Barisan Nasional Malaysia

Barisan Nasional Malaysia

Share

Barisan Nasional (BN)
Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan Barisan Nasional lahir dari perjuangan rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat.

Organisasi kami, secara asasnya, terdiri dari gabungan parti-parti politik yang berpegang teguh kepada konsep Barisan Nasional. Gabungan 13 parti komponen ini mewakili keseluruhan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, suku kaum atau kumpulan etnik. Bersandarkan kekuatan berkumpulan yang nyata telah menjadikan Barisan Nasional sebagai sebuah parti politik yang besar, gagah, berbeza, adil dan

25/01/2022

"Kita perlu beri peluang dan pendedahan kepada pemimpin muda untuk bertanding. Ini adalah keputusan saya walaupun ada pihak mendakwa saya akan bertanding, itu adalah tidak benar"

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Naib Presiden UMNO

Photos from Barisan Nasional Malaysia's post 24/01/2022

23 Januari 2022 -- 2.00pm

MESYUARAT AHLI PARTI MAKKAL SAKTI PAHANG TAHUN 2022

Pengerusi Parti Makkal Sakti Pahang, En Kaneshwaran telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pahang bagi Tahun 2022 di Bilik Mesyuarat Ramin, Hotel Green Park, Temerloh bersama tetamu kehormat Setiausaha Umno Bahagian Temerloh, Dato Razmi Sudin yang mewakili pihak Dato Sharkar yang tidak dapat hadir

Dato Razmi berasa gembira dengan pencapaian Parti Makkal Sakti Pahang yang telah melakukan banyak Aktiviti Kemasyarakatan bersama rakyat Pahang. Beliau berasa sangat kagum dengan pencapaian yang dilakukan oleh Makkal Sakti Pahang dalam masa yang singkat. Dato Razmi juga menekankan bahawa Pengerusi Pahang En Kaneshwaran mempunyai kebolehan untuk menjadi Calon pada PRU-15.

Pengerusi Pahang telah mengucapkan TAHNIAH kepada semua Ahli² Pahang yang terus memberi komitmen dan sumbangan pada masa ini.

Mesyuarat ini pertama kali diadakan secara bersemuka sejak pandemik COVID-19 ini melanda negara. Sebelum ini hanya diadakan secara maya. Walau bagaimanapun bagi Parti Makkal Sakti Pahang laksanakan mesyuarat ini mengikut norma yang ditetapkan.

Perbincangan yang djalankan adalah mengaktifkan setiap bahagian untuk persediaan PRU-15, kemaskinikan penambahan ahli baru dan ahli yang sedia ada, perbincangan program dan aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun 2022.

Pengerusi juga menekankan bahawa akan melawat bersama Setiausaha setiap bahagian untuk mengemaskini ahli-ahli Makkal Sakti Pahang.

Sebagai akhir kata, Pengerusi telah meminta kesemua ahli untuk terus berjuang demi rakyat.

Mesyuarat ini diakhiri dengan makanan dan minuman untuk semua ahli yang hadir.

Sekian.

23/12/2021

Inisiatif YB Shahar Abdullah ketika banjir di Paya Besar

30/09/2021

😁

26/11/2019

https://www.facebook.com/157851205951/posts/10156528896235952/

Sebuah kerajaan yang bertanggung jawab patut selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara.

Keputusan kerajaan BN dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini.

Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?

Kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk abu Chin Peng dibenarkan untuk dipulangkan pada masa ini secara senyap-senyap?

Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?

Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan?

Kerajaan PH buat tugu wira askar Jepun tahun lalu, ramai dah marah.

Tahun ini, korang sengaja buat lagi?

Untuk apa?

03/11/2019

TOLAK CALON PH DALAM PRK TANJUNG PIAI

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru kepada semua pengundi PRK Tanjung Piai untuk tidak memberikan sebarang undi kepada calon PH walaupun calon PH bukan dari parti DAP. Memberikan undi kepada ...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=148712389858476&id=101691041227278

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

3 Rabiul Awwal 1441 l 31 Oktober 2019

TOLAK CALON PH DALAM PRK TANJUNG PIAI

Bismillahirrahmanirrahim

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyeru kepada semua pengundi PRK Tanjung Piai untuk tidak memberikan sebarang undi kepada calon PH walaupun calon PH bukan dari parti DAP. Memberikan undi kepada mana-mana calon PH hakikatnya hanya melebarkan atau mengekalkan kuasa DAP dalam mendominasi PH pada hari ini. Inilah kemudaratan yang besar mesti dielakkan.

Antara kaedah yang terpakai dalam hal seperti ini ialah:

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بارتكاب أخفهما

“Apabila bertembung dua kerosakan, maka hendaklah dijaga daripada terjadi mudharat yang lebih besar dengan memilih mudharat yang lebih ringan antara keduanya.”

2. Sehubungan itu, DUPP menyokong calon yang telah dikemukakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dari parti MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti.

3. Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai antara PAS dan UMNO pada 14 September 2019 yang lalu sekaligus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan juga Barisan Nasional. Lantaran itu, secara asasnya apa sahaja syarat bersama pada perkara yang tidak mengandungi unsur haram dan percanggahan syariat adalah dihormati dan disempurnakan.

Sabda Rasulullah SAW :

الصلح جائز بين المسلمين، إلا صلحاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً. والمسلمون على شروطهم، إلا شرطاً حرم حلالاً، أو أحل حراماً

Maksudnya :
"Perdamaian dibenarkan di kalangan orang Islam, kecuali perdamaian itu mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram. Dan umat Islam atas syarat mereka (wajib memelihara), kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram." - riwayat at-Tirmizi

4. Melihat kepada situasi semasa politik Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH), fokus utama dalam pertimbangan sesuatu PRK yang berlaku serta PRU 15 yang akan datang ialah dengan tidak memberikan kemenangan kepada PH untuk terus berkuasa. Ini kerana, dengan jelas kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP dalam mendominasi PH sangat memberikan kesan negatif ke atas agama Islam, ummah dan negara.

5. Justeru, walaupun calon dari Muafakat Nasional yang diwakili oleh BN adalah non Muslim namun ia bukanlah terlarang secara mutlak. Ini kerana penentangan kita bukanlah atas sentimen berlainan agama atau bangsa. Malah Islam sendiri tidak melarang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non Muslim yang tidak melawan Islam.

Firman Allah SWT :

لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ

Maksudnya :
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."
[Surah al-Mumtahanah 8]

6. Perlu difahami bahawa penentangan ke atas DAP adalah kerana sikap mereka yang keras memusuhi agenda umat Islam yang dizahirkan oleh pimpinan mereka dalam banyak isu serta keterlibatan pimpinan mereka dengan kumpulan pengganas iaitu LTTE.

7. Menyelamatkan negara dan agama Islam dari terus menjadi mangsa kerakusan PH merupakan satu kewajipan pada masa kini. Maka apa sahaja usaha untuk menjayakan kewajipan ini sekaligus juga menjadi wajib.

ما لَا يَتِمُّ اَلْوَاجِبْ إِلَّا بِهِ ، فَهُوَ وَاجِبٌ

Maksudnya: “Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.”

8. Perlu diingat bahawa setiap undi dalam kiraan sistem demokrasi adalah sangat penting. Maka, pengundi hendaklah keluar untuk mengundi dengan mengundi calon dari Muafakat Nasional kerana melalui kuasa undian, kemudharatan boleh dicegah. Hal ini juga termasuk dalam kaedah melenyapkan kemudaratan.

9. Ini kerana mudarat adalah perkara yang wajib dijauhi dan dilenyapkan sebagaimana kaedah asas dalam perbincangan displin ilmu al-Qawaid al-Fiqhiyyah iaitu:

الضرر يزال

“Kemudaratan (wajib) dihilangkan”

10. Justeru, DUPP mengajak semua ahli dan masyarakat umum agar terus fokus kepada usaha-usaha menyelamatkan negara menerusi kerjasama Muafakat Nasional yang telah digerakkan ini secara konsisten dan serius.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)

30/07/2019

DAULAT TUANKU

Dirgahayu

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA
YANG DIPERTUAN AGONG KE XVI
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

DKP., DKM.,DK.,DMN., SSAP., SIMP., DK.(Terengganu).,DK.(Johor).,SPMJ.,PAT.

Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI

Pada hari Selasa, 30 Julai 2019
Bersamaan 28 Zulkaedah 1440H

Daripada :-

Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional, Presiden MCA, Presiden MIC dan seluruh jajaran kepimpinan Barisan Nasional

30/03/2019

*ANAK RANTAU DEMI RANTAU*

*Rantau itu kampung saya, kampung arwah mak saya. Saya berlatarbelakangkan daripada orang susah. - Tok Mat*

Bukan mudah menjadi seorang yang bernama Mohamad Hasan. Seperti tokoh lain yang berjaya, beliau juga melalui onak dan duri untuk berada di kedudukan sekarang. NAMUN, ia TIDAK SESEKALI MELENYAPKAN identiti sebenar beliau. Rantau adalah kampung beliau, tempat lahir, membesar dan bersekolah di situ. Anak jati Rantau ini akan terus berkhidmat demi rakyat, khasnya rakyat Rantau. Seperti kata-kata beliau:

*Sebagai tanggungjawab, WE MUST GIVE BACK TO OUR SOCIETY, MUST GIVE BACK TO PEOPLE, TO OUR COUNTRY, TO OUR STATE. I will be the CLEANEST & MOST HONEST GOVERNMENT*

*SAYA AKAN BUAT SECARA JUJUR YANG BAIK*

14/05/2018

Belum pun dakwat di jari hilang, ini hadiah dari kerajaan negeri Selangor.

07/05/2018

Siaran langsung bersama Arul Kanda...

02/05/2018

Ingin merasai kelainan kempen Barisan Nasional kali ini?

Jom kita ikuti langkah ini dan muat turun aplikasi AR HebatkanNegaraku melalui Google Play atau Apple Store.



Want your business to be the top-listed Government Service in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Thongwa