Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official

Directions Contact the organization

Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official Page rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah

AL-FATIHAHDengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Moha...
28/09/2026

AL-FATIHAH

Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian seorang insan yang begitu lembut peribadinya, tinggi adabnya dan besar sumbangannya pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat seluruh rakyat Malaysia.

Beliau bukan sekadar seorang tokoh wanita, tetapi insan yang sepanjang hayatnya mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Ketokohan, ketenangan serta keperibadian beliau akan terus dikenang oleh generasi yang pernah mengenali dan menyaksikan jasa baktinya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampunkan segala dosa, menerima segala amal kebajikan, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

Al-Fatihah.

Mereka mungkin mempunyai kuasa untuk memadam PERIKATAN NASIONAL.Namun, jangan dilupakan bahawa kekuatan anak muda di Ked...
26/09/2026

Mereka mungkin mempunyai kuasa untuk memadam PERIKATAN NASIONAL.

Namun, jangan dilupakan bahawa kekuatan anak muda di Kedah sentiasa berakar pada HIJAU PUTIH.

Jika warna biru mahu dimalapkan, maka kami bersedia mengembalikan HIJAU PUTIH mewarnai Kedah pada PRU nanti.

Dan barangkali, inilah masanya untuk kami kembali memacak bendera BULAN, bukan kerana nostalgia, tetapi kerana perjuangan HIJAU PUTIH itu tidak pernah padam. ๐ŸŒ™๐Ÿ’š๐Ÿค

๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT ๐ŸŒฟ๐Ÿคฒ Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.
25/09/2026

๐ŸŒฟ SALAM JUMAAT ๐ŸŒฟ

๐Ÿคฒ Semoga Jumaat ini membawa rahmat, keampunan dan keberkatan buat kita semua.

23/09/2026

Jom semua anak kola.

Kita meriahkan semula Stadium Darulaman pada 25 September 2026, hari jumaat.

Perlawanan Kedah FA Vs. Kelantan City

Selesai sesi usrah malam ni membincangkan bab Kesungguhan dan dedikasi Jihad dalam Islam. Banyak peringatan mendalam yan...
22/09/2026

Selesai sesi usrah malam ni membincangkan bab Kesungguhan dan dedikasi Jihad dalam Islam. Banyak peringatan mendalam yang menyengat dada untuk kita muhasabah bersama:

1. Niat yang Betul (Lii I'la'i Kalimatillah)
Segala pengorbanan, penat lelah dan masa yang kita berikan dalam kerja perjuangan Islam ini mestilah ikhlas kerana Allah. Bukan untuk mengejar populariti, bukannya gilakan pangkat dan bukan untuk habuan duniawi. Jika niat lari, tiada nilai lagi jihad di sisi Allah.

2. Kesungguhan & Dedikasi
Tiada istilah "jihad" kalau sekadar duduk diam atau kerja bersenang-lenang. Pengorbanan sebenar menuntut kesungguhan tenaga, fikiran dan masa untuk agama.

3. Mujahid vs Al-Qai'dun
Dalam Surah an-Nisa' ayat 95, Allah SWT jelas membezakan darjat antara golongan yang bergerak berjuang dengan harta dan jiwa (al-Mujahidun), berbanding mereka yang memilih untuk sekadar menjadi penonton tanpa sebarang keuzuran (al-Qai'dun).

Soalannya, di manakah kedudukan kita dalam jemaah hari ini? Adakah kita ahli yang aktif menyumbang infak dan turun ke lapangan atau sekadar ahli pada nama sahaja?

Moga Allah tetapkan hati kita untuk terus berada di benteng perjuangan ini dengan niat yang bersih dan ikhlas.

โ€œSesungguhnya sesiapa yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah SWT lebih tinggi, maka dia berada di jalan Allah SWT.โ€ (HR Abu Daud)

Cadangan paling โ€˜bijakโ€™ daripada PAN. Nasib baik puak-puak ni keluar awal daripada PAS ๐Ÿ˜‚
22/09/2026

Cadangan paling โ€˜bijakโ€™ daripada PAN. Nasib baik puak-puak ni keluar awal daripada PAS ๐Ÿ˜‚

19/09/2026

Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan

19/09/2026

Pemuda Pas teguh mempertahankan keputusan parti dalam apa jua keputusan kerjasama politik

Ayuhhhh. Derma jumaat.
18/09/2026

Ayuhhhh. Derma jumaat.

SUMBANGAN DERMA KILAT KEBAKARAN BANGUNAN PASTI AN-NUR, GAJAH MATI, PENDANG

Marilah kita bersama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu PASTI An-Nur yang terjejas akibat kebakaran. Setiap sumbangan amat bermakna dalam meringankan beban serta membantu kelangsungan pendidikan anak-anak PASTI.

Salurkan sumbangan melalui:

๐Ÿฆ Bank Islam Malaysia Berhad
No. Akaun: 02084010035145
Nama: Tabung Pembangunan PASTI Kedah
Rujukan: DERMA KEBAKARAN

๐Ÿ“ฑ Untuk pertanyaan / maklumat lanjut:
013-967 7730 (Us. Fadli)
019-491 5123 (Us. Azuan)

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui DuitNow QR Tabung Pembangunan PASTI Kedah.

Jom bersama-sama membantu. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan dibalas dengan keberkatan oleh Allah SWT.

Jazakumullahu khairan kathiran.

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada sahabat kita, Komandan Jabatan Amal Ma...
17/09/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada sahabat kita, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuala Kedah, Tuan Abdullah Yusuf (Paklah) telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan almarhumah, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan almarhumah dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beroleh rahmat.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah menyampaikan salam takziah setulusnya buat Tuan Abdullah Yusuf sekeluarga. Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Address

Alor Setar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah Official:

Shortcuts

Share