24/04/2026
Bacaan Yassin Dan Tahlil Arwah
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bacaan Yassin Dan Tahlil Arwah, Jalan Tebong Dalam, Alor Gajah.
Assalamualaikum.
Page Ini ialah Program Bacaan Yassin, Tahlil Dan Doa Selamat Secara LIVE tanpa invite dari Ustaz Syafiq Noordin.
50% daripada sumbangan ikhlas tuan2 dan puan2, akan diberikan kepada Fakir atau Yang Lebih Memerlukan di Alor Gajah.
24/04/2026
*[Salam Israk Mikraj 27 Rejab]*
Bersama kita mengenang perjalanan agung Rasulullah ﷺ. Peristiwa ini memberi isyarat bahawa hati seorang hamba juga mampu “naik” menuju Allah, apabila disucikan daripada dunia dan dipenuhi rindu kepada-Nya.
Sebagaimana pesan Ibn ‘Ataillah رحمه الله:
“Perjalananmu kepada Allah bukanlah dengan berpindah tempat, tetapi dengan berpindah sifat, daripada kelalaian kepada kesedaran, daripada nafsu kepada kehambaan.”
Israk Mikraj mengajar kita untuk membawa hati yang tunduk, bersih dan penuh adab di hadapan Tuhan Rabbul alamin.
Semoga bulan ini menjadi titik kesedaran rohani kita untuk kembali kepada Allah dengan solat, taubat, cinta dan penghambaan yang sebenar.
*17 Jan 2026M*
*27 Rejab 1447H*
26/09/2025
INFAQ MAKANAN DI MASJID KAMPUNG PENDOI, TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.
Alhamdulillah. Program Pemberian Infaq Makanan di Masjid Kampung Pendoi, Tampin, Negeri Sembilan.
Pemberian Bantuan telah diuruskan oleh Ayah Mertua kepada Ustaz Syafiq di Masjid tersebut pada hari Jumaat, 26 September 2025M bersamaan 4 Rabiul Akhir 1447H.
Terima kasih diucapkan kepada pemberi sumbangan dari Singapura iaitu Puan Hasmira Binti Abdul Jalil. Semoga Allah sentiasa meluaskan rezeki puan sekeluarga dengan keberkatan dan kerahmatan.
Dan semoga usaha dan amal kita ini akan sampai kepada arwah2 yang diniatkan disamping kita peroleh redha, barakah dan kasih sayang dari Allah. Insha Allah. Aamiiin
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Contact the business
Telephone
Address
Jalan Tebong Dalam
Alor Gajah
75000
