PUSMA Wilayah Persekutuan

PUSMA Wilayah Persekutuan

Share

PUSMA memberikan bantuan kepada usahawan dan bakal usahawan untuk memajukan diri mereka dalam bidang perniagaan dari segi kursus-kursus yang disediakan

Photos 27/06/2013

Dijemput Hadir...Majlis Persandingan pada 29 Jun 2013 jam 12 tengah hari...Diserikan lagi dengan persembahan artis-artis jemputan

Photos 14/06/2013

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Program ULTIMATE BRANDING MUSLIM WOMEN SEMINAR pada 3 Julai 2013 bertempat di PALM GARDEN HOTEL, IOI RESORT CITY, PUTRAJAYA, sila hubungi Pn [email protected], tel 019-265 7982, 016-483 1744

Photos 20/05/2013

Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera, Wilayah Persekutuan dan MARA WP akan menganjurkan program Karnival Tranformasi Usahawan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pd 24-26 Mei 2013. Karnival akan dirasmikan oleh YB Mneteri Wilayah Persekutuan pada 25hb Mei 2013. Semasa majlis perasmian ini YB Menteri akan melancarkan model kiost bergerak (motor roda tiga), satu konsep transformasi perniagaan cara baru oleh PPPBWP.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut serta sebagai peniaga di tapak karnival ini tuan/puan boleh menelefon 019-3739980 Amizan, 011-1282 5627 Ika, Bayaran tapak sebanyak RM1,100

Photos 10/05/2013

Sesiapa yang berminat boleh PM kami di PUSMA

10/05/2013

MAJLIS BERSAMA JUTAWAN IRFAN KHAIRI

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas .

Sukacitanya FAST ONE GENERATION GROUP menjemput semua usahawan di sekitar lembah kelang & Negeri Sembilan untuk hadir ke majlis bersama Irfan Khairi.
Majlis yang menjurus kepada pendedahan dan peningkatan untuk menjadi
usahawan yang berjaya. Program akan berlangsung pada :

Tarikh : 26hb Mei 2013 ( AHAD)
Jam : 10 pagi hingga 1.00 ptg
Tempat : Level 6 Great Eastern Mall Ampang
Yuran : Percuma

Jesteru dengan itu saya mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan
agar menghebah dan menghantar bakal-bakal usahawan dan usahawan dibawah kelolaan tuan/puan (maksimum 50 orang setiap negeri ) untuk hadir ke program tersebut.

Saya mohon senarai usahawan yang berminat untuk hadir perlu di hantar kepada saya selewat - lewatnya pada 13 Mei 2013.

Sebarang pertanyaan pihak tuan/puan boleh PM saya.

Kerjasama yang di berikan oleh tuan/puan untuk menjayakan majlis ini di ucapkan dengan ribuan

Photos 09/05/2013

Dimaklumkan Beaubelle Academy dengan kerjasama Kementerian Pelancongan menawarkan "SPA Therapist Training Programme" yang diluluskan oleh Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sumber Manusia. Free Scholarsip sesiapa yang berminat boleh PM kami di PUSMA WP. Kelas akan bermula 14 Mei 2013. Tempat terhad siapa cepat dia dapat

Photos 24/04/2013

:: Makluman ::

PROGRAM EKSPO KEUSAHAWAN MARA

Tarikh : 26 - 30 April 2013
Lokasi : Aras 2, Stesen Sentral, Kuala Lumpur.

Pelbagai acara dan pameran diadakan sepanjang program berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
03-26937796

atau PM ke inbox kami

18/04/2013

PUSMA Wilayah Persekutuan bersama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan Seminar seperti ketetapan berikut:
Nama : Seminar "Penguatkuasaan Syarikah Halal"
Tarikh : 27 April 2013
Tempat : Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Wilayah
Persekutuan, KL
Masa : 8 - 4 petang
Yuran : RM50.00 seorang termasuk nata dan makan minum

Pengusaha-pengusaha makanan adalah digalakkan menyertai program ini.

Kepada yang berminat sila berhubung dengan Pn Napisah/Cik Atirah ditalian 03-2693 7796/ 03-2610 6680

17/04/2013

Assalamualaikum Tuan / Puan,

Program Diploma Cemerlang IPMa ke peringkat Ijazah Pertama di luar negara.

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar yang berkelayakan berdasarkan syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon di bawah Program ini bermula 16 April 2013 hingga 25 April 2013 di laman web berikut:

http://online05.mara.gov.my/dipcemerlang/

Bagi calon yang belum mendapat tawaran daripada Universiti untuk melanjutkan pengajian, calon dibenarkan mengisi maklumat pengajian yang sedang dipohon

Disertakan maklumat berkaitan syarat kelayakan untuk rujukan tuan / puan. Adalah dimaklumkan proses pemilihan akan dimaklumkan sebaik sahaja urusan pengambilan ini selesai.

Tuan / Puan yang mempunyai sebarang masalah boleh menghubungi Cik Nazatul Sheila (03 2613 2103) atau Puan Hashimah (03 2613 2086) atau emel [email protected] / [email protected].

Mohon bantuan pihak BPT dan BKT untuk menyampaikan maklumat ini kepada IPMa yang berkaitan.

Terima kasih.





SYARAT KELAYAKAN PROGRAM DIPLOMA CEMERLANG IPMA KE LUAR NEGARA.pdf

PROGRAM LEPASAN DIPLOMA CEMERLANG IPMA 2013

Photos 12/04/2013

Tazkirah Jumaat.

Selamat Beramal :)

Photos 11/04/2013

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

1.Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.

Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.

Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti s**a berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.

Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.

Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.


"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam....

Want your business to be the top-listed Government Service in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Thongwa