Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam

Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam

Share

Sertai Kami

Ayuh sertai keluarga besar KEADILAN dan sebagai anggota Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam bagi meneruskan agenda reformasi Negara.

21/05/2026

π—žπ—”π— π—œ π— π—˜π—₯π—œπ—‘π——π—¨π—œπ— π—¨
❀️🀍🩡

Setelah sekian lama menanti, bumi Bukit Mertajam kembali menerima kepulangan seorang tokoh yang sentiasa dekat di hati rakyat iaitu Ibunda Reformasi, Dato Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

AMK Bukit Mertajam menzahirkan rasa penuh gembira, bangga dan terharu atas kehadiran kembali Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ke tanah perjuangan ini.

Sosok yang membawa kasih sayang, ketenangan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur buat rakyat serta keluarga besar KEADILAN.

Bukit Mertajam bukan sekadar tempat persinggahan, tetapi medan penuh sejarah, pengorbanan dan cinta perjuangan yang sentiasa hidup dalam jiwa rakyat.

β€œKami Merinduimu” bukan hanya sebuah ungkapan,
tetapi tanda kasih, hormat dan penghargaan yang tidak pernah padam.

Selamat kembali Dato’ Seri. Kehadiranmu menyatukan semangat, mengubat rindu dan menyemarakkan kembali obor perjuangan.

AMK Bukit Mertajam bertekad untuk terus Kekal Setia, Terus Bersama Perjuangan.




Photos from Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam's post 18/05/2026

πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π‹πˆπ†π€ π“π€πŠπ‘π€π– π‘π€ππ“πˆππ† 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀 π€π‹πŒπ€

Semangat kesukanan, perpaduan dan jiwa anak muda terus mekar hari ini apabila pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Bukit Mertajam meluangkan masa bersama golongan anak muda dalam Program Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Ranting KEADILAN Taman Sejahtera Alma dengan kerjasama AMK Bukit Mertajam.

Dengan hadiah terkumpul bernilai lebih RM1000 tunai ditawarkan buat para pemenang beserta medal dan trofi kejohanan, sebanyak 16 pasukan telah berentap penuh semangat dalam suasana cukup meriah, ditemani panorama kehijauan indah Bukit Mertajam yang menambahkan lagi aura kejohanan kali ini.

Kejohanan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ketua AMK Bukit Mertajam, Sdra Abshar Nurasyraf. Turut hadir bersama memeriahkan program ialah Encik Zainizam selaku Naib Ketua Cabang, Sdra Ahmad Taqiuddin Timbalan Ketua AMK Bukit Mertajam, Sdra Navanesan Naib Ketua AMK Bukit Mertajam, Sdra Shamahari Setiausaha AMK Bukit Mertajam, Sdra Lutfi Sharif Bendahari AMK Bukit Mertajam serta barisan pimpinan yang lain.

Selain memeriahkan kejohanan, AMK Bukit Mertajam turut mengambil peluang menyantuni anak-anak muda setempat dengan mendengar sendiri pandangan, aspirasi serta cabaran yang dihadapi golongan belia hari ini. Bagi AMK Bukit Mertajam, suara anak muda bukan sekadar untuk didengar ketika program berlangsung, tetapi perlu diberikan perhatian dan dibawa bersama dalam membina masa depan komuniti yang lebih baik, progresif dan inklusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En Muneswaran Poopathy selaku Ketua Ranting KEADILAN Taman Sejahtera Alma atas kejayaan menganjurkan program yang cukup bermanfaat buat belia lokal di kawasan ini.

Terima kasih juga buat YB Lee Khai Loon, Sdra Ong Jing Cheng Timbalan Ketua Cabang, Sdra Zainizam dan pimpinan pimpinan KEADILAN Bukit Mertajam yang lain di atas sokongan kepada program pembangunan anak muda.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kesukanan serta melahirkan lebih ramai anak muda yang aktif, sihat, bersatu padu dan cakna terhadap komuniti.

𝑨𝑴𝑲 𝑩𝑼𝑲𝑰𝑻 𝑴𝑬𝑹𝑻𝑨𝑱𝑨𝑴




12/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 π’π„πƒπ”ππˆπ€

Di seluruh Malaysia, kita merayakan Hari Jururawat sebagai simbol penghargaan kepada setiap wira penjaga kesihatan.

Saya mengambil kesempatan ini ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua jururawat yang telah berkhidmat tanpa henti, khususnya para jururawat di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang yang mengenali diri ini dan pernah memberikan rawatan dan perkhidmatan terbaik anda buat saya.

Setiap hari, anda semua memberikan rawatan, ketabahan, dan keikhlasan yang membawa sinar baru kepada pesakit dan keluarga.

Terima kasih buat anda semua, kerana anda adalah tulang belakang negara yang sentiasa memberi harapan."

𝑨𝑩𝑺𝑯𝑨𝑹 𝑡𝑼𝑹𝑨𝑺𝒀𝑹𝑨𝑭
12 Mei 2026


10/05/2026

SELAMAT HARI IBU πŸ’πŸŒ·

Setulus penghargaan buat seluruh insan bergelar ibu, tiang seri keluarga, pendidik pertama kehidupan dan sumber kekuatan tanpa batas.

Kasihmu tidak bersyarat,doamu tidak pernah putus,pengorbananmu tidak ternilai dengan apa jua harta dan pangkat.Di sebalik setiap kejayaan anak-anak,ada tangan seorang ibu yang tidak pernah lelah memimpin,
ada hati seorang ibu yang sentiasa sabar mendidik.

Semoga Tuhan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan,
ketenangan jiwa dan ganjaran pahala yang berlipat ganda
atas setiap titis keringat dan doa yang dipanjatkan.

Ibu Penyayang, Asas Keluarga, Teras Negara.

Ikhlas daripada:
Saf Kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN Bukit Mertajam


Photos from Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam's post 02/05/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€
πŠπ„π“π”π€ π€ππ†πŠπ€π“π€π πŒπ”πƒπ€ πŠπ„π€πƒπˆπ‹π€π (π€πŒπŠ) ππ”πŠπˆπ“ πŒπ„π‘π“π€π‰π€πŒ

β€œPelarasan Fiskal Langkah Bertanggungjawab Demi Kelestarian Ekonomi Negara”

Angkatan Muda KEADILAN Bukit Mertajam (AMKBM) mengambil maklum pelbagai reaksi berhubung cadangan penyelarasan peruntukan melibatkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi.

AMKBM berpandangan bahawa isu ini perlu dinilai dalam kerangka yang lebih menyeluruh, berteraskan realiti ekonomi semasa serta prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dan berhemah.

Dalam persekitaran global yang kekal mencabar hari in dibuktikan dengan faktor-faktor kadar faedah antarabangsa yang tinggi, tekanan inflasi import serta ketidaktentuan geopolitik yang menjejaskan rantaian bekalan pelbagai, Malaysia turut berdepan tekanan yang memerlukan pendekatan dasar yang berhati-hati dan berimbang.

Justeru, pengurusan fiskal yang berdisiplin, termasuk kawalan defisit dan pengoptimuman dan keberkesanan perbelanjaan, adalah langkah penting dan terbaik bagi memastikan kestabilan ekonomi serta mengekalkan keyakinan pelabur terhadap negara.

Sehubungan itu, cadangan pelarasan peruntukan tidak wajar ditafsirkan dengan pemikiran dan naratif sempit sebagai langkah pengabaian kerajaan terhadap sector-sektor kritikal.

Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula keutamaan perbelanjaan negara yang lebih strategik, termasuk mengurangkan ketirisan, menilai semula perbelanjaan berimpak rendah serta memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Fokus utama kerajaan kekal kepada memastikan rakyat terus menikmati perkhidmatan yang berkualiti, inklusif dan berkesan demi manfaat semua.

AMKBM turut menegaskan bahawa pendekatan perbelanjaan bersasar (targeted spending) adalah lebih tepat dalam keadaan semasa. Penyaluran sumber secara lebih efektif kepada golongan yang benar-benar memerlukan, disertai penekanan kepada keberhasilan dan impak, akan memastikan setiap peruntukan memberi pulangan sosial yang maksimum dan berkesan buat rakyat.

Dalam masa yang sama, AMKBM menangkis kenyataan yang dibangkitkan oleh Takiyuddin Hassan yang cuba menggambarkan pelarasan ini sebagai langkah yang menjejaskan kepentingan rakyat secara menyeluruh. Kenyataan sedemikian dilihat tidak mengambil kira keseluruhan konteks pengurusan fiskal negara serta keperluan untuk memastikan kelestarian ekonomi dalam jangka masa Panjang dan kenyataan ini bersifat politik.

Perbahasan mengenai dasar ekonomi negara tidak seharusnya dipolitikkan secara berlebihan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat. Sebaliknya, semua pihak termasuk pembangkang perlu mengambil pendekatan yang lebih konstruktif dengan mengemukakan cadangan penyelesaian serta alternatif dasar yang praktikal dan berasaskan realiti ekonomi semasa. Pendekatan berteraskan fakta, data dan tanggungjawab bersama adalah asas kepada wacana dasar yang sihat dan matang.

Hakikatnya, pengurusan negara menuntut keseimbangan yang teliti antara memenuhi keperluan semasa rakyat dan menjamin kelestarian kewangan negara untuk generasi akan datang. Dalam konteks ini, setiap keputusan fiskal yang diambil perlu dilihat sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk memastikan daya tahan ekonomi negara terus terpelihara.

Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuh sistem kesihatan awam, menjamin akses pendidikan berkualiti serta melindungi kebajikan rakyat, khususnya golongan rentan. Sebarang pelarasan yang dilaksanakan adalah bertujuan memastikan sistem ini bukan sahaja berfungsi pada hari ini, tetapi terus mampan dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa hadapan serta mengambil kira kesan jangka masa panjang.

Sehubungan itu, AMKBM menyeru agar semua pihak menghentikan polemik yang tidak membina dan sebaliknya bersama-sama menggembleng tenaga, idea serta kepakaran ke arah memperkukuh dasar ekonomi negara. Masa depan Malaysia menuntut kepimpinan yang berani membuat keputusan sukar, serta kematangan semua pihak untuk menyumbang ke arah penyelesaian, bukan merentasi perbezaan.

ABSHAR NURASYRAF BIN AMRAM

Timbalan Pengerusi Biro Kebajikan & Kemasyarakatan AMK Malaysia

Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bukit Mertajam

1 Mei 2026
14 Zulkaeddah 1447

01/04/2026

FREE TIKET UNTUK HANGPA WARGA BUKIT MERTAJAM DAH READY WEHHH! πŸ”₯

24 tahun penantian ! Kini detik yang dinanti tiba apabila Penang FC mara ke perlawanan akhir MFL Challenge Cup! ⚽

Sebagai tanda sokongan anak muda, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bukit Mertajam tampil dengan inisiatif khas untuk hangpa semua πŸ‘‡

🎟️ 100 TIKET PERCUMA khas untuk warga Bukit Mertajam !
πŸ“πŸ“ž Tebus di : Untuk maklumat lanjut ketersediaan tiket, Sila Hubungi : Lutfi Sharif ( +60 12-261 7066 )

πŸ†MATCHDAY⚽️
πŸ“… Tarikh: 4 April 2026
🏟 Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

πŸ“’ Tiket terhad tau hampa, ada 100 keping jaaa !
⚽️ Siapa cepat, dia dapat noooo.

Jom kita pakat pi buat ghamai kasi gegaq Stadium Bandaraya Pulau Pinang hujung minggu ni ! Bawak family, membe, marka, bini hampa dan sama-sama kita gegarkan stadium dengan semangat luar biasa demi Harimau Kumbang kita geng ! πŸ’™βšͺ🟑

Ini masa kita. Ini kebanggaan kita.
HARIA PENANG HARIA! 🐯πŸ”₯




20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447HπŸŒ™βœ¨

Dalam menyambut lebaran yang bakal menjelma, saat takbir bergema dengan hati yang tenang, kami dari saf kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Bukit Mertajam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Dalam kita menyambut kemenangan setelah sebulan berjuang menahan lapar dan dahaga, memperbaiki diri dan amalan dalam madrasah ramadhan, mungkin ada hati yang pernah terguris, kata yang tersasar tanpa sedar, dan langkah yang pernah menjauh tanpa niat.

Aidilfitri inilah ruang dalam kita kembali mendekat, menyulam semula kasih, dan memaafkan dengan penuh keikhlasan.

Buat yang akan dan sedang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah dalam perjalanan. Semoga setiap langkah dipermudahkan, dilindungi, serta dipertemukan dengan insan tersayang yang sekian lama dirindu. Ada yang pulang dengan senyuman, ada juga yang pulang dengan rasa hiba. Namun ketahuilah, kenangan dan kasih sayang itu tetap mekar dalam jiwa.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi tentang kembali kepada fitrah menghidupkan semula nilai kasih, persaudaraan dan pengharapan.

Dari kami di AMK Bukit Mertajam,
Selamat pulang ke perantauan masing-masing. Semoga lebaran kali ini membawa seribu makna dan mengubat segala rasa.

πŸŒ™βœ¨ Minal Aidin Wal Faidzin, Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

TULUS IKHLAS ;
Keluarga Besar Angkatan Muda KEADILAN Bukit Mertajam


Photos from Angkatan Muda Keadilan Bukit Mertajam's post 13/02/2026

KONVENSYEN KEADILAN KEDAH 2026

Konvensyen KEADILAN Kedah 2026 bakal menjadi titik mula langkah strategik demi masa depan negeri.

πŸ—“ 13 Februari 2026 | Jumaat
πŸ“Raia Hotel, Alor Setar

Platform ini menghimpunkan pimpinan dan akar umbi untuk menyusun hala tuju, memperkukuh organisasi serta memperteguh komitmen terhadap agenda reformasi, keadilan sosial dan pentadbiran yang berintegriti. Ia bukan sekadar pertemuan tahunan, tetapi medan muhasabah dan penyelarasan gerak kerja menjelang cabaran politik yang semakin dinamik.

AMK Bukit Mertajam turut hadir menzahirkan sokongan padu, diwakili oleh Sdra Taqiudin, Timbalan Ketua AMK Bukit Mertajam, Sdra Lutfi Sharif, Bendahari AMK Bukit Mertajam, Sdra Ali Rosli, Ketua Penerangan serta barisan kepimpinan yang lain. Kehadiran ini mencerminkan kesungguhan kami di peringkat AMK Bukit Mertajam dalam terus menjadi tunjang perjuangan parti disini.

Ucaptama oleh Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, menekankan tentang kepentingan kesatuan saf, disiplin organisasi dan keberanian mempertahankan prinsip reformasi dalam apa jua keadaan. Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan parti bukan hanya terletak pada kepimpinan tertinggi, tetapi pada gerak kerja konsisten di peringkat cabang dan ranting khususnya peranan anak muda dalam mendepani pilihan raya akan datang.

AMK Bukit Mertajam terus komited dalam memperkasakan jentera akar umbi, melahirkan kepimpinan pelapis yang berprinsip serta memastikan suara anak muda terus segar dalam arus perjuangan. Semangat yang dibawa pulang dari Kedah ini akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan kerja tersusun, strategi yang jelas dan komitmen tanpa kompromi.

Perjuangan ini bukan bermusim, Ianya merupakan amanah. AMK Bukit Mertajam terus komited dalam merangka gerak kerja dalam mendepani PRU Ke 16 disamping memenangi pengundi dari kalangan anak muda khususnya serta akan terus mara, selangkah demi selangkah, demi memastikan agenda reformasi terus mekar dan dirasai rakyat.

AMK BUKIT MERTAJAM



06/02/2026

JELAJAH ANAK MUDA KASIH (AMK) BUKIT MERTAJAM TAHUN BAHARU CINA SIRI PERTAMA 🧧

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, AMK Bukit Mertajam dengan kerjasama Ranting KEADILAN Taman Sejahtera Alma akan meneruskan siri program Jelajah Anak Muda Kasih - Jelajah AMK bagi menziarahi keluarga berbangsa tionghua yang memerlukan sebagai persiapan menyambut perayaan ini.

πŸ—“ Tarikh : 9 Februari 2026 | AHAD
⏰ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Lokasi: Taman Sejahtera Alma & Taman Seri Janggus

Program ini membawa semangat kebersamaan, keprihatinan dan kasih sayang merentas kaum, agar tiada yang tercicir dalam menyambut perayaan.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban serta menceriakan sambutan Tahun Baru Cina buat keluarga yang disantuni.
Bersama kita menyemai nilai kemanusiaan, perpaduan dan kasih sesama insan. 🧧❀️

AMK BUKIT MERTAJAM



16/01/2026

ISRAK MIKRAJ: PERJALANAN AGUNG, TITIK KEBANGKITAN UMMAH 🐫

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan luar biasa Rasulullah SAW, tetapi merupakan manifestasi kebesaran Allah SWT serta pengukuhan iman dan disiplin umat Islam.

Allah SWT berfirman:

> Ψ³ΩΨ¨Ω’Ψ­ΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩ‰Ω“ Ψ£ΩŽΨ³Ω’Ψ±ΩŽΩ‰Ω° Ψ¨ΩΨΉΩŽΨ¨Ω’Ψ―ΩΩ‡ΩΫ¦ Ω„ΩŽΩŠΩ’Ω„Ω‹Ϋ­Ψ§ Ω…Ω‘ΩΩ†ΩŽ Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΨ³Ω’Ψ¬ΩΨ―Ω Ω±Ω„Ω’Ψ­ΩŽΨ±ΩŽΨ§Ω…Ω Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‰ Ω±Ω„Ω’Ω…ΩŽΨ³Ω’Ψ¬ΩΨ―Ω Ω±Ω„Ω’Ψ£ΩŽΩ‚Ω’Ψ΅ΩŽΨ§ Ω±Ω„Ω‘ΩŽΨ°ΩΩ‰ Ψ¨ΩŽΩ°Ψ±ΩŽΩƒΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ψ­ΩŽΩˆΩ’Ω„ΩŽΩ‡ΩΫ₯ Ω„ΩΩ†ΩΨ±ΩΩŠΩŽΩ‡ΩΫ₯ مِنْ َؑايَٰΨͺΩΩ†ΩŽΨ§Ω“ ۚ Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ‡ΩΫ₯ Ω‡ΩΩˆΩŽ Ω±Ω„Ψ³Ω‘ΩŽΩ…ΩΩŠΨΉΩ Ω±Ω„Ω’Ψ¨ΩŽΨ΅ΩΩŠΨ±Ω

(Surah Al-Isra’, 17:1)

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami.

Daripada peristiwa inilah, umat Islam menerima kewajipan solat sebagai tiang seri agama dan asas pembinaan jati diri mukmin. Israk Mikraj mengajar kita bahawa perubahan besar bermula dengan kekuatan hubungan dengan Allah, diikuti keteguhan prinsip dan keberanian menghadapi ujian.

AMK Bukit Mertajam menyeru seluruh anak muda agar menjadikan Israk Mikraj sebagai titik muhasabah, membina generasi berakhlak, berilmu dan berprinsip, serta terus istiqamah memperjuangkan nilai keadilan, amanah dan kemanusiaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Semoga peristiwa agung ini menyemarakkan kembali roh perjuangan, keimanan dan kesatuan ummah.

Salam Israk Mikraj 1447H
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Cabang Bukit Mertajam

Want your business to be the top-listed Government Service in Alma?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


No. 41 Tingkat 1, Jalan Perniagaan, Pusat Perniagaan Alma
Alma
14000