JPS Kota Setar Pendang Yan

JPS Kota Setar Pendang Yan

Share

OFFICIAL PAGE: JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KOTA SETAR/PENDANG/YAN/POKOK SENA

Photos from JPS Kota Setar Pendang Yan's post 09/05/2026

Pada 7 Mei 2026, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kota Setar/Pendang/Yan telah mengadakan Taklimat Kesihatan dan Kesedaran Talassaemia bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Kota Setar/Pendang/Yan.

Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noorhafiza binti Noorhamdan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Taman Sinar Harapan Jitra merangkap Presiden Talassaemia Malaysia. Beliau juga merupakan pesakit talassaemia sejak kecil sehingga kini dan telah berkongsi pengalaman serta cabaran yang dihadapi sebagai pesakit talassaemia dalam kehidupan seharian.

Program kesedaran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga JPS mengenai penyakit talassaemia, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan saringan awal serta memupuk sifat prihatin dan empati terhadap pesakit talassaemia. Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi manfaat serta membuka minda masyarakat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan sokongan berterusan kepada golongan pesakit talassaemia.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penceramah atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna serta kepada semua warga kerja yang hadir menjayakan program ini

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)





01/05/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πŸπŸŽπŸπŸ”

Jurutera Daerah dan Semua Warga Kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kota Setar/Pendang/Yan/Pokok Sena merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pekerja atas dedikasi, komitmen serta usaha berterusan dalam memacu pembangunan negara.

Sumbangan anda bukan sahaja menggerakkan organisasi, malah menjadi tunjang kepada kemajuan serta kesejahteraan masyarakat. Teruskan melangkah dengan semangat, integriti dan iltizam yang tinggi dalam melaksanakan amanah demi perkhidmatan yang cemerlang.

β€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsa”





Photos from JPS Kota Setar Pendang Yan's post 30/04/2026

πŸπŸ— π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ” (𝐑𝐀𝐁𝐔)

KUNJUNGAN HORMAT JURUTERA DAERAH JPS KOTA SETAR/PENDANG/YAN KE PEGAWAI DAERAH YAN

Satu kunjungan hormat daripada Jurutera Daerah JPS Kota Setar/Pendang/Yan, Tuan Ir. Gs. Mohd Zulkarnain bin Sahat bersama Timbalan Jurutera Daerah , Tuan Mohd Amiruddin bin Abd Razak ke atas Pegawai Daerah Yan yang baharu.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh Ybrs. Tuan Haji Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd. Ghani, AMK., AMN., BCK., Pegawai Daerah Yan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Pejabat Daerah Yan, di samping membincangkan hal-hal berkaitan pengurusan saliran dan pembangunan daerah.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah Yan atas kesudian menerima kunjungan hormat ini. Diharapkan jalinan kerjasama antara JPS dan Pejabat Daerah Yan akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa. Semoga segala usaha yang dirancang dapat memberikan manfaat kepada rakyat serta memacu pembangunan daerah ke arah yang lebih cemerlang.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




30/04/2026

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN SEBENAR

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Sembah takzim daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah Darul Aman.




Photos from JPS Kota Setar Pendang Yan's post 08/04/2026

KURSUS PENGURUSAN LANDSKAP ANJURAN JPS KOTA SETAR/PENDANG/YAN/POKOK SENA DENGAN KERJASAMA INSPIN

Tarikh : 8 April 2026
Tempat : Rumah Pam Sungai Raja

Seramai 30 peserta yang merupakan kakitangan JPS Kota Setar/Pendang/Yan/Pokok Sena (JPS KSPY) telah menghadiri Kursus Pengurusan Landskap yang disampaikan oleh En. Khairul Anuar daripada TVET MARA S*K

Program ini merupakan latihan komprehensif yang menggabungkan aspek perancangan, pelaksanaan, penyelenggaraan, dan pengawalan elemen landskap. Kursus ini bukan sahaja memfokuskan kepada teori, malah ditekankan melalui sesi amali yang merangkumi pengurusan tanah, teknik penanaman, pembajaan, serta penyelenggaraan berjadual untuk memastikan kemahiran peserta diperkukuhkan secara praktikal.

Kursus ini memberi pemahaman seimbang dalam menguruskan elemen hidup seperti tumbuh-tumbuhan dan rumput (landskap lembut), serta elemen binaan bukan hidup seperti laluan, bangku, dan sistem saliran (landskap kejur).

Matlamat akhir kursus ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja khususnya anggota kakitangan JPS KSPY yang mampu mengekalkan kawasan landskap supaya sentiasa cantik, berfungsi, selamat, dan lestari dalam jangka masa panjang, sekali gus meningkatkan kualiti hidup pengguna dan keseimbangan alam sekitar.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)




Photos from JPS Kota Setar Pendang Yan's post 30/03/2026

TAKLIMAT SEBUTHARGA BAGI KERJA-KERJA KATEGORI G2 DAERAH KOTA SETAR/PENDANG/YAN/POKOK SENA

TARIKH : 30/03/2026
TEMPAT: RUMAH PAM SUNGAI RAJA

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Photos from Malaysian Meteorological Department's post 25/03/2026
25/03/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 πŒπ„π“π„πŽπ‘πŽπ‹πŽπ†πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€: ππ„π‘πŒπ”π‹π€π€π 𝐅𝐀𝐒𝐀 ππ„π‘π€π‹πˆπ‡π€π πŒπŽππ’π”π.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2026 dan berterusan sehingga Mei 2026. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2025/26 yang telah bermula sejak 13 November 2025.




19/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H diucapkan kepada seluruh umat Islam dan semua yang mengenali warga JPS Daerah Kota Setar/Pendang/Yan/Pokok Sena πŸŒ™

Selamat pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Ikhlas daripada:
Jurutera Daerah dan seluruh warga kerja JPS Daerah Kota Setar/Pendang/Yan/Pokok Sena

Maaf Zahir & Batin

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)



18/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H βœ¨πŸŒ™

Seluruh warga Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kota Setar / Pendang / Yan / Pokok Sena ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan kepada kita semua.

Dalam kita meraikan Aidilfitri, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar dengan tidak membuang sampah ke dalam sungai serta memastikan persekitaran sentiasa terpelihara demi kesejahteraan bersama.

Raikanlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran, dan sentiasa utamakan keselamatan walau di mana jua anda berada.

Selamat Hari Raya πŸŒ™πŸ€

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Photos from JPS Kota Setar Pendang Yan's post 17/03/2026

TAKLIMAT SEBUTHARGA G1 DAERAH YAN BAGI KERJA:

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DI SKIM PENGAIRAN RUAT DAN SKIM PENGAIRAN BAKAR BATA/BELIDA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN. (2 PUSINGAN )

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SKIM PENGAIRAN SINGKIR SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN, DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN. (PUSINGAN 1)

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DI LUAR SKIM PENGAIRAN KG. BADONG SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN.
(2 PUSINGAN )

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN LADANG DI KG. RUAT DAN KG. BADONG SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN, DAERAH YAN, KEDAH DARUL AMAN.

TARIKH : 17/03/2026
TEMPAT: IBU BEKALAN PINTU AIR SG RAGA, YAN

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah (JPS Kedah)

Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bangunan Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00