08/09/2026
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan🥹Dengan rasa sedih dan berat hati, kami warga KK Rembia ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Cik Nazriah (Fisio) yang akan berpindah ke Selangor, serta En. Zulkifli (X-Ray) yang akan meneruskan khidmat di Selangor juga..
Terima kasih atas segala jasa, bantuan, tunjuk ajar, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang bersama kami di KK Rembia. Segala kenangan, gurauan, susah dan senang yang dikongsi bersama pasti akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.
Walaupun selepas ini kita tidak lagi bekerja di bawah satu bumbung, semoga hubungan silaturahim yang terjalin akan terus kekal. Semoga Cik Nazriah dan En. Zulkifli dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang baik serta terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu.
Selamat maju jaya di tempat baharu😇
Terima kasih atas segala-galanya sepanjang bersama kami di KK Rembia. Jasa dan kenangan kalian akan sentiasa dikenang.
Pergi membawa kenangan, tinggal meninggalkan kesan.
Semoga kita bertemu lagi di lain kesempatan. 🤍
— Salam sayang daripada warga KK Rembia —