Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar

Call Directions Contact the organization

Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar Kami adalah peneraju agensi kerajaan dalam hal-hal berkaitan dengan kesihatan pergigian di daerah Kota Setar, Kedah!

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI SABAH KE PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KOTA SETAR/PENDAN...
22/10/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI SABAH KE PEJABAT KESIHATAN PERGIGIAN DAERAH KOTA SETAR/PENDANG

Pada 19 dan 20 Oktober 2026, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar/Pendang telah menerima lawatan sambil belajar daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sabah. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan perkhidmatan kesihatan pergigian di fasiliti yang dikunjungi, di samping membuka ruang kepada perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan penyampaian perkhidmatan pergigian.

Pada 19 Oktober 2026, delegasi telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Bahiyah yang melibatkan Jabatan Oral dan Maksilofasial serta Jabatan Pergigian Pediatrik. Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk meninjau kemudahan yang disediakan serta mendapatkan gambaran mengenai perkhidmatan rawatan pergigian kepakaran yang ditawarkan oleh kedua-dua jabatan. Pada 20 Oktober 2026 p**a, lawatan diteruskan ke Klinik Pergigian Langgar pada sebelah pagi, diikuti ke Klinik Pakar Pergigian Kota Setar pada sebelah petang. Kunjungan ke kedua-dua fasiliti ini adalah bagimemberi pendedahan kepada delegasi mengenai pelaksanaan perkhidmatan kesihatan pergigian di peringkat klinik pergigian dan kepakaran di daerah ini, selaras dengan keperluan penjagaan kesihatan pergigian masyarakat.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar/Pendang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Sabah atas kunjungan yang telah diadakan. Semoga lawatan ini dapat mempererat hubungan profesional, memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak serta menggalakkan perkongsian ilmu dan amalan terbaik ke arah penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENANDA ARAS OLEH BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PULAU PINANG DAN BAHAGIAN KESIHATAN PER...
22/10/2026

LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENANDA ARAS OLEH BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PULAU PINANG DAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PERLIS KE PUSAT PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN KOMUNITI DAN KLINIK PAKAR PERGIGIAN KOTA SETAR

Pada 28.9.2026 yang lalu, Pusat Promosi Kesihatan Pergigian Komuniti (PPKPK) dan Klinik Pakar Pergigian Kota Setar (KPPKS) telah menerima Lawatan Kunjung Hormat dan Penanda Aras daripada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis. Lawatan ini bertujuan memberi pengenalan dan pendedahan berkenaan PPKPK & KPPKS serta perkongsian berkaitan pelaksanaan aktiviti promosi kesihatan pergigian, pengurusan program, penyampaian perkhidmatan pergigian serta pendekatan yang dilaksanakan di dua fasiliti ini.

Sesi ini telah membuka ruang kepada perkongsian idea, pengalaman dan pandangan sekali gus menggalakkan jalinan kerjasama serta penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Perlis atas kunjungan ke PPKPK dan KPPKS. Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama serta memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha bersama memperkasakan promosi dan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada masyarakat.

🦷✨ PENJAGAAN GIGI PALSU, JANGAN DIABAIKAN! ✨🦷Gigi palsu yang bersih dan dijaga dengan baik bukan sahaja membantu mengeka...
05/10/2026

🦷✨ PENJAGAAN GIGI PALSU, JANGAN DIABAIKAN! ✨🦷

Gigi palsu yang bersih dan dijaga dengan baik bukan sahaja membantu mengekalkan senyuman, malah memberi keselesaan ketika makan dan bercakap. 😊

💡 Jom amalkan penjagaan gigi palsu yang betul seperti dalam poster ini!

Jika gigi palsu terasa longgar, sakit atau tidak selesa, jangan tunggu lama. Dapatkan pemeriksaan daripada doktor gigi. 👩🏻‍⚕️🦷





🦷❤️ JOM UJI MINDA! KENALI PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK PESAKIT JANTUNG ❤️🦷Adakah anda tahu bahawa kesihatan mulut...
20/09/2026

🦷❤️ JOM UJI MINDA! KENALI PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK PESAKIT JANTUNG ❤️🦷

Adakah anda tahu bahawa kesihatan mulut juga penting bagi pesakit yang mempunyai penyakit jantung? 🫀

Cuba jawab 5 soalan ringkas dalam kuiz ini dan lihat sejauh mana anda tahu tentang hubungan antara kesihatan pergigian dan kesihatan jantung! 👀✨

💡 Jangan lupa:
🪥 Jaga kebersihan gigi dan gusi setiap hari
🦷 Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
💊 Maklumkan kepada doktor gigi tentang penyakit jantung dan ubat-ubatan yang sedang diambil

Berapa banyak soalan yang anda boleh jawab dengan betul? 🤔

Kongsi keputusan anda di ruangan komen! 👇

Makluman untuk semua pelanggan Klinik Pergigian Langgar!Bermula 21 September 2026, kami akan beralih kepada sistem penda...
19/09/2026

Makluman untuk semua pelanggan Klinik Pergigian Langgar!
Bermula 21 September 2026, kami akan beralih kepada sistem pendaftaran dan rekod pesakit secara dalam talian melalui Dental Information System (DIS).
Mohon kerjasama dan kesabaran semua sepanjang tempoh penyesuaian. 🦷💙
Terima kasih atas sokongan anda!

Senyum Sihat, Jantung Sihat! ❤️🦷Kesihatan pergigian bukan sekadar tentang senyuman yang cantik, malah turut berkait rapa...
03/09/2026

Senyum Sihat, Jantung Sihat! ❤️🦷

Kesihatan pergigian bukan sekadar tentang senyuman yang cantik, malah turut berkait rapat dengan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Gusi yang sihat membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan, manakala penjagaan kebersihan mulut yang baik dapat membantu mencegah penyakit gusi dan jangkitan dalam rongga mulut.

🩺 Sebelum mendapatkan rawatan pergigian, pastikan anda:
• Membawa buku rekod kesihatan dan senarai ubat-ubatan.
• Memaklumkan sejarah penyakit jantung dan rawatan terdahulu kepada doktor pergigian.
• Mengambil ubat harian seperti biasa dan tidak menghentikan ubat tanpa nasihat doktor.
• Memaklumkan sebarang sejarah pembedahan atau penyakit berkaitan jantung.

✨ JAGALAH KEBERSIHAN GIGI UNTUK MELINDUNGI JANTUNG ANDA.

Amalkan penjagaan kebersihan mulut yang baik dan dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar

Semarakkan Semangat Kemerdekaan! Dalam kita mendakap kepelbagaian dan meraikan kemerdekaan, kita berbangga menjadikan Ma...
31/08/2026

Semarakkan Semangat Kemerdekaan! Dalam kita mendakap kepelbagaian dan meraikan kemerdekaan, kita berbangga menjadikan Malaysia tanah air tercinta.

Selamat Hari Merdeka ke-69 dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar.

21/07/2026

🦷 8 Tips Penjagaan Mulut Yang Senang & Berkesan !

Penjagaan mulut yang baik tidak semestinya rumit. Amalkan langkah-langkah mudah ini setiap hari untuk memastikan gigi dan gusi kekal sihat. 😁✨

Daripada lapan tips do atas, berapa yang anda dah buat? Komen di bawah !




🦷Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian🦷1 Julai 2026Setiap senyuman yang sihat bermula dengan dedikasi, kepakaran d...
01/07/2026

🦷Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian🦷
1 Julai 2026

Setiap senyuman yang sihat bermula dengan dedikasi, kepakaran dan komitmen seorang Juruterapi Pergigian dalam memelihara kesihatan oral masyarakat.

Sempena Hari Juruterapi Pergigian 2026, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh Juruterapi Pergigian di Malaysia atas khidmat bakti yang tidak ternilai dalam memperkukuh pendidikan kesihatan oral, mencegah penyakit pergigian serta menyediakan penjagaan kesihatan oral yang berkualiti kepada masyarakat.

Teruskan melakar kecemerlangan, memperkasa profesion, dan menjadi inspirasi dalam membentuk generasi yang lebih sihat dengan senyuman yang berkekalan.

“Shaping Dental Therapists for the Future of Oral Health”

19/06/2026

‼️AWAS RAWATAN PERGIGIAN TIDAK SAH‼️

🤩 Nak gigi cantik dan putih berseri? Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran veneer murah yang dibuat di rumah!

Apa yang nampak cantik di luar belum tentu selamat untuk kesihatan gigi anda. Fake veneer boleh menyebabkan:
❌ Gigi berlubang dan rosak
❌ Gusi bengkak, meradang dan mudah berdarah
❌ Nafas berbau akibat sisa makanan terperangkap
❌ Risiko jangkitan penyakit jika prosedur tidak dilakukan dengan selamat

Ingat, kesan veneer palsu bukan setakat sementara — ia boleh menjejaskan kesihatan pergigian anda untuk jangka masa panjang.

🦷 Jangan gadai senyuman demi harga murah atau trend semata-mata.

✅ Dapatkan rawatan hanya daripada doktor gigi bertauliah di klinik pergigian.

📢 Kongsi video ini untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya veneer palsu!


Address

Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047310824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Pergigian Kota Setar:

Shortcuts

Share