Awas! Al Quran tiada semakan JAKIM
Malaysia Kita
Malaysia Kita-suarakan hak kita
04/12/2022
Ikan selayang/sardin mencecah RM11 sekilo
04/12/2022
telur..oh telur
Telur banyak tapi harga melambung cecah RM18 sepapan KUALA NERUS – Bekalan telur ayam di sekitar daerah ini dan Kuala Terengganu kembali stabil, namun harganya kini meningkat sehingga mencecah RM18 sepapan bagi telur gred A. Tinjauan Kosmo! di beberapa kedai runcit di sekitar daerah ini mendapati, harga telur yang dijual itu melebihi paras normal ...
18/11/2022
Pengundi Maran Pahang (netizen) memilih Barisan Nasional.
Tarikh-tarikh penting PRU15 akan diumum pada 20 Okt. Diharap bakal calon bersabar.
14/06/2022
BENARKAH KRISIS UM ANGKARA ZARINAH?
Benarkah UM kini melakar sejarah baru? Wanita pertama yang dilantik memimpin UM kini khabarnya bertukar menjadi diktator. Warga kampus begitu hangat memperkatakan isu ini.
Akhir-akhir ini semakin ligat Tan Sri Zarinah Anwar menggunakan kedudukan sebagai pengerusi LPU dalam pentadbiran UM. Banyak sekali campur tangan dalam pengurusan UM sehinggakan kami warga kampus melihat LPU kini hilang fokus.
Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha-usaha untuk memperkasakan UM apatah lagi rating terkini UM jatuh lagi. Apa yang LPU buat? Hanya menyalahkan pihak pengurusan?
Kami yang melihat dari jauh yakin pengurusan UM ketika ini sedang mencatur strategi untuk menaikkan kembali rating ini. Tapi campur tangan dalam isu-isu remeh temeh dan yang bukan ada kaitan dengan LPU akan merencatkan usaha ini.
Dalam masa yang sama, kami difahamkan pengurusan tertinggi UM diketepikan secara total dari terlibat di dalam bisnes yang dijalankan oleh anak-anak syarikat. Kenapa ini berlaku wahai Tan Sri Zarinah?
Apakah UM yang diiktiraf sebagai universiti terbaik di Malaysia dan Top 10 di Asia tidak mempunyai pengurusan yang cekap dan berkemampuan?
Kenapa mereka diperlakukan sedemikian rupa? Apakah kamu wahai Tan Sri Zarinah merasa kamu lebih hebat dan lebih layak? Atau kamu ingin menonjolkan sifat kediktatoran di dalam pengurusan LPU?
Wahai Tan Sri, UM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati dan disegani. Ramai tokoh hebat dan terbilang lahir dari UM termasuklah kamu. Ahli-ahli yang mentadbir di peringkat LPU seharusnya memahami aspirasi sebuah universiti.
Tapi malang sekali. Mereka yang dipilih dan dilantik oleh Tan Sri lebih merupakan mereka dari golongan korporat.
Malah katanya Tan Sri turut mencadangkan ahli lembaga pengarah syarikat UM di kalangan golongan korporat semata-mata. Kenapa?
Tidak adakah golongan yang layak mentadbir dan mengurus UM selain dari golongan korporat? Kenapa tidak ada wakil UM yang dilantik?
Tan Sri begitu lantang bercakap tentang urus tadbir korporat yang cekap. Tapi Tan Sri sendiri menidakkan arahan KPT agar pengurusan universiti terlibat di dalam syarikat milik universiti. Pekeliling KPT berkenaan hal ini diketepikan.
Apakah ini urus tadbir yang baik?
Kami amat kecewa kerana inilah dia pengurusan ala diktator sehingga arahan pihak kementerian diperlekehkan. Ini suatu penghinaan kepada KPT khususnya kepada YB Menteri.
Kalau IPTA yang lain akur dengan arahan Menteri mengapa Tan Sri tidak bersama IPTA yang lain?
Wahai Tan Sri yang hormatnya kami kepada Tan Sri kian menghilang, hentikanlah cara pengurusan sedemikian rupa.
Warga kampus inginkan perubahan ke arah kebaikan untuk UM keseluruhannya.
Bukannya “sekali air bah sekali pasir berubah” tapi akhirnya pasir yang sama juga yang tinggal.
Di usia Tan Sri kini nampaknya Tan Sri berada di akhir karier. Buatlah sesuatu agar jasamu akan sentiasa dikenang oleh warga kampus.
Janganlah jadi sebaliknya, tak sabar-sabar kami menanti agar Tan Sri Zarinah meninggalkan UM. Tepuk dada tanya selera Tan Sri. The choice is yours.
-Warga Akademik Setia,
Universiti Malaya
Kuala Lumpur.
KL banjir: tengok cara Tokyo macamana
02/05/2022
Seramai 150 Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Kuala Lumpur menyertai program gotong-royong pasca-banjir di sekitar Brickfield dan Jalan Sultan Abdul Samad.
Mereka mewakili MPPWP dari 11 kawasan parlimen di dalam Kuala Lumpur. Turut membantu adalah petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Alam Flora.
Program itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff yang turut serta bersama petugas mencuci persekitaran lokasi terbabit.
Mustapa berkata objektif utama gotong royong berkenaan adalah untuk memupuk semangat kekitaan dan tanggungjawab ingin memelihara ibukota Kuala Lumpur sebagai hak kita bersama.
"Sepertimana di negara maju seperti Eropah dan Jepun, tanggungjawab penyelenggaraan dan kebersihan tidak hanya diletak kepada pihak berkuasa semata-mata.
"Sebaliknya masyarakat khususnya penghuni kota tersebut lebih memikul tanggungjawab untuk melestarikan kesempurnaan dan keselesaan sesebuah bandaraya itu", katanya.
08/04/2022
Masihkah Ada Harapan Untuk Warga UM?
Masyarakat UM menyanjung keputusan Tan Sri Zarinah Anwar mengarahkan Pengerusi UM Holdings Tan Sri Rahim Mohamad untuk meletakkan jawatan serta merta berikutan kemelut yang melanda. Rata-rata memuji ketegasan Tan Sri Zarinah Anwar yang dilihat seakan-akan seorang Iron Lady di sebalik riak wajah yang ayu, lembut dan menawan.
Tapi sayang, penghormatan yang diberikan itu tidak bermakna sedikit pun kerana rupa-rupanya Tan Sri Rahim Mohamad masih megah berdiri sebagai Pengerusi UM Holdings. Malah, Tan Sri Rahim Mohamad dikhabarkan telah menjemput kalangan pengurusan UM dan dekan-dekan untuk berbuka puasa bersama beliau selaku Pengerusi UM Holdings.
Kenapa ini berlaku? Adakah Tan Sri Zarinah Anwar masih takut untuk mengambil tindakan tegas disebabkan Tan Sri Rahim Mohamad adalah besan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin? Atau adakah sedang berlaku percaturan di belakang tabir ibarat kata Al-Capone “you scratch my back i will scratch your back”.
Difahamkan warga UM sedang menanti penjelasan Tan Sri Zarinah Anwar berhubung perkara ini. Tan Sri Zarinah perlu tampil memberi penjelasan segera yang mungkin memandangkan isu ini melibatkan kewangan dan maruah UM.
Kepada mereka yang baru dihidangkan dengan berita ini, izinkan saya untuk mengulangi semula bahawa Lembaga Pengarah UM Holdings telah membuat keputusan untuk membayar bonus kepada ahli-ahlinya berjumlah ratusan ribu ringgit. Persoalannya, wajarkah mereka ini dibayar bonus? Sedangkan syarikat-syarikat kerajaan yang lain tidak menikmati faedah seumpama ini.
Sebelum ini dilaporkan ketegasan dan kecekapan LPU menyelesaikan kemelut ini hingga menjadi sanjungan warga kampus dan warga KPT. Tapi sayang seribu kali sayang. Bak kata Datuk Khatijah Ibrahim.. “kusangka siang kiranya malam, diriku kini merana.” 😩
Warga UM terlalu kecewa dengan keadaan ini. Isu sebegini rupa pun tidak dapat diselesaikan oleh LPU. Apa lagi yang nak diharapkan sekiranya ada isu-isu besar yang lebih mencabar yang memerlukan ketegasan, kecekapan dan kemahiran.
Apakah perlu diganti barisan LPU yang sediada yang dilihat hanya pandai berkata-kata sedangkan natijahnya kosong belaka. Dimanakah amanah dan tanggungjawab yang diletakkan di bahu Tan Sri, Datuk, Tuan, Puan sekelian?
Kepada Tan Sri Zarinah Anwar.. jalankan tugasmu dengan penuh amanah, telus dan “with highest integrity”. Esok di dalam mahkamah Allah Rabbul Jalil apa yang kamu hendak perkatakan tentang keadilan dan kebaikan yang telah kamu laksanakan?
Nama Tan Sri memang dikenali seantero dunia. Jangan calarkan imej dan nama baik Tan Sri hanya dengan isu sekelumit ini. Sebagai Alumni UM ingatlah Tan Sri... disinilah bermulanya episod kegemilangan di dalam karier Tan Sri dan jangan hancurkan kegemilangan itu. Ayuh.. bertindaklah segera demi UM yang tercinta.
-Warga UM yang mengharap.
Kualiti cetak akhbar Utusan/Mingguan Malaysia makin jatuh. Kandungan pun kurang menarik, laporan kurang kritis, tiada bahan eksklusif besar dan bersifat investigatif/pendedahan, wawancara dan rencana main tangkap muat.
Ruangan ekonomi/bisnes hambar, ruangan sukan pun tak bermaya. Sebagai contoh gambar muka depan Mingguan Malaysia hari ini,24 Nov ( lelaki sidai pakaian) tidak menarik dan begitu juga semalam. Sayang dibiarkan begini berterusan.
Sepatutnya Utusan yang bukan lagi di bawah pemilikan parti politik, kena lebih berani, menarik dan berwibawa. Nampaknya, Utusan dulu jauh lebih mantap, memikat dan segar serta berani. Dicadangkan barisan editor dirombak, begitu juga dengan pasukan pengurusan demi selamatkan Utusan.
21/10/2021
https://www.editormalaysia.com/24509/
SPRM DIGESA TIDAK KOMPROMI KES SALAH GUNA KUASA DI WESTSTAR SURAT PEMBACA | Baru-baru ini terdedah berita melalui media sosial tentang seorang pengarah bergelar Datuk di syarikat Kumpulan Weststar yang
26/08/2021
Semoga Sabah dilindungi dari Vovid-19
Doktor pakar ramal Sabah berdepan ‘bencana’ Covid-19 Covid-19 adalah musuh yang langsung tidak ada perikemanusian yang tidak akan mempunyai belas kasihan pada anda mahupun keluarga anda yang akhirnya membunuh.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Thongwa
