Trup Ketiga 24 SKN RAJD AW

Trup Ketiga 24 SKN RAJD AW

Share

TEGUH BERANI

01/01/2026

Selamat hari ulang tahun buat semua warga RAJD

19/12/2025
Photos from Trup Ketiga 24 SKN RAJD AW's post 22/10/2025

UCAPAN TAKZIAH DARI WARGA 3 TRUP

Warga 3 Trup ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham L/kpl Mohd Fitri bin Ahmad atas pemergian beliau ke rahmatullah.

Sesungguhnya, kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga 3 Trup. Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat-saat sukar ini. Kehilangan insan tersayang merupakan ujian yang berat, namun kami percaya dengan sokongan dan doa, semoga semuanya dipermudahkan.

Salam takziah daripada kami warga 3 Trup. Al-Fatihah.

06/06/2025

**Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H**

Salam hormat dari warga 3 Trup 24 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW)

Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan dan keikhlasan dalam pengorbanan kita. Kepada para jemaah haji, kami mendoakan agar ibadah kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.

**Teguh Berani, Berkhidmat Dengan Ikhlas!**

Selamat menyambut Aidiladha bersama keluarga dan sahabat tersayang.

25/05/2025

β€˜π–¨π—„π—π—…π–Ίπ—Œ 𝖽𝖺𝗋𝗂𝗉𝖺𝖽𝖺 π–ͺπ–Ύπ—π—Žπ–Ί π–©π—Žπ—‹π—Žπ—π–Ύπ—‹π–Ί 𝖽𝖺𝗇 π–²π–Ύπ—…π—Žπ—‹π—Žπ— 𝖢𝖺𝗋𝗀𝖺 𝖱𝖾𝗃𝗂𝗆𝖾𝗇 π– π—Œπ—„π–Ίπ—‹ π–©π—Žπ—‹π—Žπ—π–Ύπ—‹π–Ί Diraja’

22/04/2025

Selamat Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Ke-72

13/04/2025

β€˜Warga RAJD serta Pesara RAJD dijemput memeriahkan Perbarisan Hari Ulang Tahun RAJD Ke-72 & Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri RAJD tahun 2025 di Kem Sangro, Taiping Perak’

30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada warga Trup Ketiga! πŸŒ™ Maaf zahir dan batin, ikhlas dari kami.

Photos from Rejimen Askar Jurutera DiRaja's post 25/03/2025
17/03/2025

Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji dan syukur kita rafakkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, kita berpeluang untuk menyambut Hari Nuzul Al-Quran, satu peristiwa yang cukup bermakna dalam sejarah Islam.

Hari ini, kita memperingati peristiwa agung penurunan ayat pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Firman Allah SWT dalam Surah Al-β€˜Alaq, ayat 1-5:

β€œBacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-β€˜Alaq, 96:1-5)

Sebagai anggota tentera yang bertanggungjawab mempertahankan agama, bangsa, dan negara, marilah kita jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup dan sumber inspirasi. Al-Quran bukan sekadar kitab suci, tetapi ia adalah cahaya petunjuk, panduan strategi, dan kekuatan rohani untuk mendepani apa jua cabaran.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal, ayat 45: β€œHai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Surah Al-Anfal, 8:45)

Ayat ini mengingatkan kita untuk terus beristiqamah dan memohon pertolongan Allah dalam setiap perjuangan yang kita galas.

Semoga kita semua terus diberkati Allah SWT dan diberi kekuatan untuk menjalankan amanah dengan penuh integriti. Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran, semoga Al-Quran terus menjadi panduan hidup kita semua.

Ikhlas daripada seluruh warga Trup Ketiga 24 Skn RAJD(AW)

01/03/2025

Selamat menunaikan Ibdah Puasa buat semua umat islam, ikhlas daripada seluruh warga Trup Ketiga 24 SKN RAJD (AW).

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


TRUP KETIGA 24 SKN RAJD (AW), KEM 513 AW BUKIT PINANG
Alor Setar
06200