22/04/2026
SELAMAT HARI BUMI 2026
Allah SWT berfirman:
وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
“Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang yang berbuat kerosakan.”
(Surah al-Qasas: 77)
Bumi adalah amanah yang perlu dijaga bersama. Setiap tindakan, sekecil mana pun, memberi kesan kepada masa depan.
Kurangkan pembaziran, pelihara kebersihan, dan hargai alam sekitar.
Tanggungjawab ini milik kita semua.
Ikhlas daripada:
Pemuda PAS Melaka
15/04/2026
KUPAS ISU PEMUDA PAS MELAKA 7.0
“MINYAK NAIK, HIDUP RAKYAT TERHIMPIT”
Sebagai rakyat Malaysia, kita berhak bersuara. Ketika rakyat berdepan kenaikan harga minyak, lonjakan harga barang dan tekanan kos sara hidup, suara ini tidak boleh terus dipendam.
Kupasan ini akan meneliti solusi Islam, realiti semasa ekonomi negara serta membuka ruang solidariti rakyat dalam menuntut perubahan yang lebih adil dan sejahtera.
📅 Khamis | 16 April 2026
⏰ 5.00 Petang
📍 LIVE TikTok Pemuda PAS Melaka
🎙 Panel:
Ustaz Dr Zaharudin Muhammad
(Pengarah Dokumen Hijau)
🎙 Moderator:
Zulhilmi Aziz Abdul Hannan
(Pengarah Jabatan Media Baru DPPNM)
Ayuh bersama. Suara rakyat adalah kekuatan perubahan.
10/04/2026
SELAMAT DATANG KE JAMUAN RAYA AIDILFITRI PAS PUSAT 2026
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan penuh rasa hormat dan s**acita menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS yang bakal berlangsung dalam suasana penuh ukhhuwwah dan harmoni.
📅 11 April 2026 (Sabtu)
🕦 11.30 pagi – 4.00 petang
📍 D’ Village Resort, Ayer Keroh, Melaka
Majlis ini akan turut diserikan dengan kehadiran pimpinan utama negara dan tokoh pelbagai lapisan masyarakat, sebagai lambang perpaduan dan kebersamaan dalam menyambut Syawal.
Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat, eratkan silaturahim serta hayati kemeriahan Aidilfitri dalam suasana yang penuh keberkatan.
Kami nantikan kehadiran anda!
Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
31/03/2026
TAHNIAH PELAJAR SPM 2025 !
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh pelajar yang telah menduduki dan berjaya dalam peperiksaan SPM 2025.
Kejayaan yang diraih bukan sekadar hasil usaha dan penat lelah semata-mata, bahkan merupakan anugerah dan ketentuan daripada Allah SWT. Semoga pencapaian ini menjadi asbab untuk terus melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu serta berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah. Justeru, jadikan kejayaan ini sebagai titik permulaan untuk terus memperkukuh jati diri, meningkatkan keimanan serta membina masa depan yang lebih gemilang.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Alor Gajah mengharapkan anda semua untuk terus berusaha, jangan berputus asa, dan sentiasa berserah kepada ketentuan Allah:
"Qadarullah wa ma sya’a fa‘ala" — Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah dengan izin dan hikmah-Nya.
Semoga kalian semua terus cemerlang di dunia dan berjaya di akhirat.
Tahniah & Syabas!
20/03/2026
🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H | 2026M 🌙
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan setelah melalui madrasah Ramadan yang penuh keberkatan, kami dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga pendidik PASTI dan SRITI dalam kawasan Alor Gajah juga semua warga alor gajah.
Sesungguhnya, pengorbanan dan kesungguhan tuan/puan dalam mendidik anak-anak ummah bukan sekadar tugas, tetapi satu amanah besar yang dipikul dengan penuh keikhlasan. Dalam diam, kalian membentuk generasi berilmu, berakhlak dan beriman — satu jihad yang amat mulia di sisi Allah SWT.
Di hari yang penuh kemenangan ini, marilah kita sama-sama menghayati makna sebenar Aidilfitri — kembali kepada fitrah, mensucikan hati, serta mempereratkan ukhuwah sesama kita.
تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْSemoga Allah menerima segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan dan memberkati setiap usaha murni dalam mendidik generasi pewaris agama.
Akhir kata, kami mendoakan agar seluruh warga pendidik sentiasa diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan perjuangan yang mulia ini.
✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ✨
Ikhlas daripada:Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah
14/03/2026
INFAQ RAMADAN 2026, CERIAKAN RAMADAN GURU PASTI DAN SRITI DALAM ALOR GAJAH.
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Program Infaq Ramadan 2026 anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Mac 2026 di Dataran Istiqamah, Durian Tunggal.
Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik yang istiqamah mendidik anak-anak umat Islam. Sumbangan infaq telah disampaikan kepada guru-guru PASTI dan SRITI di seluruh kawasan Alor Gajah, yang selama ini sabar dan ikhlas menabur bakti mendidik generasi dengan ilmu, iman dan akhlak.
Sesungguhnya jasa para guru ini amat besar. Mereka bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membentuk jiwa dan masa depan anak-anak agar menjadi generasi yang cintakan Al-Quran, agama dan perjuangan Islam.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Luqmaanul Hakiim bin Nordin, pemangku Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka yang turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para guru serta hadirin yang hadir. Turut hadir bersama , Saudara TAJUDDIN AZAHAR Setiausaha PASTI Negeri Melaka, yang turut menyampaikan sumbangan dari Pasti Negeri Melaka kepada guru-guru.
Semoga sumbangan yang diberikan menjadi tanda penghargaan atas pengorbanan para guru, serta menjadi amal kebajikan yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini , para penyumbang dan guru yang hadir. Semoga segala kebaikan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan.
25/02/2026
TAHNIAH BUAT SEMUA PELAJAR UPKK 2025
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK bagi tahun 2025.
Kejayaan ini adalah hasil daripada usaha bersungguh-sungguh para pelajar, bimbingan para guru yang berdedikasi serta doa dan sokongan berterusan daripada ibu bapa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam menuntut ilmu serta membentuk peribadi Muslim yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
Teruskan kecemerlangan, jangan berhenti melangkah menuju kejayaan dunia dan akhirat.
Tahniah sekali lagi!
Ikhlas daripada
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah
18/02/2026
🌙 SALAM RAMADAN 1447H
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah mengucapkan
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Alor Gajah dan sekitarnya.
Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan ibadah, membersihkan hati, memperkukuh ukhuwwah serta meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap amal kita diterima, setiap doa diangkat, dan Ramadan ini menjadi titik perubahan menuju insan yang lebih baik.
✨ Ramadan kareem
Ikhlas daripada,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah
13/01/2026
🌱 Ziarah PASTI | Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah , Hari Kedua.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Gajah diketuai oleh Ustaz Muhammad Hatin Bin Mohd Yusof Timb Ketua Dewan Pemuda Pas Alor Gajah meneruskan lagi ziarah PASTI bagi hari kedua ke beberapa PASTI lagi di kawasan Alor Gajah.
Kenapa pilih PASTI?
PASTI memberi pendidikan Islam seimbang sejak awal usia — akidah, ibadah, akhlak dan akademik asas berjalan seiring. Anak dididik membaca Al-Quran, doa harian, adab serta disiplin dalam persekitaran Islamik dengan bimbingan guru penyayang dan berakhlak.
✨ Membentuk jati diri Muslim sejak kecil
✨ Persediaan awal ke sekolah rendah
✨ Didikan penuh kasih sayang & nilai
Di alor gajah juga , PASTI terus berkembang dengan penambahan pelajar yang berterusan. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang terus menyokong usaha ini.
Senarai PASTI yang terlibat hari ini
PASTI SMART SOLEH
PASTI FATIMAH AZ-ZAHRAH
PASTI AR RAIHAN