19/08/2026
LAPORAN LAWATAN TAPAK KE PEMBINAAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( PPAK ), KEM LAPANGAN TERBANG SUNGAI LAYAR, SUNGAI PETANI
Kontraktor : Permai Pura Construction Sdn. Bhd
18.8.2026 ( Selasa ) Satu lawatan tapak telah diadakan ke projek pembinaan Pusat Pendidkan Awal Kanak-Kanak (PPAK) di Kem Lapangan Terbang Sungai Layar, Sungai Petani. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Ketu
a Unit Tentera JKR Negeri Kedah, Puan Ir. Hafiza Binti Haron sebagai Wakil Pegawai Penguasa bersama Penolong Jurutera Awam UTNK.
Semasa lawatan dijalankan, didapati kerja-kerja pembinaan di tapak sedang giat dilaksanakan. Antara kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah seperti berikut :
1. Kerja- kerja memotong dan mengikat besi tetulang bagi footing.
2. Kerja-kerja menanda aras konkrit serta mengemaskan acuan.
3. Kerja-kerja penyediaan lantai di hadapan pejabat tapak (site iffice).
4. Kerja-kerja pengorekan (excavation) bagi pad footing di Zon B.
5. Pemeriksaan papan acuan serta aras konkrit oleh pihak JKR.
6. Pengambilan sampel besi tetulang oleh pihak JKR untuk tujuan ujian makmal bagi memastikan kualiti bahan binaan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Dalam lawatan tersebut, Ketua Unit Tentera JKR Negeri Kedah turut menegaskan agar kontraktor lebih proaktif dalam meningkatkan kemajuan kerja ditapak dan aspek Keselamatan di tapak pembinaan sentiasa diberi keutamaan. Pihak kontraktor juga diingatkan supaya pemeriksaan keselamatan tapak dilaksanakan secara berkala serta memastikan semua pekerja mematuhi keperluan penggunaan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang ditetapkan semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan.
Aspek keselamatan juga dan pematuham prosedur kerja akan terus dipantau oleh pasukan Safety And Health Officer (SHO) serta Quality Assurance And Quality Control (QAQC) bagi memastikan kerja-kerja dilaksankan dalam keadaan selamat dan mematuhi standard serta spesifikasi yang telah ditetapkan.
Secara keseluruhannya,kerja-kerja pembinaan di tapak sedang berjalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan oleh pihak berkaitan bagi memastikan kemajuan,kualiti serta aspek keselamatan projek sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.