BSPTD Alor Gajah

Directions

BSPTD Alor Gajah BALAI POLIS TRAFIK,IPD ALOR GAJAH

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKOTidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-leb...
05/09/2026

BERBASIKAL DI JALAN RAYA: KENALI LALUAN, FAHAMI RISIKO

Tidak semua jalan raya sesuai untuk aktiviti berbasikal. Lebih-lebih lagi lebuh raya yang direka untuk pergerakan kenderaan pada kelajuan tinggi.

Penunggang basikal perlu mengetahui di mana boleh dan di mana tidak boleh berbasikal, serta memahami risiko yang bakal ditanggung sekiranya berlaku kemalangan.

⚠️ Perbezaan kelajuan antara basikal dan kenderaan bermotor amat tinggi.
⚠️ Kesilapan kecil boleh mengundang kemalangan serius.
⚠️ Kemalangan di lebuh raya boleh mengakibatkan kecederaan parah, malah meragut nyawa.

Jangan kerana mahu meneruskan kayuhan, nyawa sendiri dipertaruhkan.

Patuhi peraturan. Gunakan kelengkapan keselamatan yang sesuai dan sentiasa hormati pengguna jalan raya yang lain.

PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

27/08/2026
24/08/2026

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐉𝐀𝐇 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 (𝐃.𝐂.𝐒.𝐌)

Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah serta seluruh warga PDRM Kontinjen Melaka mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar Ketua Polis Melaka di atas penganugerahan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran "Datuk Wira".

DCP Datuk Wira Dzulkhairi dianugerahkan (D.C.S.M) pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2026, sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka, hari ini.








https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official
—————————————————————————
𝐌𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐒𝐨𝐬𝐢𝐚𝐥 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀
马六甲警方官方社交媒体
𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 அதிகாரப்பூர்வ சமூக ஊடகம்
#𝐋𝐢𝐤𝐞 #𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 #𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official

Kejayaan tangkapan 1/L di bawah Sek 39b & 15(1)(a) ADB 1952 oleh BSPTD Alor Gajah.Tangkapan dan rampasan di serah kepada...
21/08/2026

Kejayaan tangkapan 1/L di bawah Sek 39b & 15(1)(a) ADB 1952 oleh BSPTD Alor Gajah.Tangkapan dan rampasan di serah kepada BSJND Alor Gajah untuk tindakan lanjut...

17/07/2026

Op Bersepadu BSPTD Alor Gajah bersama Jabatan Alam Sekitar dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah di jalankan pada 16/07/2026 jam 1000 pagi bertempat di Plaza Tol Simpang Ampat,Alor Gajah.Operasi telah di ketuai oleh Tuan KBSPTD Alor Gajah,Insp Izzuwan bersama 4 anggota TRAFIK,3 anggota dari Bahagian Siasayan Jenayah Narkotik Alor Gajah dan 4 pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Melaka.Sepanjang Operasi dijalankan sebanyak 40 saman PDRM K257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.Bahagian Narkotik juga telah membuat pemeriksaan ke pemandu-pemandu kenderaan perdagangan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat pemandu yang memandu dalam keadaan khayal.Jabatan Alam Sekitar Melaka juga telah mengeluarkan 9 Kompaun kepada pemandu kenderaan perdagangan dalam Operasi Op Asap.Operasi tamat pada jam 1200hrs.


10/07/2026

LDP Pilihanraya oleh Dsp Suhaimi b Yaakub,Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Alor Gajah kepada Peg/Anggota BSPTD Alor Gajah

Address

Balai Polis Trafik
Alor Gajah
7800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BSPTD Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share