JPS Kota Setar Pendang Yan

Call Directions

JPS Kota Setar Pendang Yan OFFICIAL PAGE: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KOTA SETAR/PENDANG/YAN/POKOK SENA

16/09/2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 (16 September 2026).
Sambutlah Hari Malaysia ini dengan penuh kebanggaan dan jiwa yang penuh semangat patriotisme!
Ucapan ikhlas daripada seluruh warga kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah.


MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK LEWAT DAN ISU-ISU BERBANGKIT DI KEDAH SERTA LAWATAN TAPAK9 September 2026  Pendang, K...
09/09/2026

MESYUARAT PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK LEWAT DAN ISU-ISU BERBANGKIT DI KEDAH SERTA LAWATAN TAPAK

9 September 2026 Pendang, Kedah

Satu Mesyuarat Pemantauan Projek-Projek Lewat dan Isu-Isu Berbangkit di Kedah telah diadakan pada hari ini bertempat di Pejabat Projek RTB Pendang Pakej 2, Pendang, Kedah.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir, pegawai-pegawai PETRA, Pengarah JPS Negeri Kedah, Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan JPS Kedah, wakil-wakil agensi berkaitan serta kontraktor-kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek berkenaan.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah berkaitan kemajuan pelaksanaan projek serta isu-isu berbangkit bagi Projek RTB Baling Fasa 2, Projek RTB Pendang Pakej 1 dan Projek RTB Pendang Pakej 2 dan Projek RTB Sungai Kedah Anak Bukit.

Selesai mesyuarat, sesi diteruskan dengan lawatan tapak ke Projek RTB Pendang Pakej 1 dan Pakej 2, sebelum rombongan meneruskan lawatan ke Projek RTB Sungai Kedah, Anak Bukit.

Dalam sesi lawatan tersebut, Timbalan Jurutera Daerah JPS Kota Setar/Pendang/Yan (KSPY) turut bersama bagi memberikan penerangan serta penjelasan berkaitan keadaan semasa dan isu-isu yang dihadapi khususnya bagi Projek RTB Pendang Pakej 1 yang berada di bawah seliaan JPS KSPY.

Lawatan dan perbincangan secara langsung di tapak ini amat penting bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung isu pelaksanaan projek, di samping mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian dan tindakan susulan yang bersesuaian bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar serta mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)





29/08/2026
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN PADA JAMBATAN K1 – JALAN PANTAI BARAT KEDAHπŸ“… 23 – 24 Ogos 2026Kerja-kerja penyelenggar...
25/08/2026

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN PADA JAMBATAN K1 – JALAN PANTAI BARAT KEDAH

πŸ“… 23 – 24 Ogos 2026

Kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Jambatan K1, Jalan Pantai Barat Kedah telah dilaksanakan pada 23 hingga 24 Ogos 2026 bagi menangani keadaan mendapan pada kedua-dua bahagian jambatan yang menjejaskan keadaan permukaan jalan.

Setakat pelaksanaan pada 23 – 24 Ogos 2026, kerja-kerja menurap crusher run di kedua-dua bahagian jambatan yang mengalami mendapan telah berjaya disiapkan. Kerja-kerja ini dilaksanakan bagi meratakan semula permukaan jalan, memperbaiki keadaan laluan serta memastikan pergerakan trafik dapat diteruskan dengan lebih selamat dan selesa.

πŸ“Œ Bagi makluman semua pihak, kerja-kerja premix (menurap lapisan premix) akan dilaksanakan pada 26 Ogos 2026 sebagai kerja susulan bagi melengkapkan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi berkenaan.

Sepanjang kerja-kerja dilaksanakan, kawalan trafik dan langkah-langkah keselamatan akan diberi perhatian bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta kelancaran kerja di tapak. Kerja-kerja ini juga dipantau oleh pegawai JPS Kota Setar/Pendang/Yan bersama pihak kontraktor bagi memastikan kerja dilaksanakan mengikut keperluan dan keadaan sebenar di tapak.

🚧 Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan kerja, mematuhi arahan petugas serta papan tanda keselamatan yang disediakan dan mengurangkan kelajuan semasa kerja-kerja sedang dijalankan.

Kerjasama dan kesabaran semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan selamat, lancar dan sempurna.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)





🌿 GOTONG-ROYONG REVITALISASI TERUSAN WAN MAT SAMAN 🌿23 Ogos 2026 | Tanjung Chali, Alor SetarJabatan Pengairan dan Salira...
25/08/2026

🌿 GOTONG-ROYONG REVITALISASI TERUSAN WAN MAT SAMAN 🌿

23 Ogos 2026 | Tanjung Chali, Alor Setar

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Setar turut menyertai program gotong-royong yang dianjurkan oleh Toyota Eco Youth bertempat di Tanjung Chali.

Program ini turut disertai oleh pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang hadir bagi membuat rakaman dan liputan program sebagai usaha bersama dalam menyampaikan mesej kepentingan menjaga kebersihan serta kelestarian sungai dan alam sekitar. 🌱🌊

Kerjasama antara agensi, pihak swasta dan komuniti seperti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta menggalakkan masyarakat bersama-sama menjaga sungai agar terus bersih, indah dan lestari untuk generasi akan datang.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)





πŸ“ PROGRAM CERAPAN DATA PASANG SURUT AIR LAUT DI JAMBATAN PULAU BUNTING, YAN, KEDAH 🌊Pada 20 Ogos 2026, JPS Kota Setar/Pe...
25/08/2026

πŸ“ PROGRAM CERAPAN DATA PASANG SURUT AIR LAUT DI JAMBATAN PULAU BUNTING, YAN, KEDAH 🌊

Pada 20 Ogos 2026, JPS Kota Setar/Pendang/Yan telah berpeluang menyaksikan sendiri kaedah dan tatacara pelaksanaan cerapan data pasang surut air laut yang dijalankan bagi kerja-kerja ukur untuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pendang.

Dalam program ini, peralatan cerapan pasang surut telah dipasang pada salah satu tiang Jambatan Pulau Bunting, pada kedalaman kira-kira 2 meter di bawah aras air, bagi mendapatkan rekod dan data perubahan paras air laut mengikut keadaan pasang dan surut.

Pendedahan secara langsung ini memberi peluang kepada warga JPS Kota Setar/Pendang/Yan untuk memahami dengan lebih jelas proses, kaedah pemasangan serta pengumpulan data pasang surut yang akan menjadi salah satu input penting dalam kerja-kerja ukur dan perancangan projek tebatan banjir.

Semoga data yang diperoleh dapat membantu dalam menghasilkan perancangan dan reka bentuk yang lebih tepat, seterusnya menyumbang kepada usaha mengurangkan risiko banjir serta meningkatkan keberkesanan sistem tebatan banjir di kawasan Sungai Pendang.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)





Penyerahan Inden Kerja Undi Fasa 2 Daerah Pendang & YanπŸ“… 19 Ogos 2026πŸ“ Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kota Setar/Pendang/Yan...
19/08/2026

Penyerahan Inden Kerja Undi Fasa 2 Daerah Pendang & Yan

πŸ“… 19 Ogos 2026
πŸ“ Bilik Mesyuarat Utama, JPS Kota Setar/Pendang/Yan

Telah berlangsung sesi penyerahan Inden Kerja Undi Fasa 2 bagi Daerah Pendang dan Yan yang disempurnakan oleh Jurutera Daerah, JPS Kota Setar/Pendang/Yan.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Address

Bangunan Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047297399

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Kota Setar Pendang Yan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share