Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Share

Laman facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

13/05/2026

Alhamdulillah untuk hari pertama.. semoga Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah cemerlang kali ini juga

Photos from Polis Alor Gajah's post 13/05/2026
Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah's post 13/05/2026

Kunjungan hormat Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah Ybhg Dr Shazlin Bt Umar kepada Ketua Polis Daerah Alor Gajah Yg Dihormati Supt Tn Ahmad B Abu Bakar. Berbagai perkara dan isu telah dibincangkan untuk kepentingan perkhidmatan dan jalinan kerjasama antara PKD dan IPD bagi memastikan manafaat bersama.

13/05/2026

Pesanan ikhlas untuk semua..jaga-jaga pengambilan garam dalam badan..kalau terlalu tinggi nanti risau risiko penyakit yang akan datang. Kurang Garam, Kurang Risiko Penyakit..Ayuh Kita Amalkan Ya..kurang itu baik..tiada terbaik.. Unit NCD PKD Alor Gajah UNIT PROMOSI KESIHATAN, PKD Alor Gajah

12/05/2026

Selamat menyambut hari jururawat sedunia ikhlas untuk warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan klinik- klinik kesihatan daerah Alor Gajah. Semoga usaha dan pengorbanan anda terus mendapat pengiktirafan yang sewajarnya

Ikhlas dari
Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

08/05/2026

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YAB DSU, YB Datuk Wira, YBhg Datuk/Dato', YAS Datuk, YS Tuan, Tuan / Puan.*

*LAPORAN AWAL KEJADIAN BENCANA BANJIR DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA*

*TARIKH : 8/05/2026*
*HARI : JUMAAT*
*MASA : 2230H*

*JENIS BENCANA*
• Banjir

*DUN*
-Dun Durian Tunggal

*PUNCA/KETERANGAN*
- Pada 8/5/2026 (Jumaat) jam 3.00 Petang hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sungai melimpah ke kawasan penduduk yang rendah.

*SUMBER MAKLUMAT*
- Orang Awam
- ⁠Pemantauan Anggota APM

*PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA*

*1. PPS BALAIRAYA KG. BUKIT BALAI*
*Buka 08/05/2026 (2000H)*

Jumlah keluarga : 4
Jumlah mangsa : 20

PECAHAN MANGSA) :
DEWASA (L) : 5
DEWASA (P) : 7
KANAK² (L) : 1
KANAK² (P) : 3
BAYI (L) : 1
BAYI (P) : 0
WARGA EMAS (L) : 0
WARGA EMAS (P) : 2
OKU (L): 1
OKU (P): 0

LELAKI : 8
PEREMPUAN : 12

(MANGSA BALIK)
Keluarga :0
Mangsa : 0

*(JUMLAH KESELURUHAN)*
KELUARGA : 4
MANGSA : 20

*KAWASAN TERLIBAT*
- Kampung Bukit Tambun
- ⁠Kampung Bukit Balai

*KEADAAN CUACA*
- Hujan

*JABATAN/AGENSI PEMANTAUAN*
- Semua Agensi di bawah JPBD

*CATATAN*
• Situasi terkini Limpahan air banjir ke kawasan yang rendah.
• Agensi membuat pemantauan berterusan di kawasan terlibat.
• ⁠Cuaca masih lagi hujan pada jam ini.

Sekian, terima kasih.

*Kapten(PA) Sharulnizam Bin Mad Shah*
*Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah*
*Sekretariat JPBD Alor Gajah*

28/04/2026

Makluman untuk semua warga Lubok China. Harap anda dapat merancang masa anda untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Kesihatan Lubok China sebaik mungkin.

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah's post 27/04/2026

25 April 2026 - Sorotan lensa ketika program Fun Walk dan Karnival Jom Riuh Sahabat Farmasi Kabau Sihat Kabau Ubat (KSKU) Peringkat Negeri Melaka di SJK (C) Machap Baru, Machap sempena dengan program WRUR 2026 DUN Machap dihadiri sendiri oleh YB NGWE HEE SEM selaku YB DUN Machap.

27/04/2026

MAKLUMAN KEROSAKAN TALIAN TELEFON DI PEJABAT KESIHATAN DAERAH ALOR GAJAH DAN KLINIK KESIHATAN ALOR GAJAH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Tuan/ Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kerosakan pada talian telefon di Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah dan Klinik Kesihatan Alor Gajah berikutan pengalihan talian kepada kabel Fibre sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. kerja-kerja sedang giat dijalankan dan dimaklumkan tarikh telefon akan berfungsi dengan sepenuhnya dijangka pada 29 April 2026 ( Rabu ). Sebarang urusan komunikasi pada masa kini terganggu dan sebarang urusan hendaklah melalui unit-unit yang terlibat secara langsung.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali

Sekian, terima kasih.

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah's post 23/04/2026

Bagi memperkukuhkan tahap kompetensi Pegawai Penguatkuasa Kesihatan PKD Alor Gajah telah menjalankan Kursus berkaitan Siasatan dan Pendakwaan kes di Lapangan dan Mahkamah.

Antara penceramah yg telah menyampaikan ceramah adalah daripada Pejabat Timbalan Pendakwaraya Negeri Melaka, Bahagian Farmasi JKNM dan UIP JKNM.

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah's post 23/04/2026

Ops Bersepadu bersama Bahagian Narkotik IPD Alor Gajah, Penguatkuasa Kesihatan PKD Alor Gajah dan Penguatkuasa MPAG telah dilaksanakan selama seminggu di premis menjual V**e sekitar Daerah Alor Gajah . Ops ini dilaksanakan bagi memastikan penjual V**e mematuhi penjualan dibawah Akta 852 dan kesalahan berkaitan Dadah.

Ops ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan undang2 berkaitan sentiasa dipatuhi. Turut hadir bersama Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah.

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Gajeh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Alor Gajeh

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00