27/04/2026
Alhamdulillah, Skuad Prihatin telah berjaya melaksanakan misi penyerahan bantuan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan pada tempoh hari yang lepas. Misi ini melibatkan ziarah ke pusat pemindahan sementara (PPS) serta penyaluran sumbangan keperluan asas kepada mangsa yang terjejas akibat kebakaran yang melibatkan anggaran hampir 1000 buah rumah di kawasan kampung air.
Sumbangan yang disampaikan merangkumi barangan keperluan harian bagi membantu meringankan beban mangsa, di samping memberikan sokongan moral dan emosi dalam menghadapi ujian ini.
Ribuan terima kasih kepada semua penyumbang serta Muslimat Sabah yang telah bertungkus-lumus menjayakan misi ini di lapangan.
Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan buat semua.
Ayuh teruskan menyumbang melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Maybank: 5640 2540 0533
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
21/04/2026
πππππππππ ππππ ππππππ πππππππππ πππππ
Dalam sekelip mata, api meragut segalanya.
Rumah yang dulunya tempat berteduh, kini hanya tinggal abu dan kenangan,
Tawa keluarga bertukar menjadi tangisan.
Di saat mereka kehilangan hampir segalanya,
kita masih punya peluang untuk memberi.
Skuad Prihatin mengajak semua untuk bersama menghulurkan bantuan buat saudara kita yang terjejas.
πWalau sedikit, besar makna buat mereka.
Hulurkan sumbangan anda melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
π― Maybank: 5640 2540 0533
π§ΎReference: Kebakaran
Atau imbas QR DuitNow yang disediakan
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
π§π» YB Ustazah Salamiah +6013 920 5040
π§π» Pn. Normala +6011 1980 2046
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
01/03/2026
SEMARAK KASIH RAMADAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) Parlimen Bandar Tun Razak telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini bertempat di Dewan Sri Labuan, PPR Sri Labuan, Kuala Lumpur dengan melibatkan seramai 50 orang penerima sumbangan barangan keperluan sempena bulan Ramadan.
Program ini turut dihadiri oleh Dr. Rosni Adam, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Nurihan Anuar, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP), Puan Zurina Basir selaku Bendahari LKKS DMPM serta Ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan Wilayah Persekutuan. Semoga usaha ini menjadi asbab kepada pengukuhan ukhuwah, penyuburan nilai ihsan dan manifestasi keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.
Hulurkan sumbangan anda menerusi π
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Maybank: 564025400533
Rujukan: SKR
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
26/02/2026
Semarak Kasih Ramadan di DUN Bota
Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) diteruskan ke DUN Bota, Perak sebagai siri kedua pelaksanaan bagi tahun ini dalam usaha memperluaskan santunan kepada mereka yang memerlukan.
Melalui program ini, Skuad Prihatin telah menyampaikan sumbangan kepada 50 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan keluarga kurang berkemampuan bagi berkongsi rezeki bersama.
Program ini turut melibatkan ADUN Bota, YB Dr. Najihatussalehah Ahmad, bersama Dr. Uyun Malek dari Jabatan Pilihan Raya DMPM, serta Timbalan Pengerusi LKKS DMPN, Pn. Salmah binti Abd. Latif dan Ahli Jawatankuasa LKKS Negeri yang komited dalam menjayakan inisiatif kebajikan ini.
Semoga usaha ini dapat menyemarakkan Ramadan dengan semangat keprihatinan dan kasih sayang.
Ayuh bersama menyumbang melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Maybank: 5640 2540 0533
Rujukan: SKR
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
26/02/2026
Semarak Kasih Ramadan di Pulau Pinang
Program Semarak Kasih Ramadan (SKR) di Parlimen Kepala Batas telah menjadi lokasi pertama pelaksanaan bagi tahun ini. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKKS DMPM) bersama Jabatan Pilihan Raya DMPM.
Melalui inisiatif ini, Skuad Prihatin telah menyantuni dan menyalurkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, termasuk ibu tunggal, warga emas serta keluarga kurang berkemampuan. Seramai 50 orang penerima telah disantuni secara berperingkat bagi membantu meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut Ramadan.
Turut hadir dalam program ini ialah YB Dr. Mastura binti Muhammad, Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap AJK LKKS Negeri. Antara kawasan ziarah yang terlibat ialah sekitar Pematang Manggis, Jalan Sekolah Hashim Awang, belakang Masjid Badawi dan Kampung Kovil.
Semoga usaha ini dapat menyemarakkan kedatangan Ramadan dengan semangat keprihatinan, kebersamaan dan kasih sayang dalam masyarakat.
Ayuh bersama menyumbang melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Maybank: 5640 2540 0533
Rujukan: SKR
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
19/02/2026
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak β¨π
Alhamdulillah, sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang penuh keberkatan, rahmat dan keampunan, Ramadan Al-Mubarak.
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbaiki diri, memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan silaturrahim serta menyemai nilai kasih sayang dan keprihatinan sesama masyarakat.
Marilah kita mengambil peluang di bulan mulia ini untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, melatih kesabaran, memperkukuh ukhuwah dan terus menyebarkan kebaikan dalam kehidupan seharian.
Saya mendoakan agar seluruh masyarakat diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan Ramadan yang penuh keberkatan dan ketenangan.
10/02/2026
MEMOHON SUMBANGAN SEMARAK KASIH RAMADAN 1447H / 2026
Ramadan merupakan bulan yang mengajar kita erti keprihatinan, kasih sayang dan perkongsian rezeki. Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk bersama-sama menyokong Program Semarak Kasih Ramadan, sebuah inisiatif kebajikan bagi membantu golongan asnaf dan keluarga yang memerlukan di seluruh negara.
Firman Allah SWT :
"Apa sahaja harta yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Sabaβ: 39)
Melalui program ini, sumbangan akan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan asas bagi meringankan beban mereka dalam menyediakan juadah sahur dan berbuka sepanjang bulan Ramadan.
Sasaran kutipan: RM 24,000
Sumbangan ke akaun:
Parti Islam Se-Malaysia (Maybank Islamic)
No. Akaun: 5640 2540 0533
π Nyatakan rujukan: SKR2026
π© Mohon hantarkan bukti transaksi kepada:
π§π» YB Ustzh Salamiah β 013-920 5040
π§π» Puan Salmah β 013-272 7126
π§π» Puan Normala β 011-1980 2046
π§π» Puan Zurina β 011-5391 9652
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan, keberkatan dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia
10/02/2026
TABUNG BANTUAN PESAKIT CANCER
Ujian kanser bukan sekadar melemahkan tubuh badan, tetapi turut menguji emosi, kesabaran dan ketabahan seluruh keluarga. Dalam diam, pesakit berjuang menahan sakit, sementara kos rawatan yang berpanjangan terus membebankan.
Sehubungan itu, kami merayu agar orang ramai bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban pesakit kanser yang sedang berjuang demi kesembuhan.
Skuad Prihatin menyeru semua pihak agar turut menyumbang dan mendoakan kesembuhan serta kekuatan buat para pesakit kanser.
Jom hulurkan sumbangan anda melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
π― Maybank: 5640 2540 0533
π§Ύ Reference: Cancer
Untuk maklumat lanjut:
π§π» YB Ustazah Salamiah +6013 920 5040
π§π» Pn. Normala +6011 53919652
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia
30/12/2025
DANA PENDIDIKAN BUAT ADIK NURUL ALLIAH
Untuk maklumat semua Adik Alliah yang berasal dari Kota Belud Sabah, berjaya menyambung pelajarannya di Universiti Islam Selangor (UIS) dan mendapat pinjaman PTPTN. Namun pinjaman tersebut tidak dapat menampung keseluruhan yuran pengajiannya.
Justeru, Biro Kebajikan dan Keprihatinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah terpanggil untuk membantu mengumpul dana untuk adik Alliah.
Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan tersebut bolehlah disalurkan ke akaun berikut:
π10025010041509
πBank Islam
πDewan Muslimat PAS Negeri Sabah
π Rujukan : Dana pendidikan
Atau terus ke akaun penerima:
π1299541100780354
π¦ BSN
π§Nurul Alliah Norzuman
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada pautan whatsapp berikut:
π§AZIAN
http://www.wasap.my/60194337210
π§RUHANA
http://www.wasap.my/60145562519
π§ALLIAH
http://www.wasap.my/60197685770
Marilah sama-sama kita berkongsi rezki sebagai mana pengajaran daripada sabda Rasulullah SAW:
"Allah senantiasa menolong hambaNya selagi ia menolong saudaranya". (HR Muslim)
Barakallahulakum.
Assalamualaikum wrt
Salam Jumaat.
DANA PENDIDIKAN BUAT ADIK NURUL ALLIAH
Untuk maklumat semua Adik Alliah yang berasal dari Kota Belud Sabah, berjaya menyambung pelajarannya di Universiti Islam Selangor (UIS) dan mendapat pinjaman PTPTN. Namun pinjaman tersebut tidak dapat menampung keseluruhan yuran pengajiannya.
Justeru, Biro Kebajikan dan Keprihatinan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah terpanggil untuk membantu mengumpul dana untuk adik Alliah.
Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan tersebut bolehlah disalurkan ke akaun berikut:
π10025010041509
πBank Islam
πDewan Muslimat PAS Negeri Sabah
π Rujukan : Dana pendidikan
Atau terus ke akaun penerima:
π1299541100780354
π¦ BSN
π§Nurul Alliah Norzuman
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pada pautan whatsapp berikut:
π§AZIAN
http://www.wasap.my/60194337210
π§RUHANA
http://www.wasap.my/60145562519
π§ALLIAH
http://www.wasap.my/60 197685770
Marilah sama-sama kita berkongsi rezki sebagai mana pengajaran daripada sabda Rasulullah SAW:
"Allah senantiasa menolong hambaNya selagi ia menolong saudaranya". (HR Muslim)
Barakallahulakum.
18/12/2025
TABUNG BANTUAN MANGSA BANJIR
Situasi banjir yang semakin meruncing di beberapa negeri telah menjejaskan ramai penduduk sehingga memaksa mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ramai mangsa banjir dilaporkan kehilangan harta benda serta sumber keperluan asas, dan amat memerlukan bantuan segera bagi meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh berada di pusat pemindahan. Sehubungan itu, pihak kami merayu kepada orang ramai agar bersama-sama menghulurkan sumbangan dalam bentuk kewangan untuk disalurkan kepada mangsa banjir di kawasan terjejas.
Setiap sumbangan, walaupun kecil, berupaya memberi sinar harapan dan meringankan beban mangsa banjir yang sedang diuji. Marilah kita berganding bahu, menunjukkan solidariti serta keprihatinan sebagai sebuah masyarakat yang penyayang. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.
Skuad Prihatin menyeru semua pihak agar sama-sama menyumbang serta mendoakan kesejahteraan mangsa banjir di Kuantan, Indera Mahkota, Maran dan Rompin.
Jom hulurkan sumbangan anda melalui:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
π― Maybank: 5640 2540 0533
π§Ύ Rujukan: Banjir
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
π§π» YB Ustazah Salamiah: +6013 920 5040
π§π» Pn. Normala: +6011 1980 2046
π Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial
Dewan Muslimat PAS Malaysia