Pejabat Projek Zon Utara

Pejabat Projek Zon Utara

Share

ARAS 4 & 5 , WISMA PERKESO, JALAN TELOK WAN JAH 05646 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

Photos from Pejabat Projek Zon Utara's post 07/05/2026

SESI PEMURNIAN LAPORAN DRAF AKHIR
KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Pejabat Projek Zon Utara (PPZU) berbesar hati menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan Sesi Pemurnian Laporan Draf Akhir Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan teknikal berkaitan.

Program ini diadakan sebagai langkah penyelarasan dan semakan terperinci sebelum laporan berkenaan dibentangkan kepada Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang (SPC) untuk pertimbangan selanjutnya.

πŸ“… Tarikh: 4 – 7 Mei 2026
πŸ•˜ Masa: 9.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat Malinja & URP 5,
Aras 5, Pejabat Projek Zon Utara (PPZU),
Wisma PERKESO, Jalan Teluk Wanjah,
Alor Setar, Kedah Darul Aman

Pihak PPZU turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi teknikal, jabatan serta pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama dan pandangan yang diberikan sepanjang sesi pemurnian ini berlangsung. Segala input dan penglibatan amat penting dalam memastikan penyediaan rancangan pembangunan negeri yang lebih komprehensif, mampan dan berdaya laksana.

Semoga sesi ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan demi memperkukuh hala tuju pembangunan negeri yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing menjelang tahun 2040.





14/04/2026

*Jom Sertai Program Hands-On Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pengurusan Pejabat Yang Pertama di Kedah!*

Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi pemangkin utama dalam transformasi dunia kerja. Seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan AI dalam pengurusan pejabat mampu mempercepatkan tugasan, meningkatkan kecekapan serta membantu menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan strategik.

Buat julung kalinya di Kedah, anda dijemput menyertai:
*PROGRAM HANDS-ON TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN (AI) DALAM PENGURUSAN PEJABAT*

Bukan sekadar teori β€” program ini memberi pengalaman *hands-on* sebenar di mana anda akan:
πŸ’‘ Menghasilkan minit mesyuarat & laporan dalam masa yang lebih singkat
πŸ’‘ Menggunakan AI untuk penulisan, analisis data & automasi kerja
πŸ’‘ Mencipta poster, video & bahan kreatif dengan mudah
πŸ’‘ Membangunkan dashboard & chatbot asas
πŸ’‘ Meneroka teknologi terkini seperti Generative AI & Agentic AI

πŸ“… Tarikh: *19 Mei 2026 (Selasa)*
πŸ•— Masa: *8.00 pagi – 5.00 petang*
πŸ“ Tempat: *Kedah Digital Library, Alor Setar*

🎀 Dikendalikan oleh pakar AI berpengalaman luas, yang telah melatih pelbagai agensi di peringkat kebangsaan β€” peluang terbaik untuk anda belajar terus daripada yang terbaik!

πŸ’° Yuran serendah *RM299/Seorang (Early Bird) Terhad kepada 50 peserta sahaja!*
⚠️ *Harga Biasa RM350/Seorang*
πŸ“Œ *DAFTAR SEKARANG*: https://docs.google.com/forms/d/1DQiHl-QJnQQu5ZJERKqj027__VNse_FyCKe2pZN-SmY/viewform?edit_requested=true&pli=1

πŸ‘‰ Daftar sekarang sebelum *5 Mei 2026* dan jadilah antara yang terawal menguasai AI dalam dunia kerja!

Photos from Pejabat Projek Zon Utara's post 07/04/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 2/2026 BAGI KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (Kajian Semula)

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2026 Bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) telah diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 7 April 2026 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Mahsuri, PLANMalaysia Pejabat Projek Zon Utara, Alor Setar, Kedah

Mesyuarat pada harini adalah bertujuan meneliti tindakan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh pasukan perunding terhadap Laporan Draf Akhir bagi tujuan mempertimbangkan kelulusan bayaran akhir (10%).

Photos from Pejabat Projek Zon Utara's post 07/04/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU BIL. 1/2026
KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT DRAF AKHIR.

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bil. 1/2026 bagi peringkat Laporan Draf Akhir telah diadakan seperti ketetapan berikut:
πŸ“… Tarikh: 3 April 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 9.30 pagi
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat Karisma, PLANMalaysia Pulau Pinang

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh:
SETIAUSAHA BAHAGIAN PERANCANG EKONOMI NEGERI (BPEN)
EN. KAMARUL AZLAN BIN MUSTAFF yang mewakili Timbalan SUK Negeri Pulau Pinang.

Semoga segala perancangan yang dirangka memberi manfaat berterusan kepada rakyat dan negeri.




Photos from Pejabat Projek Zon Utara's post 01/03/2026

SESI MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 1/2026
KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA)

Satu Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 1/2026 bagi peringkat Laporan Draf Awal telah diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 23 Februari 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.30 pagi
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat,
Jabatan Kerja Raya Daerah dan Tanah Timur Laut,
Jalan JKR, Sungai Pinang, George Town

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh:
Pn. Haslina binti Chan@Hassan
Pengarah Pejabat Projek Zon Utara
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)

Sesi ini merupakan langkah penting dalam memperhalusi hala tuju pembangunan negeri ke arah 2040 agar lebih mampan, tersusun dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Semoga segala perancangan yang dirangka memberi manfaat berterusan kepada rakyat dan negeri.




Photos from Pejabat Projek Zon Utara's post 15/02/2026

SESI FIRST GROUP DISCUSSION (FGD)
Peringkat Draf Awal Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula)

Selama tiga hari (10 -12 Februari 2026), Dewan Produktiviti, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Kepala Batas menjadi saksi kepada perbincangan penuh komitmen dan idea bernas daripada jabatan serta agensi yang terlibat.

FGD ini bukan sekadar sesi perbincangan, ia adalah medan menyatukan pandangan, menyelaraskan hala tuju dan memperkukuh asas perancangan pembangunan negeri sehingga tahun 2040. Setiap input yang dikongsikan membawa nilai besar dalam memastikan perancangan yang lebih realistik, mampan dan berdaya tahan.

Terima kasih kepada semua pemegang taruh atas komitmen dan kesungguhan sepanjang tiga hari yang padat dengan perbincangan strategik ini.

Bersama kita merangka masa depan Pulau Pinang yang lebih tersusun, progresif dan sejahtera untuk generasi akan datang.




31/12/2025

Tahun 2025 telah memberikan pelbagai pengalaman dan pengajaran dalam perjalanan kita sebagai satu pasukan.

Tahun 2025 akan meninggalkan kita dengan kenangan, nilai kerja berpasukan dan semangat untuk terus memperbaiki diri.

Semoga tahun 2026 akan membawa sinar baharu, memperkukuh iltizam dan mempertingkat kualiti perkhidmatan yang kita berikan.


10/12/2025

Ramai melihat bangunan sebagai simbol kemajuan. Tetapi sebenarnya, kemajuan bermula daripada perancangan ruang, bukan pembinaannya. Dalam dunia yang semakin dipacu data & AI, peranan Perancang Bandar menjadi semakin strategik.
Perancangan Bandar bukan hanya soal lokasi projek. Ianya lebih mengarah kepada pertumbuhan sebuah wilayah, bagaimana penduduk bergerak, apa yang perlu dilindungi dan apa yang boleh dibangunkan serta disokong oleh keputusan berasaskan data, analitik dan kecerdasan buatan.

Setiap keputusan perancangan memberi kesan sehingga puluhan tahun ke hadapan. Dengan teknologi seperti AI & predictive modelling, perancang hari ini boleh mensimulasikan masa depan sebelum ia berlaku.

Bidang ini bukan tentang siapa paling cepat membina, tetapi siapa paling awal berfikir. Hari ini, β€œthinking ahead” memerlukan kefahaman tentang digitalisation, IoT dan teknologi bandar pintar. Ketika dunia membincangkan climate change, urban resilience, smart cities, big data & kecerdasan buatan β€” profesyen perancang bandar berada di hadapan bersama penyelesaian dan kerangka dasar.

Inilah kekuatan sebenar profesion Perancang Bandar. Kami tidak hanya melihat masa kini. Kami mempersiapkan masa depan β€” termasuk masa depan teknologi bandar. Teknologi mungkin mengubah cara bandar berfungsi, tetapi Perancang Bandar menentukan ke mana hala tuju pembangunan itu.”

07/12/2025

Baru-baru ini tular di media sosial, pandangan yang boleh menimbulkan salah faham terhadap peranan profesion Perancang Bandar - boleh dianggap juga "visual down-grading profession". Sehubungan itu, adalah wajar untuk kami menjelaskan bahawa profesion Perancang Bandar mempunyai fungsi khusus di bawah kerangka perundangan negara.

Profesyen Perancang Bandar bertanggungjawab dalam:
β€’ Penyediaan dan penilaian pelan pembangunan
β€’ Pengurusan guna tanah
β€’ Dasar perancangan fizikal
β€’ Kawal selia melalui akta dan garis panduan
β€’ Memastikan pembangunan selaras dengan kepentingan awam
β€’ Keseimbangan aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar

Proses perancangan bandar bukan sahaja melibatkan aspek teknikal, malah turut menuntut pertimbangan kepentingan masyarakat, kelestarian, keselamatan dan pematuhan undang-undang.

Setiap cadangan pembangunan memerlukan libat urus pelbagai agensi serta penyelarasan antara profesion termasuk jurutera, arkitek, juruukur dan lain-lain. Maka, kejayaan sesebuah pembangunan adalah hasil kerjasama semua pihak, bukan persaingan antara profesion.

Jabatan sentiasa menghargai sumbangan semua disiplin dalam industri binaan dan berharap persepsi terhadap profesion perancangan bandar dapat difahami dengan lebih tepat.

β€œBandar yang terancang adalah hasil profesional yang saling melengkapi.”

25/11/2025

PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
KAJIAN RANCANGAN STRUKTUR NEGERI PULAU PINANG 2040 (KAJIAN SEMULA) PERINGKAT LAPORAN TINJAUAN
24 NOVEMBER 2025 (ISNIN) – 23 DISEMBER 2025 (SELASA)
9.00 PAGI – 4.00 PETANG

Kajian Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2040 (Kajian Semula) sedang dijalankan dan berada di peringkat Laporan Tinjauan. Kajian disediakan berdasarkan Seksyen 7, 8, 9, 10, 11 Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) di mana Seksyen 9 memperuntukkan keperluan mengadakan program publisiti di peringkat Laporan Tinjauan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan selama 30 hari bermula pada 24 November 2025 hingga 23 Disember 2025. Semua pihak diberi peluang untuk mengemukakan sebarang representasi atau maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap Laporan Tinjauan yang telah disediakan di lokasi-lokasi berikut:

Lokasi Tetap:

1. Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia Pulau Pinang)
Ruang Legar Aras 57, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
10000 George Town, Pulau Pinang

2. Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR)
Ruang Legar Aras 3,
10000 George Town, Pulau Pinang

3. Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)
Ruang Lobi, Menara Bandaraya, Bandar Perda,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Semakan dalam talian:

1. Laman Web Rasmi PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
(https://www.planmalaysia.gov.my/index.php/pages/view/358)

2. Laman Web Rasmi PLANMalaysia Pulau Pinang
(https://jpbd.penang.gov.my)



Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 4 &5, Wisma PERKESO, Jalan Teluk Wanjah
Alor Setar
05538

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00