17/02/2026
Ziarah petang membawa kami ke Kg Bukit Apit dan Kg Jaba dua destinasi, satu tujuan: menyantuni insan yang sedang diuji.
Di Kg Bukit Apit, kami menziarahi Saudara Amiruddin yang baru selesai menjalani pembedahan. Wajahnya tenang, namun jelas tersimpan kekuatan seorang pejuang. Doa kami iringi agar beliau terus diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan pemulihan.
Perjalanan diteruskan p**a ke Kg Jaba menziarahi Saudara Lokman yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bera, Pahang. Ujian yang tidak disangka, namun semangatnya tetap kuat. Kata-kata sokongan dan doa bersama menjadi penguat jiwa dalam menghadapi saat sukar ini.
β¨ Semoga kedua-duanya diberi kesembuhan segera, dilindungi Allah SWT, dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.
Ziarah bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda kasih, prihatin dan ukhuwah yang menguatkan.
11/02/2026
Petang tadi penuh makna bermula dengan ziarah mesra bersama Ketua Pemuda PAS DUN Ajil di Kg Merbau Pulas, mendengar cerita dan berkongsi perhatian buat penduduk setempat.
Kemudian diteruskan dengan penyerahan bola di Padang Bola Kg Merbau Pulas dan Kg Bukit Ara simbol sokongan untuk anak-anak kampung terus aktif, sihat dan membina semangat kesukanan.
Langkah kecil, harapan besar.
Untuk komuniti, untuk masa depan. β½π€
09/02/2026
suasana kejohanan Penalti Padang Tertutup Dun Ajil 2026
08/02/2026
Alhamdulillah, Liga Penalti Padang Tertutup DUN Ajil 2026 telah melabuhkan tirai dengan jayanya semalam. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mengambil bahagian serta syabas kepada para pemenang atas pencapaian cemerlang.
Turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Khas YB, Ustaz Maliaman, yang mewakili Encik Azhar Yusof, serta Ketua Penyelaras Pemuda PAS DUN Ajil, Encik Yusof Sudin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur, sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
03/02/2026
Mekar mawar di pagi hari,
Disiram embun penuh berseri.
Sanah Helwah ayahanda YB Ustaz Maliaman,
Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. π€²
03/02/2026
Jangan lupa hadir dan bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Tabung Bencana Terengganu : Air Mata Aceh.
Kerajaan Negeri Terengganu melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) menjemput seluruh rakyat untuk hadir sebagai tanda sokongan dan solidariti kita terhadap saudara di Aceh yang sedang melalui ujian berat.
Kehadiran anda bukan sekadar memenuhi ruang dewan, tetapi membawa makna besar sebagai tanda kebersamaan, keprihatinan dan kasih sesama insan.
Butiran majlis:
π 5 Februari 2026
π Dewan Utama, Wisma Darul Iman
Tabung ini bertujuan mengumpul sumbangan bagi disalurkan melalui NGO yang aktif membantu mangsa, khususnya untuk keperluan asas, kebajikan dan sokongan awal pascabencana.
Sedikit daripada kita, sangat besar ertinya buat mereka.
Mari hadir, hulurkan sokongan dan jadi sebahagian daripada sinar harapan untuk Aceh.
02/02/2026
Malam inilah tempat ketentuan ditetapkan, dan hati yang letih kembali dipenuhi harapan.
Gunakan peluang ini untuk menghidupkan malam dengan solat sunat, zikir dan doa, serta merendahkan diri memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa.
Semoga kita semua ditetapkan pada takdir yang terbaik dan dijauhkan daripada takdir yang mendatangkan bahaya serta musibah.
Salam Nisfu Syaβban π
02/02/2026
π³ Bowling Rakan Care Pemuda DUN Ajil
Program santai yang berlangsung semalam dalam suasana penuh kemesraan.
Alhamdulillah, mengeratkan ukhuwah dan melapangkan fikiran.Turut hadir memeriahkan program, YB Ustaz Malaiman.
Terima kasih dan tahniah kepada semua.
17/01/2026
Salam Israk Mikraj 1447H | 2026M.
Peristiwa agung Israk dan Mikraj merupakan satu mukjizat yang sarat dengan hikmah dan pengajaran buat seluruh umat Islam. Ia bukan sekadar perjalanan luar biasa Rasulullah SAW, tetapi suatu seruan untuk kita memperkukuh hubungan dengan Allah SWT, khususnya melalui kewajipan solat yang menjadi tunjang utama kehidupan seorang mukmin.
Semoga dengan keberkatan Israk Mikraj ini, kita semua diberikan kekuatan iman, ketenangan jiwa serta keazaman untuk terus memperbaiki diri, memperindah akhlak dan mencontohi sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek kehidupan. Mudah-mudahan segala urusan kita dipermudahkan dan negeri serta masyarakat sentiasa berada dalam lindungan serta rahmat Allah SWT.
Selamat memperingati Israk Mikraj.
11/01/2026
Selamat kembali ke sekolah kepada seluruh warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar.
Semoga sesi persekolahan baharu ini menjadi permulaan kepada perjalanan ilmu yang diberkati, membentuk generasi berilmu serta berakhlak mulia demi agama, bangsa dan negeri.
Semoga terus cemerlang, dunia dan akhirat.
12/10/2025
Alhamdulillah, petang Jumaat 10.10.2025 sempat berziarah bersama sahabat Pemuda ke Kampung Merbau Pulas.
Singgah menziarahi dua insan hebat saudara Fahmi, pemain bola sepak terbaik yang sentiasa mengharumkan nama kampung, dan Midi, anak Pok Man (JPKK) yang baru sahaja keluar dari hospital.
Moga terus diberi kesihatan, kekuatan dan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat. πͺ
12/10/2025
π΅πΈ KESEDARAN UMMAH TERHADAP ISU P@LESTIN
Isu P@lestin bukan isu politik semata mata, akan tetapi ia merupakan isu aqidah, maruah dan tanggungjawab seluruh umat Islam.
Sejak *1948 hingga kini*, bumi P@lestin π menjadi saksi kepada penjajahan, pengusiran dan kekejaman Zionis yang berterusan terhadap rakyatnya.
Konflik ini bukan perkara baharu, ia berpunca daripada *pengkhianatan terhadap umat Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah* serta penubuhan haram negara Israel.
Kita mesti memahami sejarah ini agar *kesedaran dan sokongan kita berpaksikan kefahaman yang benar.*
Kerana *mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi kesilapan yang sama.*β οΈ
π *βDan mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah di antara lelaki, wanita dan kanak-kanak...β*
*Surah An-Nisaβ [4:75]*
π― Disediakan oleh *Lajnah Dakwah Pemuda PAS DUN Ajil*
Sebagai usaha *menyuburkan kesedaran dan tanggungjawab umat terhadap perjuangan Palestin.*
π€²πΌ
π΅πΈ