15/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐
โKementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh institusi keluarga sempena sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2026.
โSelaras dengan tema global yang diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu โFamilies, Inequalities and Child Wellbeingโ, tumpuan khusus diberikan kepada usaha mengurangkan jurang sosial dan ekonomi demi menjamin kesejahteraan perkembangan kanak-kanak.
๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
โ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐: Memperkasakan lima nilai teras utama iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Berilmu serta Harmoni sebagai identiti Negara Bangsa.
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐: Pemantapan Kursus Perkahwinan SMARTSTART, Program Keibubapaan Positif, dan Program Pembangunan Remaja.
๐๐ค๐ฌ๐๐ฌ ๐๐ฌ๐ข๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ: Perluasan program remaja KafeTEEN melalui kolaborasi strategik bersama NGO, institusi pendidikan, dan komuniti setempat.
๐๐๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ฌ๐๐ฌ๐ค๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ญ๐ข:Penganjuran seminar penyelidikan berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2025 untuk memandu polisi masa hadapan.
โInstitusi keluarga merupakan asas kepada pembangunan negara yang mampan dan harmoni. Keluarga yang stabil bukan sahaja melahirkan generasi yang berdaya tahan, malah menjadi tunjang kepada nilai sosial yang kukuh.
13/05/2026
Ayuh hargai dan raikan para ibu yang telah banyak berkorban masa, keringat dan tenaga demi membentuk keluarga serta masyarakat yang sejahtera ๐๐๐ฉโ๐ฉโ๐งโ๐ง
Bersempena Hari Ibu 2026, KPWKM melalui LPPKN telah memperkenalkan Pakej Seteguh Ibu yang menawarkan tiga komponen utama bagi menyantuni kesejahteraan para ibu secara menyeluruh.
๐ฉโ๐ผPakej Sayang Ibu
- memberi fokus kepada kesihatan wanita melalui Program Saringan Awal Kanser Reproduktif Wanita (WCaRe) iaitu ujian mamogram dan ujian HPV DNA serta sokongan khusus melalui Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti (BuAI).
๐ฉโ๐ผ Pakej Jalinan KASIH Ibu
- memperkukuh kesejahteraan emosi dan hubungan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif seperti terapi seni, terapi ketawa serta pengenalan lima Bahasa Cinta
๐ฉโ๐ผ Pakej Minda Tenang
- menyediakan sokongan kesejahteraan mental dan relaksasi untuk para ibu melalui urutan kesejahteraan MamaCare dan Colour Analysis
Jom manjakan permaisuri hati anda dengan mendapatkan Pakej Seteguh KASIH Ibu di lokasi-lokasi sambutan Hari Ibu peringkat negeri anjuran LPPKN di seluruh negara.
13/05/2026
PERKONGSIAN MALAYSIA MENGENAI PENDEKATAN KEIBUBAPAAN ERA DIGITAL DI PERSIDANGAN ASEAN FAMILY DEVELOPMENT NETWORK (FAMNET) 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai Persidangan ASEAN Family Development Network (FAMNET) 2026 secara dalam talian pada 12 Mei 2026 bagi mengukuhkan komitmen strategik negara dalam agenda kesejahteraan keluarga serantau.
Delegasi Malaysia diketuai oleh YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, pegawai-pegawai LPPKN, wakil dari Pertubuhan Pemberdayaan Bapa Penyayang dan Naib Canselor Universiti Malaya-Wales.
Semasa persidangan tersebut, YBhg. Dato' Abdul Shukur Abdullah telah mewakili negara sebagai Ahli Panel bagi Sesi Pleno 3 yang bertajuk Contemporary Parenting in the Digital Age.
Pembentangan strategik Malaysia menggariskan tiga (3) resolusi utama:
1. Transformasi Pendekatan Keibubapaan: Keperluan mendesak untuk beralih daripada pendekatan pemantauan siber (monitoring) kepada bimbingan aktif (mentoring) bagi membina daya tahan digital anak-anak.
2. Sinergi Ekosistem Bersepadu (Whole-of-Government): Pendekatan holistik yang dipacu oleh Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) 2026-2030, disokong oleh jaringan intervensi rentas agensi termasuk Talian Kasih 15999, Talian HEAL 15555, dan advokasi keselamatan negara,CyberSAFE.
3. Impak Berteraskan Data (Data-Driven Impact): Pelaksanaan inovasi chatbot Naungan Kasih (NKText) yang terbukti secara empirikal menurunkan kes penderaan kanak-kanak sebanyak 23%, dengan sasaran peluasan strategik kepada 280,000 penjaga menerusi rangkaian KEMAS.
Penyertaan ini memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menonjolkan kepimpinan dan inovasi negara dalam modul kekeluargaan ke pentas serantau, di samping mengukuhkan kerjasama rentas sempadan bagi melindungi keluarga daripada risiko siber.
Selain itu, ia memastikan perancangan serantau seperti ASEAN Mid-Term Work Plan for Family Development (2026-2030) dijajarkan secara langsung dengan agenda pembangunan keluarga negara bagi menyokong pelaburan kesejahteraan institusi keluarga secara berterusan.
The future of digital safety does not depend only on stronger technology. It depends on stronger families.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
13/05/2026
Lawatan kerja YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM ke bangunan LPPKN pada 11 Mei 2026.
Beliau diiringi oleh YBhg. Datoโ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN bagi meninjau operasi serta perkhidmatan di Unit Kaunseling dan Intervensi, Klinik Subfertiliti dan Makmal Biomedikal.
Lawatan ini turut memberi peluang kepada beliau untuk melihat dengan lebih dekat pelaksanaan perkhidmatan yang disediakan LPPKN dalam usaha memperkukuh kesejahteraan keluarga, kesihatan reproduktif dan sokongan psikososial kepada masyarakat.