22/10/2026
Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kedah/Perlis telah menerima kunjungan hormat dan sesi suai kenal daripada wakil pengurusan AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd bertempat di Pejabat JPP Negeri Kedah/Perlis, Alor Setar pada 22 Oktober 2026.
Kunjungan ini bersempena dengan pelantikan Pengarah Baharu JPP Negeri Kedah/Perlis, Pn Elliana binti Kamarudi, sekali gus menjadi platform penting dalam membina rapport yang positif serta memperkukuh hubungan kerjasama dan persefahaman strategik antara sektor industri dan jabatan pada masa hadapan. Selain sesi suai kenal, pelbagai perkara berhubung perhubungan perusahaan dan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak turut dibincangkan dalam suasana yang harmoni.
Pihak JPP Kedah/Perlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd atas keperihatinan dan kesudian hadir mengadakan pertemuan ini. Semoga jalinan keharmonian perusahaan dan kerjasama yang erat ini terus diperkasakan demi kebaikan bersama.