07/04/2026
โจ JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI โจ
Assalamualaikum & Salam Sejahtera ๐
Semua dijemput hadir ke:
๐ Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
ADUN Machang Bubuk Bersama Masjid Tok Lebai Hashim
๐ 11 April 2026 (Sabtu)
โฐ 2.30 petang โ 4.30 petang
๐ Pekarangan Masjid Tok Lebai Hashim, Jalan Bukit Minyak
๐ Lokasi: https://maps.app.goo.gl/KXfEYu7kkL1HFV977
๐ฝ Pelbagai juadah disediakan
๐ค Mengeratkan silaturrahim bersama komuniti
Semua dijemput hadir!
Edaran Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Machang Bubuk
25/03/2026
KENYATAAN MEDIA KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAM
CUACA PANAS & RISIKO GANGGUAN AIR: KEADILAN BUKIT MERTAJAM SERU SOLAT ISTISQA & LANGKAH JIMAT AIR
Bukit Mertajam, 25 Mac
Dalam keadaan cuaca panas yang berpanjangan dan risiko gangguan bekalan air yang semakin dirasai rakyat, KEADILAN Cabang Bukit Mertajam menyambut baik seruan pelaksanaan solat sunat istisqa sebagai satu ikhtiar rohani yang penting ketika negara berdepan situasi kemarau. Di peringkat tempatan, ramai penduduk mula merasai kesan langsung daripada peningkatan suhu harian, kesihatan yang terjejas hingga kebimbangan terhadap bekalan air sekiranya keadaan ini berterusan. Ini bukan sekadar isu cuaca tetapi isu kesejahteraan rakyat.
Sehubungan itu, kami menyeru umat Islam di Bukit Mertajam untuk melaksanakan solat sunat istisqa secara berjemaah di masjid dan surau sebagai tanda keinsafan dan usaha memohon rahmat serta hujan daripada Allah SWT. Dalam masa yang sama, usaha ini perlu disertai dengan tindakan bersama seluruh masyarakat.
Masyarakat diseru menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan pembaziran dalam kegunaan harian, mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka yang memburukkan keadaan cuaca, menjaga kesihatan diri dan keluarga khususnya warga emas dan kanak-kanak, serta saling membantu dalam komuniti sekiranya berlaku gangguan bekalan air.
Keadaan ini mengingatkan kita bahawa manusia bergantung kepada keseimbangan alam dan setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaganya. Kita berdoa dan dalam masa yang sama kita bertindak.
KEADILAN Bukit Mertajam percaya bahawa dengan gabungan ikhtiar rohani dan tindakan kolektif masyarakat, kita mampu menghadapi cabaran ini dengan lebih kuat dan bersatu. Semoga usaha ini menjadi asbab turunnya rahmat, hujan yang dinanti serta kesejahteraan buat seluruh rakyat.
โDalam panas yang menguji, kita pilih untuk bersatu dan saling menjaga.โ
Hafiz Mat Hasan
Ketua Penerangan
KEADILAN Cabang Bukit Mertajam
09/03/2026
MATC KEADILAN CABANG BUKIT MERTAJAM SELESAI DENGAN JAYANYA
Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) KEADILAN Bukit Mertajam telah berlangsung dengan lancar pada 8 Mac 2026, dari 4.00 petang hingga 7.30 petang di Dewan MPKK Kampung Pisang, Cherok To'kun.
MATC kali ini telah dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, dan berlangsung dalam suasana penuh semangat reformasi serta komitmen memperkukuh perjuangan parti di peringkat akar umbi.
Turut memimpin dan menyantuni perjalanan mesyuarat ialah Ketua Cabang KEADILAN Bukit Mertajam, YB Lee Khai Loon.
Beberapa usul penting dan bermanfaat telah dibentangkan dan dibahaskan, antaranya:
โช๏ธ Penerapan nilai Malaysia MADANI melalui seni dan media
โช๏ธ Inisiatif pendidikan awal kanak-kanak berteraskan nilai parti
โช๏ธ Pemerkasaan mahasiswa melalui reformasi AUKU
โช๏ธ Penglibatan dan pemerkasaan wanita dalam organisasi parti
โช๏ธ Cadangan berkaitan pembangunan ekonomi dan isu cukai tanah
Perbahasan yang matang dan konstruktif menunjukkan komitmen ahli dalam memperkukuh organisasi serta membawa idea-idea baharu demi masa depan parti dan masyarakat.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan menjayakan MATC Cabang Bukit Mertajam.
Reformasi terus hidup di peringkat akar umbi.
04/03/2026
Kenyataan Media KEADILAN Cabang Bukit Mertajam
31/12/2025
Kita melangkah ke tahun baharu dengan semangat kebersamaan yang utuh dan tekad yang jitu untuk terus memperkukuh perpaduan, memaknai reformasi secara berterusan, serta memastikan kemakmuran negara dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.
Kerajaan MADANI akan terus bekerja dengan amanah, keberanian dan ihsan, beriltizam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kejujuran demi memberikan manfaat yang nyata kepada rakyat serta menjamin masa depan negara yang lebih terjamin dan sejahtera.
Marilah kita bergerak sederap, menyatukan langkah dan tekad, untuk menjayakan Malaysia MADANI yang lebih adil, makmur dan berdaya tahan demi mengangkat martabat negara ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan kemakmuran yang inklusif untuk rakyat keseluruhannya.
Semoga tahun 2026 ini menjadi tahun yang lebih cemerlang serta bermakna buat kita seluruh rakyat Malaysia. Saya dan Azizah mendoakan agar negara tercinta ini terus kekal aman, harmoni dan makmur.
ANWAR IBRAHIM
09/12/2025
KEADILAN merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada keluarga Allahyarham Hasbul Syafiqi Hasbullah, Setiausaha Kerja (SUK) Pulau Pinang yang telah kembali ke rahmatullah.
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang yang beriman.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga dikurniakan ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.
23/09/2025
Manfaat Rakyat, Budi MADANI Ron95!
โฝ RON95 RM1.99 SELITER! ๐ฒ๐พ
๐ณ Hanya guna MyKad / Aplikasi.
๐
Tarikh mula: 30 September 2025.
๐ฎโโ๏ธ Tentera & Polis: 27 September 2025.
๐จโ๐ฉโ๐งโ๐ฆ Penerima STR: 28 September 2025.
๐ Malaysia berani turunkan harga walau ekonomi dunia mencabar.
๐ช Kejayaan ini milik rakyat yang tidak pernah mengalah!
02/09/2025
Transaksi SARA cecah RM110 juta dalam dua hari.
10/08/2025
Kami seluruh warga KEADILAN Bukit Mertajam mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Presiden kesayangan kami!!!
Selamat Hari Lahir ke-78 YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Parti Keadilan Rakyat.
Semoga dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kekuatan untuk terus memimpin, serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
01/08/2025
LEAD 100
Kenapa Anda Mesti Pilih LEAD 100?
Kerana pemimpin sebenar tak tunggu giliran mereka merampas peluang.
PROGRAM untuk anda yang:
โ
Berani cabar diri
โ
Mahu memimpin dengan nilai, bukan gelaran
โ
Komited ubah diri sebelum ubah dunia
๐ Apa Yang Istimewa Tentang LEAD 100?
๐ฅ Latihan transformatif jiwa & prinsip
๐ฅ Aktiviti luar kotak โ glass walk, emotion flood, cermin diri
๐ฅ Bina rangkaian pemimpin akar umbi seluruh negeri
๐ฅ Akses laluan khas untuk latihan lanjutan & peluang kepimpinan
๐ฏ Siapa Yang Akan Dipilih?
โ
Hanya 25 peserta terbaik akan terpilih
โ
Berdasarkan komitmen, keikhlasan & keberanian
โ
Bukan populariti tapi potensi sebenar
Kalau anda rasa anda dilahirkan untuk lebih dari sekadar penonton inilah peluang anda!!!
๐ *Mohon sekarang*: https://forms.gle/FbWfUMvpQVCoRzag7
๐
Tarikh tutup: *10 Ogos 2025*