGA GIATMARA!

Kejayaan sesuatu acara bukan terletak pada gahnya persiapan, tetapi pada komitmen dan keringat mereka di balik tabir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga kerja GIATMARA yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sambutan 60 Tahun MARA di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak lupa juga buat para pengunjung, alumni, dan pelatih yang hadir memeriahkan reruai serta menyokong aktiviti kami sepanjang karnival berlangsung. Kehadiran anda adalah pembakar semangat kami untuk terus memperkasa bidang TVET negara.

Semoga ukhuwah dan semangat "Menjunjung Amanah" ini terus kekal dalam diri setiap warga GIATMARA.

05/05/2026

π˜π€ππ€ π–π€πŠπˆπ‹ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŠπ„ π–πŽπ‘π‹πƒπ’πŠπˆπ‹π‹π’ π’π‡π€ππ†π‡π€πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”

Jom kita dengar perkongsian dari Yana, wakil negara ke Worldskills Shanghai 2026 yang bakal berlangsung pada September nanti.

Beliau dari GIATMARA Simpang Ampat dan GIATMARA Jasin, Melaka menggalas harapan negara dalam bidang Fashion Technology.

Bersama jurulatih Cikgu Izzah, mereka berkongsi persediaan mereka ke pertandingan terulung dalam bidang kemahiran.






04/05/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ' π’π‘πˆ π’π”π‘πˆπ€ππˆ ππˆππ“πˆ πƒπ€π“πŽ' π€π‡πŒπ€πƒ
Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ & π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽ' π’π‘πˆ π’π”π‘πˆπ€ππˆ ππˆππ“πˆ πƒπ€π“πŽ' π€π‡πŒπ€πƒ

Tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Dato' Sri Suriani binti Dato' Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam menerajui kepimpinan kementerian ke arah memperkukuh pembangunan desa serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

KKDW komited untuk terus memberikan sokongan padu kepada kepimpinan YBhg. Dato' Sri dalam merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi serta
Warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah





Photos from GIATMARA Malaysia's post 03/05/2026

Lawatan rasmi telah diadakan oleh Dato’ Dr. Norsabrina Binti Mohd Noor sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran β€œRoad to Shanghai 2026”. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan Nadratulliyana Binti Ab Malek merupakan peserta negara yang mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 dalam bidang _Fashion Technology_ yang akan berlangsung pada bulan September nanti.

Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.

Photos from GIATMARA Malaysia's post 03/05/2026

Lawatan rasmi telah diadakan oleh Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad dan Menteri Besar Pahang YAB Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran β€œRoad to Shanghai 2026”. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan para peserta negara yang bakal mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti.

Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.

Photos from GIATMARA Malaysia's post 03/05/2026

Lawatan rasmi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Pn. Molinda Binti Abdul Rahman, En. Baharil Ihzan Bin Onn dan Pn. Suriani Binti Hasan sempena program BeSkills GIATMARA di World Trade Center Kuala Lumpur, khususnya di ruang pameran β€œRoad to Shanghai 2026”. Lawatan ini memberi peluang kepada beliau untuk bertemu secara langsung dengan para peserta negara yang bakal mewakili Malaysia ke WorldSkills Competition Shanghai 2026 yang akan berlangsung pada bulan September nanti. Pada masa yang sama juga lawatan tersebut dapat bertemu Peserta Akhir WSMB Peringkat Akhir 2026 yang turut bersama-sama di ruang pameran tersebut.

Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform sokongan moral kepada para peserta, malah turut mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan bakat serta kecemerlangan kemahiran negara di peringkat antarabangsa.

03/05/2026

π—₯π—”π—‘π—–π—”π—žπ—žπ—”π—‘ π— π—”π——π—”π—‘π—œ | π—£π—˜π—₯𝗗𝗔𝗑𝗔 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ @ π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝟲𝟬 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗠𝗔π—₯𝗔

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berucap pada 3 Mei 2026 ketika menyempurnakan Majlis Sambutan 60 Tahun MARA yang diadakan di World Trade Centre, Kuala Lumpur.








Photos from Zahid Hamidi's post 03/05/2026
Photos from GIATMARA Malaysia's post 02/05/2026

π—ͺπ—”π—Ÿπ—žπ—”π—•π—’π—¨π—§ 𝗬𝗕 π——π—”π—§π—¨π—ž 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗛 π—₯π—¨π—•π—œπ—”π—› 𝗕𝗧 𝗛𝗝 π—ͺπ—”π—‘π—š, π—§π—œπ— π—•π—”π—Ÿπ—”π—‘ π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—žπ—žπ——π—ͺ π—žπ—˜ π—₯π—˜π—₯π—¨π—”π—œ π—šπ—œπ—”π—§π— π—”π—₯𝗔

𝟐 𝐌𝐞𝐒 πŸπŸŽπŸπŸ” | 𝑾𝒐𝒓𝒍𝒅 𝑻𝒓𝒂𝒅𝒆 π‘ͺ𝒆𝒏𝒕𝒓𝒆 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 π‘³π’–π’Žπ’‘π’–π’“

Hari ini, reruai GIATMARA menerima kunjungan istimewa YB Datuk Hajah Rubiah bt Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), yang telah berkesempatan mengadakan sesi walkabout dan ramah mesra sempena Karnival Sambutan 60 Tahun MARA.

Lawatan beliau diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA, Dr. Mahzan Teh, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA Profesor Adjung Dato’ Dr. Norsabrina Mohd Noor serta Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim.

Lawatan ini memberi peluang kepada YB Timbalan Menteri untuk melihat dengan lebih dekat inisiatif, program latihan kemahiran serta hasil produk peserta GIATMARA yang dipamerkan, selaras dengan usaha memperkasa pendidikan dan latihan teknikal dalam kalangan masyarakat.

Want your business to be the top-listed Government Service in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Thongwa

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:45
Tuesday 08:00 - 17:45
Wednesday 08:00 - 17:45
Thursday 08:00 - 17:45
Friday 08:00 - 17:45