Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis Satu ruangan yang diwujudkan khas untuk berkongsi maklumat,gambar,artikel dan segala info berkaitan nanas merangkumi penanaman,pemprosesan dan promosi.

09/10/2026
28/09/2026

π’π€π‹π€πŒ π“π€πŠπ™πˆπ€π‡

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat negara. Jasa, sumbangan dan khidmat bakti Allahyarhamah dalam bidang perubatan serta kesihatan awam akan sentiasa dikenang.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

Daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

16/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ”

16 September menjadi detik bermakna untuk kita mengenang sejarah pembentukan Malaysia serta menghargai semangat kebersamaan yang menyatukan rakyat dalam kepelbagaian.

Dengan tema β€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, marilah kita terus menyemai semangat perpaduan, saling menghormati dan bersama-sama menyumbang kepada pembangunan negara demi kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh seluruh rakyat.

Malaysia milik kita bersama.
Kepelbagaian menyatukan kita.
Kesejahteraan dinikmati bersama. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026, Ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).



ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„π‹π€π“πˆπ‡ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π“π€ππ€πŒπ€π 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒 Telah berlangsung Program Pendeda...
11/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 ππ„π‹π€π“πˆπ‡ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐄𝐁𝐀𝐓 πŒπ„ππ†π„ππ€πˆ πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ 𝐀𝐒𝐀𝐒 π“π€ππ€πŒπ€π 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒

Telah berlangsung Program Pendedahan Pelatih Bersama Agensi & Industri anjuran PERHEBAT Negeri Kedah dan Perlis pada 9 September 2026 bertempat di Pusat Latihan dan Bimbingan Veteran ATM, Jitra, Kedah.

LPNM Negeri Kedah/Perlis telah dijemput bagi menyampaikan perkongsian dan pendedahan berkaitan industri nanas serta peluang keusahawanan agrotani kepada pelatih Usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Agrotani PERHEBAT.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat serta membuka lebih banyak peluang kepada para pelatih untuk meneroka bidang keusahawanan dan industri agrotani, khususnya industri nanas.

Terima kasih kepada pihak PERHEBAT Negeri Kedah dan Perlis atas jemputan dan kerjasama yang diberikan.





06/09/2026

Alhamdulilah, Tempat Ketiga Kategori Anugerah Pavilion Negeri Terbaik MAHA 2026



06/09/2026

Hari ini hari akhir MAHA 2026!

Jom mai ramai-ramai ke MAHA hari ini, pelbagai tawaran & promosi menarik menanti anda!
Jom kita ke Pavilion Kedah & Laman Nanas!

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π„πŒπ” 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 & ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒 π•π€π‘πˆπ„π“πˆ πŒπƒ2 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐆1 π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‡π€ 2026 πƒπˆ ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ πŠπ„πƒπ€π‡, πŒπ€π„ππ’, 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆Te...
05/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π„πŒπ” 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 & ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒 π•π€π‘πˆπ„π“πˆ πŒπƒ2 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐆1 π’π„πŒππ„ππ€ πŒπ€π‡π€ 2026 πƒπˆ ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ πŠπ„πƒπ€π‡, πŒπ€π„ππ’, 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆

Telah berlangsung Program Hari Bertemu Pelanggan dan Promosi Nanas Varieti MD2 & SG1 sempena MAHA 2026, yang telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Program ini menjadi platform untuk memperkenalkan serta mempromosikan keistimewaan nanas varieti MD2 dan SG1 kepada pengunjung, di samping mendekatkan LPNM dengan masyarakat dan para pelanggan.

Menariknya, sepanjang berlangsungnya MAHA 2026 di Pavilion Kedah, hampir 3 tan nanas telah diagihkan kepada pengunjung sebagai sebahagian daripada usaha promosi dan memperkenalkan nanas varieti tempatan kepada masyarakat.

Turut berlangsung sesi bertemu pelanggan serta perkongsian maklumat berkaitan industri nanas Malaysia, sebagai usaha memperkukuh promosi dan meningkatkan kesedaran terhadap produk serta varieti nanas tempatan.

Terima kasih juga kepada seluruh urusetia, rakan strategik, dif-dif jemputan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Segala usaha dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.






𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‹π„πŒππ€π†π€ ππ„π‘πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ πŠπ„πƒπ€π‡, πŒπ€π„ππ’, 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆Telah berlangsung lawatan K...
05/09/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 π‹π„πŒππ€π†π€ ππ„π‘πˆππƒπ”π’π“π‘πˆπ€π 𝐍𝐀𝐍𝐀𝐒 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŠπ„ ππ€π•πˆπ‹πˆπŽπ πŠπ„πƒπ€π‡, πŒπ€π„ππ’, 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆

Telah berlangsung lawatan Ketua Pengarah LPNM ke reruai Pavilion Kedah, MAEPS, Serdang sempena MAHA 2026.

Lawatan ini turut diiringi oleh dif jemputan LPNM dan dif jemputan Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN).

Kunjungan ini memberi peluang kepada Ketua Pengarah LPNM untuk meninjau pengisian serta aktiviti yang diketengahkan di Pavilion Kedah, selain mengeratkan hubungan dan jalinan kerjasama antara agensi serta pihak berkepentingan dalam sektor agromakanan.






Address

NO. B-167, TAMAN PERINDUSTRIAN TANDOP UTAMA, Jalan TANDOP 6, LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047710901

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Kedah/Perlis:

Shortcuts

Share