Keadilan Bukit Mertajam

Call Directions

Keadilan Bukit Mertajam Page yang memberi maklumat berkenaan hal ehwal dan aktiviti Keadilan Bukit Mertajam

09/10/2026
HEBAHAN KEMATIANΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽDengan penuh dukacita, KEADILAN Cabang Bukit Mertajam dimaklu...
24/09/2026

HEBAHAN KEMATIAN

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Dengan penuh dukacita, KEADILAN Cabang Bukit Mertajam dimaklumkan bahawa Al-Marhum Tuan Haji Idrus bin Ibrahim, Penasihat Cabang KEADILAN Bukit Mertajam dan abang kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.30 petang, 24 September 2026, pada usia 83 tahun.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kekhilafan Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan serta menerangi alam kuburnya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Maklumat Pengurusan Jenazah: πŸ“ Solat Jenazah: Dewan Solat Sementara Masjid Cherok Tokun Bawah
πŸ•°οΈ Waktu: Selepas Solat Jumaat
⚰️ Pengebumian: Tanah Perkuburan Cherok Tokun Bawah (sebelah masjid)
🏠 Jenazah: Rumah PMX, Cherok Tokun

Al-Fatihah. 🀲

MERDEKA BUKAN SEKADAR SEJARAH, TETAPI KESEJAHTERAAN YANG DINIKMATIKemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan sekadar b...
30/08/2026

MERDEKA BUKAN SEKADAR SEJARAH, TETAPI KESEJAHTERAAN YANG DINIKMATI

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini bukan sekadar bebas menentukan masa depan negara, tetapi juga tentang memastikan setiap rakyat dapat merasai hasil pembangunan dan kemajuan Malaysia.

Dalam Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2026, Kerajaan MADANI terus membawa pelbagai inisiatif yang menyentuh kehidupan rakyat:

πŸ”Ή RM15 bilion untuk STR dan SARA
πŸ”Ή BUDI95 300 liter dan BUDI Diesel 400 liter
πŸ”Ή RM1.5 bilion penyelenggaraan sekolah bagi 2027
πŸ”Ή RM1 bilion memperkukuh perkhidmatan kesihatan awam
πŸ”Ή AI percuma untuk anak muda
πŸ”Ή Ambang e-Invois dinaikkan kepada RM3 juta untuk membantu perniagaan
πŸ”Ή RM200 juta Geran Sejahtera MADANI untuk peniaga kecil
πŸ”Ή Pinjaman mikro ditambah kepada RM6 bilion
πŸ”Ή Pelaburan berkualiti dan pekerjaan bernilai tinggi terus diperkasa.

Inilah makna kemerdekaan yang diterjemahkan dalam kehidupan seharian apabila rakyat mendapat ruang untuk hidup lebih baik, anak-anak mendapat pendidikan yang lebih baik, kesihatan diperkukuh dan golongan yang memerlukan terus dibantu.

Sempena Hari Kebangsaan ini, marilah kita terus menghargai kemerdekaan dengan bersama-sama membina Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Dan kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk dikenang, tetapi untuk terus dipertahankan dan diisi dengan kemajuan.

Santai Durian Bersama Kak Wan bukan sekadar makan durian. 😊🍈Ia menjadi satu ruang penuh makna untuk kita menghidupkan se...
24/05/2026

Santai Durian Bersama Kak Wan bukan sekadar makan durian. 😊🍈

Ia menjadi satu ruang penuh makna untuk kita menghidupkan semula semangat kekitaan dalam perjuangan Reformasi.

Dalam suasana santai dan sederhana, kami duduk dalam satu bulatan bersama Kak Wan, berkongsi cerita, harapan dan moment perjuangan yang tidak dapat dilupakan. Ada wanita, anak muda, pimpinan akar umbi dan anggota parti baru yang turut berkongsi pengalaman mereka.

Yang paling menyentuh hati ialah apabila setiap peserta diberi peluang memperkenalkan diri dan menulis harapan mereka untuk parti dan perjuangan ini. Dari situ kita sedar bahawa perjuangan ini masih hidup kerana masih ramai yang percaya, masih ramai yang peduli, dan masih ramai yang sanggup bersama-sama mempertahankan harapan.

Kadang-kadang politik bukan hanya tentang pentas besar atau ceramah panjang.

Kadang-kadang politik bermula daripada manusia yang duduk bersama, mendengar antara satu sama lain, dan merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar daripada diri sendiri.

Terima kasih Kak Wan atas kesudian hadir dan berkongsi dari hati ke hati bersama keluarga perjuangan di Bukit Mertajam. ❀️

Malam ini mengingatkan kita:
selagi masih ada rasa kekitaan, harapan itu masih hidup.




07/04/2026

✨ JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI ✨

Assalamualaikum & Salam Sejahtera πŸŒ™

Semua dijemput hadir ke:

πŸŽ‰ Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
ADUN Machang Bubuk Bersama Masjid Tok Lebai Hashim

πŸ—“ 11 April 2026 (Sabtu)
⏰ 2.30 petang – 4.30 petang
πŸ“ Pekarangan Masjid Tok Lebai Hashim, Jalan Bukit Minyak
πŸ“Œ Lokasi: https://maps.app.goo.gl/KXfEYu7kkL1HFV977

🍽 Pelbagai juadah disediakan

🀝 Mengeratkan silaturrahim bersama komuniti

Semua dijemput hadir!

Edaran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk

KENYATAAN MEDIA KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAMCUACA PANAS & RISIKO GANGGUAN AIR: KEADILAN BUKIT MERTAJAM SERU SOLAT ISTI...
25/03/2026

KENYATAAN MEDIA KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAM

CUACA PANAS & RISIKO GANGGUAN AIR: KEADILAN BUKIT MERTAJAM SERU SOLAT ISTISQA & LANGKAH JIMAT AIR

Bukit Mertajam, 25 Mac

Dalam keadaan cuaca panas yang berpanjangan dan risiko gangguan bekalan air yang semakin dirasai rakyat, KEADILAN Cabang Bukit Mertajam menyambut baik seruan pelaksanaan solat sunat istisqa sebagai satu ikhtiar rohani yang penting ketika negara berdepan situasi kemarau. Di peringkat tempatan, ramai penduduk mula merasai kesan langsung daripada peningkatan suhu harian, kesihatan yang terjejas hingga kebimbangan terhadap bekalan air sekiranya keadaan ini berterusan. Ini bukan sekadar isu cuaca tetapi isu kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, kami menyeru umat Islam di Bukit Mertajam untuk melaksanakan solat sunat istisqa secara berjemaah di masjid dan surau sebagai tanda keinsafan dan usaha memohon rahmat serta hujan daripada Allah SWT. Dalam masa yang sama, usaha ini perlu disertai dengan tindakan bersama seluruh masyarakat.

Masyarakat diseru menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran dalam kegunaan harian, mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang memburukkan keadaan cuaca, menjaga kesihatan diri dan keluarga khususnya warga emas dan kanak-kanak, serta saling membantu dalam komuniti sekiranya berlaku gangguan bekalan air.

Keadaan ini mengingatkan kita bahawa manusia bergantung kepada keseimbangan alam dan setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Kita berdoa dan dalam masa yang sama kita bertindak.

KEADILAN Bukit Mertajam percaya bahawa dengan gabungan ikhtiar rohani dan tindakan kolektif masyarakat, kita mampu menghadapi cabaran ini dengan lebih kuat dan bersatu. Semoga usaha ini menjadi asbab turunnya rahmat, hujan yang dinanti serta kesejahteraan buat seluruh rakyat.

β€œDalam panas yang menguji, kita pilih untuk bersatu dan saling menjaga.”

Hafiz Mat Hasan
Ketua Penerangan
KEADILAN Cabang Bukit Mertajam

MATC KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAM SELESAI DENGAN JAYANYAMesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Bukit Mertajam ...
09/03/2026

MATC KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAM SELESAI DENGAN JAYANYA

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Bukit Mertajam telah berlangsung dengan lancar pada 8 Mac 2026, dari 4.00 petang hingga 7.30 petang di Dewan MPKK Kampung Pisang, Cherok To'kun.

MATC kali ini telah dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, dan berlangsung dalam suasana penuh semangat reformasi serta komitmen memperkukuh perjuangan parti di peringkat akar umbi.

Turut memimpin dan menyantuni perjalanan mesyuarat ialah Ketua Cabang KEADILAN Bukit Mertajam, YB Lee Khai Loon.

Beberapa usul penting dan bermanfaat telah dibentangkan dan dibahaskan, antaranya:

β–ͺ️ Penerapan nilai Malaysia MADANI melalui seni dan media
β–ͺ️ Inisiatif pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai parti
β–ͺ️ Pemerkasaan mahasiswa melalui reformasi AUKU
β–ͺ️ Penglibatan dan pemerkasaan wanita dalam organisasi parti
β–ͺ️ Cadangan berkaitan pembangunan ekonomi dan isu cukai tanah

Perbahasan yang matang dan konstruktif menunjukkan komitmen ahli dalam memperkukuh organisasi serta membawa idea-idea baharu demi masa depan parti dan masyarakat.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakan MATC Cabang Bukit Mertajam.

Reformasi terus hidup di peringkat akar umbi.

Kenyataan Media KEADILAN Cabang Bukit Mertajam
04/03/2026

Kenyataan Media KEADILAN Cabang Bukit Mertajam

31/12/2025

Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.

Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.

Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur.

ANWAR IBRAHIM




Address

Alma

Telephone

+60133990519

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share