Mahkamah Perusahaan Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Mahkamah Perusahaan Malaysia Industrial Court of Malaysia

09/10/2026
09/10/2026
09/10/2026

📊 PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2027

Saksikan Pembentangan Belanjawan 2027 Malaysia MADANI oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

🗓 Tarikh : Jumaat, 9 Oktober 2026
🕒 Masa : 3.30 Petang

📺 Siaran Langsung Menerusi: Berita RTM, TV1, dan Bernama

🌐 Maklumat Lanjut:

Layari portal rasmi di [belanjawan.mof.gov.my]

KESUMA

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAHMahkamah Perusahaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Firda...
01/10/2026

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Mahkamah Perusahaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Firdaus Farid bin Abd Rashid, Setiausaha Sulit Kanan Menteri (SUSK) atas pengurniaan Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) yang membawa gelaran Dato’.

Pengurniaan ini berlangsung sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 1 Oktober 2026 bersamaan 19 Rabiulakhir 1448H.

Semoga YBhg. Dato’ Firdaus terus dikurniakan kekuatan, kerahmatan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah serta menabur bakti demi kementerian, rakyat dan negara.

Setinggi-tinggi tahniah, YBhg. Dato’! 🇲🇾✨

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan warga
Mahkamah Perusahaan Malaysia

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAHMahkamah Perusahaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato’ Sri Rama...
29/09/2026

🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

Mahkamah Perusahaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YB Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan, Menteri Sumber Manusia, atas pengurniaan darjah kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) yang membawa gelaran Dato’.

Pengurniaan tersebut disempurnakan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Yang Ke 57 Tahun 2026 bersamaan 17 Rabiulakhir 1448H.

Semoga YB Dato’ Sri terus dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam menabur bakti serta memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan negara.

Setinggi-tinggi tahniah, YB Dato’ Sri! 🇲🇾✨

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi dan
warga Mahkamah Perusahaan Malaysia


🕊️ SALAM TAKZIAHKementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah b...
28/09/2026

🕊️ SALAM TAKZIAH

Kementerian Sumber Manusia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali, isteri kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh almarhumah serta menempatkan beliau dalam kalangan para aulia, syuhada dan salihin.

Al-Fatihah. 🤲

Ikhlas daripada
Pengurusan Tertinggi serta warga KESUMA

BENGKEL LATIHAN PENGGUNA SISTEM e-MAHKAMAH PERUSAHAAN (eIC) TAHUN 2026Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjur...
22/09/2026

BENGKEL LATIHAN PENGGUNA SISTEM e-MAHKAMAH PERUSAHAAN (eIC) TAHUN 2026

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna Sistem e-Mahkamah Perusahaan (eIC) Tahun 2026 pada 17 hingga 19 September 2026 bertempat di Thistle Hotel Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna berkaitan penambahbaikan terkini dalam sistem eMP, di samping memberikan latihan dan meningkatkan kefahaman peserta terhadap fungsi serta perubahan yang diperkenalkan. Bengkel ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti isu, keperluan dan cadangan penambahbaikan sistem berdasarkan pengalaman sebenar pengguna.

Penganjuran bengkel ini merupakan antara usaha berterusan MPM dalam memperkasa pendigitalan perkhidmatan, meningkatkan kecekapan proses kerja serta menyokong pengurusan Mahkamah yang lebih sistematik dan berkesan.

BENGKEL SEMAKAN & PENGESAHAN USER REQUIREMENTS SPECIFICATION (URS) SISTEM eMP v2.0Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) tel...
22/09/2026

BENGKEL SEMAKAN & PENGESAHAN USER REQUIREMENTS SPECIFICATION (URS) SISTEM eMP v2.0

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) telah mengadakan Bengkel Semakan & Pengesahan User Requirements Specification (URS) Sistem eMP v2.0 pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya.

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada bengkel yang telah dilaksanakan sebelum ini, dengan memberi tumpuan kepada semakan, perincian dan pengesahan keperluan sistem yang melibatkan 13 modul utama Sistem eMP.

Bagi memastikan keperluan sistem dapat diselaraskan secara menyeluruh, bengkel ini menghimpunkan pemilik proses dan pasukan teknikal untuk meneliti aliran proses kerja serta keperluan penambahbaikan berdasarkan sistem eMP/eIC sedia ada.

Perbincangan dan semakan yang dilaksanakan menjadi asas kepada pengesahan dokumen URS sebagai rujukan rasmi yang dipersetujui bersama, bagi menyokong fasa pembangunan kod sistem, reka bentuk pangkalan data dan pengujian sistem.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan antara langkah penting dalam pembangunan Sistem eMP v2.0, selaras dengan komitmen MPM untuk memperkukuh transformasi digital, meningkatkan kecekapan proses kerja serta mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pihak berkepentingan.

PENYERTAAN DELEGASI INDUSTRI KE-15 OCCUPATIONAL SAFETY + HEALTH EXHIBITION FOR ASIA (OS+H ASIA) 2026Mahkamah Perusahaan ...
17/09/2026

PENYERTAAN DELEGASI INDUSTRI KE-15 OCCUPATIONAL SAFETY + HEALTH EXHIBITION FOR ASIA (OS+H ASIA) 2026

Mahkamah Perusahaan Malaysia (MPM) melalui Mahkamah Perusahaan Johor selaku Jawatankuasa KESUMA Peringkat Malaysia telah menyertai Delegasi Industri ke-15 Occupational Safety + Health Exhibition for Asia (OS+H Asia) 2026 pada 10 September 2026 di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Singapura. MPM telah diwakili oleh Puan Aniza Abd Rahim, Penolong Mahkamah Perusahaan Johor.

Penyertaan ini memberi peluang kepada pegawai untuk menimba pengetahuan dan pengalaman berkaitan perkembangan, teknologi serta amalan terbaik dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di peringkat serantau. Pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam pelaksanaan tugas dengan lebih berkesan serta dikongsi bersama warga Mahkamah.

Semoga penyertaan ini dapat memperkukuh pengetahuan dan kompetensi warga Mahkamah dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, seterusnya menyokong usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60392365000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mahkamah Perusahaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mahkamah Perusahaan Malaysia:

Shortcuts

Share