15/05/2026
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐. ๐๐๐ง๐ขโ ๐ ๐ข๐๐ ๐ก๐ข๐ข๐ฅ ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ | 15 MEI 2026
YBrs. LSr Tuan Haji Muhammad Salim bin Mohammed Asari, BCN., AMP., Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II (JUPEM) turut berkesempatan mengadakan Lawatan Kasih kepada YBhg. Datoโ Mohd Noor bin Isa, mantan Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia.
Lawatan tersebut turut diiringi oleh LSr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkap Ahli Lembaga Jurukur Tanah Malaysia. Turut hadir bersama lawatan kasih ini, Hajjah Mazailah binti Ahmad Mokhtar Timbalan Pengerusi PUSPANITA, Sr Iza Zarina binti Abdu Razak@Idris, Setiausaha PUSPANITA JUPEM dan LSr Wan Safinah binti Wan Azlan, Setiausaha TASKA PUSPANITA JUPEM dan bersama beberapa pegawai JUPEM yang lain.
Sebagai tanda keprihatinan, YBhg. Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II turut menyampaikan sumbangan daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Program Santuni GSD bagi tanda ingatan tulus ikhlas kepada YBhg. Datoโ Mohd Noor bin Isa.
15/05/2026
๐ก๐๐ฆ๐๐๐๐ง@๐จ๐๐จ๐ฅ: ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐๐ง
SIRI 08/2026
14/05/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐๐ ๐ญ๐ต๐ฑ๐ญ- ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก (๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก, ๐๐๐ง๐ ๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ง๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ฅ๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐จ๐๐ฆ๐) ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ฌ | 13 MEI 2026
Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP), JUPEM kini sedang melaksanakan semakan semula terhadap kadar fi dan struktur bayaran di bawah Perintah Fi dan Bayaran (Perkhidmatan, Data Ukur dan Pemetaan serta Reproduksi) 2010. Langkah ini bertujuan memastikan kos perkhidmatan yang dikenakan kekal relevan dengan kemajuan teknologi geospatial serta tuntutan pasaran semasa.
Memandangkan pindaan terakhir telah dilaksanakan hampir 16 tahun yang lalu, satu mesyuarat teknikal melibatkan ahli Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-isu Institusi (JTDII) serta wakil-wakil Bahagian JUPEM telah diadakan bagi memperincikan draf pindaan tersebut. Mesyuarat yang dihadiri seramai 50 peserta ini dipengerusikan oleh LSr Dr. Shahril Azhari bin Jumari, Timbalan Pengarah Ukur BDPP.
Sesi libat urus ini berfungsi sebagai platform untuk mendapatkan input serta cadangan daripada pihak luar bagi memperkukuh hasil kajian yang telah dijalankan di peringkat dalaman. Bagi memastikan perbincangan yang lebih fokus, mesyuarat dibahagikan kepada tiga sesi perbincangan mengikut topik berikut:
Topik 1: Struktur Fi dan Kadar Bayaran โ Moderator: LSr Wan Safinah binti Wan Azlan.
Topik 2: Produk dan Perkhidmatan Geospatial Baharu โ Moderator: LSr Lam Chee Siong.
Topik 3: Tadbir Urus, Hak Cipta dan Penandaarasan โ Moderator: Sr Dr. Syed Ahmad Fadhli bin Syed Abdul Rahman.
Segala maklum balas dan cadangan yang dikemukakan oleh ahli mesyuarat telah diambil maklum oleh urus setia untuk diperhalusi. Penyelarasan ini penting bagi memastikan draf pindaan yang dihasilkan nanti memenuhi piawaian tadbir urus dan keperluan industri secara menyeluruh.
Pengerusi merakamkan penghargaan atas komitmen dan sumbangan idea daripada semua pihak sebelum mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.
Sumber : Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan
14/05/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐ง๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ก ๐๐ฆ๐จ-๐๐ฆ๐จ ๐๐ก๐ฆ๐ง๐๐ง๐จ๐ฆ๐ (๐๐ง๐๐๐) ๐๐๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ญ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | 12 MEI 2026
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Dasar dan Isu-Isu Institusi (JTDII) Bilangan 1 bagi tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Mei 2026 bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.30 pagi ini telah dipengerusikan oleh LSr Dr. Shahril Azhari bin Jumari, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan yang juga merupakan Pengerusi JTDII yang baharu.
Mesyuarat ini dihadiri seramai 25 ahli mesyuarat termasuk urus setia yang terdiri daripada pelbagai agensi, jabatan dan institusi pengajian tinggi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Jabatan Tanah dan Ukur Sabah (JTUS), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Pertanian Sarawak, Pusat Geospatial Negara (PGN) NRES, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (MDIO), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Antara intipati utama mesyuarat adalah perbincangan mengenai penetapan semula objektif dan Terma Rujukan (ToR) jawatankuasa selaras dengan penstrukturan semula Jawatankuasa Teknikal di bawah Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara (JPDSN) yang bermula pada April lalu. Ahli mesyuarat juga mengambil maklum mengenai kedudukan JTDII yang kini diletakkan di bawah struktur Jawatankuasa Pemandu Standard dan Keselamatan Data Geospatial (JPSKDG) yang dipengerusikan oleh Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP).
Selain itu, ahli-ahli JTDII iaitu DOA, JMG dan JTSS telah membentangkan program outreach yang dijalankan oleh agensi masing-masing. Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai penerbitan Buletin GIS dan Geomatik yang akan diterbitkan secara tahunan dan ahli-ahli dialu-alukan untuk menyumbang artikel yang berkaitan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengah hari.
Sumber: Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP)
14/05/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ @ ๐จ๐๐จ๐ฅ
SIRI 09/2026
13/05/2026
๐๐๐ก๐ข๐ ๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ (๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ฃ๐๐ก๐ง๐๐) @ ๐๐ข๐๐ข๐ฅ, ๐๐๐๐๐, ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ & ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ | MEI 2026
Pemberitahuan, akan berlakunya fenomena Air Pasang Perbani (Banjir Pantai) pada bulan Mei 2026 untuk lokasi di negeri berikut :
๐๐ข๐๐ข๐ฅ
Sekitar Terminal Feri Antarabangsa Kukup dan Monumen Taman Negara Tg. Piai, Pontian
Tarikh : 16 - 20 Mei 2026
Ramalan Limpahan Air Laut dari permukaan jalan +- 15 cm
๐๐๐๐๐
Sekitar Pekan Kuala Kedah dan Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah
Tarikh : 16 - 20 Mei 2026
Ramalan Limpahan Air Laut dari permukaan jalan +- 20 cm
๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ
Kampung Warna-warni, Kuala Perlis
Tarikh : 17 - 19 Mei 2026
Ramalan Limpahan Air Laut dari permukaan jalan +- 15 cm
๐ฃ๐๐ฅ๐๐
Bandar Teluk Intan
Tarikh : 16 - 17 Mei 2026
Ramalan Limpahan Air Laut dari permukaan jalan +- 8 cm
๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ๐ฃ
Rakyat Malaysia terutamanya masyarakat rentan diingatkan supaya lebih berwaspada dan merancang untuk menghadapi bencana alam ini.
Nota:
Maklumat berkaitan pasang surut air laut ini boleh diperolehi daripada Buku Jadual Ramalan Air Pasang Surut 2026 Malaysia terbitan JUPEM dan di laman sesawang JUPEM.
12/05/2026
๐ง๐๐๐ก๐๐๐ | ๐๐๐ฃ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฉ๐๐๐๐ข ๐๐ฅ๐๐๐ง๐๐
๐ฅ๐๐ฌ๐ @ ๐๐๐ข๐๐๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐ฉ๐๐ฌ๐ข๐ฅ๐ฆ' ๐๐๐ฌ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐๐จ๐ฃ๐๐
Bersempena dengan sambutan Hari Juruukur Sedunia @ Global Surveyors' Day 2026 (GSD 2026), pihak Jabatan telah menganjurkan Pertandingan Video Kreatif Raya @ GSD 2026 Peringkat JUPEM
yang mana pertandingan ini telah berlangsung bermula 26 Februari hingga 13 Mac 2026 dan telah menerima sebanyak 19 penyertaan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan ini, dan tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Bahagian/ JUPEM Negeri yang telah memberi sokongan dengan menyertai pertandingan ini.
Saksikan video-video kreatif berkenaan;
Keputusan ;
Pertama : N.Sembilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM
https://vt.tiktok.com/ZS9K29XyY/
Kedua : Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara
https://www.facebook.com/share/v/1Db1ZxkMep/
Ketiga : KEDAH Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM
https://vt.tiktok.com/ZS9K2ffQB/
Saguhati ;
Bahagian Kartografi & GIS
https://vt.tiktok.com/ZS9K24HBt/
Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung Malaysia
https://vt.tiktok.com/ZS9K2TAjj/
Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat.
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐@๐๐๐๐
mujp.9/2026