Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu

Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu, Government Organization, Ajil.

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu's post 28/12/2025

Pemantauan projek tanaman Mukim Tanggol. Alhadulillah.. bagi peserta yang menanam di kawasan bebas banjir, masih berpeluang mengeluarkan hasil tanaman.
Projek fertigasi cili, timun dan kacang panjang.

Sentiasa cakna dengan perkembangan cuaca dan hebahan dari Jabatan Meteorologi. Semoga sentiasa ada rezeki untuk petani2 kita.

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu's post 10/12/2025

Lawatan khidmat nasihat tanaman kopi daerah Hulu Terengganu bersama BPIT Terengganu.

Tarikh : 10/12/2025
Lokasi : Kg Pauh
Peserta : Tengku Aziz bin Tengku Ismail

Pemantauan dan lawatan khidmat nasihat bersama Bah.Pembangunan Industri Tanaman (BPIT) ke petak tanaman kopi liberica berusia 1 tahun 2 bulan di Kampung Pauh.

Disyorkan membuat pemangkasan pembentukan pokok dari peringkat awal bagi mendapatkan kanopi yang seimbang. Peserta telah diajar kaedah pangkasan dan memilih dahan yang sesuai. Pokok-pokok sampingan yang terlalu hampir dengan pokok kopi perlu dibersihkan bagi mengelak persaingan. Kawasan yang terlalu padat akan meningkatkan risiko serangan kulat akibat kelembapan berlebihan.

Tips : Kaedah kutipan berbeza antara varieti kopi (liberica, arabica & robusta) Kopi loberica tabiatnya akan berbuah sejambak di setiap ruas yang sama antara 10-15 biji.

26/11/2025

PERHATIAN...
Untuk makluman semua....

26/11/2025

Makluman kepada petani yang terlibat dengan bencana banjir πŸ“’πŸ“’πŸ“’

Mohon hubungi Pejabat Pertanian terdekat untuk pelaporan bencana.
Bagi memohon bantuan bencana, perlu mengambil gambar kejadian bencana sebagai rekod dan membuat laporan polis untuk nilaian kerosakan.

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu's post 26/08/2025

26 Ogos 2025
Pemeriksaan tapak bagi permohonan pensijilan myGAP daerah Hulu Terengganu.

1. Projek jagung Kg Gaung
2. Projek jagung & timun Kg Kuala Pueh
3. Projek padi Skim Matang

25/08/2025

Tawaran kursus percuma kepada yang berminat πŸ“£πŸ“£πŸ“£
Sijil disediakan.
Boleh daftar segera.

πŸ“’ Kursus Asas Tanaman Napier & Pembuatan Silaj πŸŒ±πŸ„

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu menjemput semua yang berminat untuk menyertai kursus:

πŸ“… Tarikh: 4 September 2025
πŸ“ Lokasi: Balairaya Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu
🎀 Penceramah: Puan Nur Shazwani Binti Mohd Salleh

Kursus ini akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas tanaman napier serta kaedah pembuatan silaj bagi meningkatkan produktiviti ternakan.

βœ… Penyertaan adalah PERCUMA
βœ… Tempat adalah terhad
πŸ“² Daftar segera dengan mengimbas kod QR pada poster!

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu pertanian demi keterjaminan makanan negara. πŸŒΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

25/08/2025

Untuk hebahan yang berminat

🌾✨ PENCARIAN USAHAWAN ✨🌾

Jom sertai Program Jualan Tanaman & Industri Asas Tani yang akan berlangsung di:

πŸ“ KTCC Mall, Kuala Terengganu
πŸ“… 13 – 16 September 2025 (Sabtu – Selasa)
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

πŸ“Œ Keutamaan diberikan kepada usahawan yang mempunyai pensijilan:
βœ… MeSTI
βœ… HALAL

πŸ“² Berminat untuk sertai?
Imbas QR pada poster atau klik pautan borang penyertaan untuk mendaftar.

⚠️ Tarikh Tutup Permohonan: 30 Ogos 2025

Jangan lepaskan peluang ini untuk memasarkan produk anda kepada pengunjung ramai di pusat beli-belah terbesar di Kuala Terengganu!

https://forms.gle/6dksc6xknNPHWVTN9 - *click link utk permohonan & sila baca syarat terlebih dahulu.. CEPAT!! penyertaan adalah TERHAD!!*

Photos from Jabatan Pertanian Negeri Terengganu's post 18/08/2025

𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 ππ‘πŽπ‰π„πŠ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π ππ„π†π„π‘πˆ 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

Bantuan ini terbuka kepada petani/usahawan pertanian yang sedang menjalankan projek pertanian di Negeri Terengganu Darul Iman dan berdaftar di dalam Sistem Geo-Tanaman.

Tuan/Puan boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 11 September 2025 (Khamis) sebeum jam 12:00 Tengahari







17/08/2025

Hebahan Tawaran Kursus Hasilan Limau Kasturi kepada orang awam πŸ“£ πŸ“£πŸ“£

Tarikh : 27 Ogos 2025

Tawaran terhad. Sila imbas kod QR di lampiran.

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu's post 13/08/2025

Program Rakan Mahir
Rakan Muda Agropreneur Sistem Fertigasi
Peringkat Daerah Hulu Terengganu

Telah berlangsung program Rakan Muda anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Hulu Terengganu bersama Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu pada 13 Ogos 2025 yang bertempat di Dewan Masjid Hadhari Kampung Tok Randok, Ajil.
Penyertaan terdiri dari pelajar Kolej Vokasional Hulu Terengganu, MRSM Kuala Berang, Sekolah Sains Hulu Terengganu dan orang awam.

Peserta diberi pendedahan berkaitan Amalan Pertanian Baik dan Pengenalan Sistem Fertigasi sepanjang program. Turut diadakan sesi hands on pelaksanaan penanaman cili secara fertigasi serta keperluan infrastruktur. Julung kali juga semua peserta telah menjalankan praktikal memindahkan anak pokok cili ke dalam polibeg.

Tahniah atas penyertaan aktif pelajar dan peserta sepanjang program. πŸ‘πŸ»

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

11/08/2025

Update page Pejabat Pertanian Hulu Terengganu yang baru

Want your business to be the top-listed Government Service in Ajil?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Ajil