Perikatan Nasional P135 Alor Gajah

Perikatan Nasional P135 Alor Gajah

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah, Political Party, Dataran Keris Alor Gajah, Alor Gajah.

Suntikan fiskal RM83 bilion biayai lapan pakej rangsangan | Berita Harian 05/12/2022

Tan Sri Muhyiddin Yasin
Pengerusi Perikatan Nasional

SAYA SELEWENG RM600 BILION?

Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap saya kononnya saya telah menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion.

Ahli Parlimen Lembah Pantai yang baru dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital juga membuat tuduhan yang sama terhadap saya. Sebelum itu, beliau membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan polis supaya menyiasat YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas dakwaan menuduh Perdana Menteri sebagai agen Israel. PDRM kemudiannya menafikan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disiasat.

Nampaknya, baru beberapa hari menjadi kerajaan, PH tanpa segan silu telah menggunakan pihak polis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka. This is a clear attempt at silencing dissent. Ini berbeza sekali dengan janji reformasi institusi mereka untuk menjamin kebebasan institusi-institusi penting negara tanpa campur tangan politik termasuk PDRM.

Apapun, saya tidak hairan dengan kemungkiran janji-janji mereka. Sebelum pilihan raya mereka bermati-matian menafikan akan bekerjasama dengan puak kleptokrat. Selepas pilihan raya, mereka tanpa segan silu berpeluk cium dan membentuk kerajaan bersama-sama, sehinggakan ada yang membuat parodi lagu “dulu benci penyamun, sekarang sayang penyamun”.

Berbalik kepada tuduhan penyelewengan dana sebanyak RM600 bilion, saya tidak pasti dari mana angka ini dipetik. Saya agak ia merujuk kepada 8 Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM530 bilion yang saya laksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas semasa tempoh pandemik.

Daripada keseluruhan RM530 bilion ini, sebahagian besarnya adalah berbentuk non-fiskal, iaitu tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Ini termasuk pengeluaran KWSP i-Lestari, i-Sinar, i-Citra bernilai RM145 bilion, pengurangan pembayaran KWSP bernilai RM10 bilion, moratorium bayaran pinjaman bank untuk individu dan syarikat bernilai RM180 bilion, jaminan kerajaan untuk pinjaman syarikat bernilai RM80 bilion dan inisiatif-inisiatif lain yang bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan.

Tak mungkin saya seleweng wang ini kerana ia adalah wang individu atau bank yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan. Saya sebagai Perdana Menteri pada ketika itu tidak ada apa-apa kuasa ke atas penggunaan wang ini.

Menurut kenyataan Menteri Kewangan pada 29 Jun 2021, perbelanjaan yang melibatkan wang kerajaan dalam bentuk suntikan fiskal p**a bernilai RM83 bilion. Ini termasuk perbelanjaan untuk pembelian vaksin bernilai RM5 bilion dan pelbagai bentuk bantuan langsung tunai untuk rakyat seperti subsidi upah bernilai RM20.92 bilion, Bantuan Prihatin Nasional bernilai RM18.2 bilion, Geran Khas Prihatin bernilai RM4.21 bilion, Geran Khas Prihatin Permai bernilai RM842,000,000, Skim Pembiayaan Mudah Bumiputera bernilai RM500,000,000 dan bantuan-bantuan lain yang dimasukkan terus ke akaun penerima yang layak.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/833560/suntikan-fiskal-rm83-bilion-biayai-lapan-pakej-rangsangan

Tidak ada satu sen pun wang ini masuk ke akaun peribadi saya. Tak masuk akal wang bantuan rakyat yang dimasukkan terus ke dalam akaun mereka boleh diseleweng masuk ke akaun saya.

Kalau hal ini berlaku, sudah tentu akan diketahui melalui penemuan audit yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara (JAN) setiap tahun. Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah tentu membentangkan laporan mengenainya di Parlimen. Tak mungkin JAN atau PAC terlepas pandang. Ini bukan perkara kecil. Ia perkara besar.

Malah Bank Negara Malaysia tentunya telah mendapat notifikasi tentang pergerakan jumlah wang yang besar masuk ke akaun saya dan siasatan telah dimulakan sejak lebih setahun yang lalu. Tetapi tidak ada apa-apa pun.

Nak kata saya halang siasatan kerana saya Perdana Menteri pun tak betul. Kerana saya telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri lebih setahun yang lalu.

Selain itu, kalau hal ini berlaku sekalipun, sudah tentu Pak Mat, Pak Jusoh, Mak Piah di kampung sedar wang yang sepatutnya mereka terima tak masuk ke dalam akaun mereka. Cuba tanya mereka. Dapat ke tidak duit itu.

Tanya juga En Salim, Mr Lim, Mr Kumar mereka terima atau tidak subsidi upah yang disalurkan kepada syarikat-syarikat mereka. Kalau semua dapat, mana mungkin wang itu diseleweng oleh saya?

Negara kita mempunyai sistem dan amalan yang standard untuk menjamin ketelusan dan akauntabiliti dalam perbelanjaan wang kerajaan. Kesemua perbelanjaan kerajaan adalah tertakluk kepada audit kerajaan. Jika terdapat penemuan audit yang mencurigakan, teguran audit boleh dibuat terhadap jabatan kerajaan yang berkenaan.

Jika terdapat salah laku rasuah atau penyelewengan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap si pelaku.

Saya percaya pihak Kementerian Kewangan Malaysia khususnya Agensi LAKSANA mempunyai setiap butiran perbelanjaan bagi semua 8 Pakej Rangsangan Ekonomi yang dilaksanakan semasa saya menjadi Perdana Menteri.

Saya tidak takut untuk disiasat kerana saya tahu saya tidak seleweng duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan untuk digunakan bagi tujuan membantu rakyat ketika zaman susah.

Cuma pesan saya kepada ahli-ahli politik PH dan UMNO, janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baru berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat. Awak dah jadi kerajaan, act like a government.

Sudah-sudahlah bermain wayang politik kerana rakyat mahu lihat apa perancangan kerajaan untuk mereka.




Suntikan fiskal RM83 bilion biayai lapan pakej rangsangan | Berita Harian PUTRAJAYA: Kerajaan memperuntukkan suntikan fiskal berjumlah RM83 bilion untuk membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi termasuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan semalam.

24/09/2022

JEMPUTAN KARNIVAL SUKAN TUNAS KELUARGA MALAYSIA PARLIMEN ALOR GAJAH

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera;

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah yang diterajui oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Ahli Parlimen Alor Gajah bakal menganjurkan Karnival Sukan Tunas Keluarga Malaysia sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada Ahad ini di Dataran Keris,Alor Gajah.

Pelbagai acara menarik bakal diadakan bermula jam 7.00 pagi selain pameran dan kempen dari agensi-agensi yang terlibat.

Kepada seluruh warga negeri Melaka khususnya warga Alor Gajah, dijemput hadir memeriahkan lagi.

Jangan lupa kongsikan kepada kaum keluarga dan sahabat handai untuk hadir sama.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung dengan wakil-wakil pegawai yang tertera di poster.

Pelbagai hadiah menarik menanti anda, jumpa Ahad ini! :)





Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 29/08/2022

Alor Gajah / 28 Ogos 2022 (Ahad)

Kejohanan Futsal PIALA PAK WAN, Ahli Parlimen Alor Gajah telah berlangsung di Kompleks Sukan Uitm Alor Gajah.
Kejohanan julung2 kali dianjurkan oleh Armada Bersatu Bhg Alor Gajah, dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Alor Gajah bersama beberapa NGO dalam daerah Alor Gajah.
Perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan sendiri oleh YB Pak Wan pada acara kemuncak kejohanan.
Beliau juga turut menyaksikan perlawanan Akhir yang dimenangi oleh Pasukan AG YOUTH. Naib Juara p**a dari Pasukan SERIAN FC (A).
Turut hadir Kerua Bersatu Bhg Alor Gajah, Tn Zamzuri Arifin.

Tahniah kepada penganjur dan penaja pertandingan yang melaksanakan penganjuran kejohanan dengan amat baik dan lancar.





21/08/2022

Alor Gajah / 21 Ogos 2022

Akan berlangsung Kejohanan Futsal PIALA PAK WAN, Ahli Parlimen Alor Gajah pada 28 Ogos 2022 (Ahad).
Penyertaan di buka kepada belia berumur 16 - 30 tahun.
- Yuran penyertaan PERCUMA
- Juara menerima RM3000
- Hadiah tunai untuk 16 pasukan terbaik
- Makan minum PERCUMA
- Tarikh tutup penyertaan pada 25 OGOS 2022

Menarik tuu...!!!
Apa tunggu lagi, cepat2 ajak kawan2 untuk sertai.



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 11/08/2022

Alor Gajah / 10 Ogos 2022 (Rabu)

Mesyuarat AJK Bahagian Bersatu bersama semua Ketua Cawangan telah dipengerusikan oleh Tn Zamzuri Arifin, Ketua Bahagian Bersatu pada malam tadi.
Banyak agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat. Satu taklimat ringkas betkaitan Persidangan Cawangan & Bahagian termasuk dalam agenda pada malam tadi.
Turut hadir Ketua Srikandi, Pn Zainon Dan Ketua Armada, En Hafizi Hashim Dan En Baharom, Ketua Penerangan Bahagian yang menerima watikah lantikan dalam majlis yang sama.



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 10/08/2022

Alor Gajah / 07 Ogos 2022

Mesyuarat AJK Srikandi Bahagian Bersatu Alor Gajah telah diadakan Dan dipengerusikan oleh Pn Zainon dengan kehadiran seluruh jawatankuasa.
Pelbagai agenda dibincangkan untuk menyusun gerakerja Srikandi di seluruh kawasan.
Semoga Srikandi Alor Gajah akan terus mantap dan efisien selepas ini.





Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 25/07/2022

Shah Alam / 22 - 24 Julai 2022

Kursus Pemantapan Bersaru Negeri Melaka.

Kami berkampung selama 3 Hari 2 malam di di sini untuk menimba ilmu.
Terima kasih kepada KBPN Melaka, YB Dr Mohd Yadzil, YB DW Hjh Mas Ermeyatie Dan seluruh Kepimpinan BERSATU Melaka Yang memberi komitmen Yang tinggi untuk menyiapkan jentera parti untuk bersama dalam program ini.
Semoga usaha ini dapat menambah keyakinan jentera parti dalam menghadapi PRU15 Yang Akan datang.

Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 19/05/2022

Kuala Lumpur / 18 Mei 2022 (Rabu)

Menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Perikatan Nasional / Bersatu yang diadakan Di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 01/05/2022

Alor Gajah / 1 Syawal 1443H

Salam Syawal 1443H

Kami barisan kepimpinan Bersatu & Perikatan Nasional Alor Gajah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Sambutlah kemeriahan perayaan kali ini secara sederhana namun kekalkan kemeriahan berhari Raya bersama keluarga.



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 25/04/2022

Alor Gajah / 25 April 2022

IFTAR BERSAMA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA anjuran Ahli Parlimen Alor Gajah telah berlangsung pada malam tadi bertempat di Club House, A Famosa Resort Hotel.
Dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin di iringi oleh Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof menceriakan hadirin seramai lebih 500 orang yang hadir dalam majlis pada malam ini.
Turut hadir adalah YB Dr Mohd Yadzil bin Yaakob, Ketua Badan Pimpinan Negeri Melaka., YB Hjh Mas Ermayatie bt Shamsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Tn Zamzuri bin Arifin, Ketua Bahagian Bersatu Alor Gajah dan beberapa orang Ahli Majlis Pimpinan Bersatu Pusat.
Majlis turut meraikan beberapa NGO dan pelajar Pusat Tahfiz sekitar Alor Gajah.

*PartiPribumiBersatuMalaysia



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 22/04/2022

Alor Gajah / 22 April 2022.

Majlis Iftar Perdana Bersatu Alor Gajah.
Syukur ke hadrat Allah swt, majlis kami dapat dilaksanakan diringi hujan rahmat yang membasahi bumi sejam sebelum waktu berbuka puasa.
Terima kasih kepada YB Dr Yadzil, Ketua Badan Pimpinan Negeri yang baru kerana sudi hadir ke majlis kami.
Selamat ulangtahun ke 52 kepada Ketua Bahagian kami, Tn Zamzuri Arifin.
Tahniah kepada barisan jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Kami dapat berkongsi kegembiraan bersama 90 ahli kami yang kurang berkemampuan dlm majlis ini. sedikit sumbangan dapay disalurkan kepada mereka dlm majlis kali ini.
Semoga dapat bertemu lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun hadapan. Insya Allah.



Photos from Perikatan Nasional P135 Alor Gajah's post 19/04/2022

Ramadhan Al Mubarak.

Terima kasih kepada YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Ahli Parlimen Alor Gajah sentiasa prihatin kepada masyarakat di dalam kawasan.sambil erkongsi kegembiraan sepanjang Ramadhan kali ini.
Sumbangan Kit Ramadhan berupa sarung pelikat. Batik & kurma di agihkan melalui wakil2 di dalam kawasan masing2.
Semoga dapat memberi keceriaan dan kegembiraan kepada penerima. Insya Allah.




Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Dataran Keris Alor Gajah
Alor Gajah
78000