Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah

Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah

Share

Page Rasmi Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 21/04/2026

21/4/2026
Lapor diri pemangkuan Penolong Pegawai Perubatan U7 di JKN Kedah.

Tahniah kepada semua yang menerima pemangkuan.
Terima kasih atas komitmen & sokongan anda dalam memajukan profesion.

Moga dipermudahkan urusan & terus cemerlang dalam perkhidmatan.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 21/04/2026

19/4/2026
Lawatan Kerja KPPPM YBrs En Zulhelmi bin Abdullah, En Alias bin Abu Hassan, Ketua Sektor Dasar & Strategik, Tn Hj Amin Zafri bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Perubatan (KA), Tn Hj Mohd Hairulnisham bin Mohd Senapi KPPPN serta Ketua Unit PPP JKN ke Hospital Kulim & PKD Kulim.

Kunjungan di Hospital Kulim disambut oleh YBrs Dr Ruhaifi - Pengarah Hospital Kulim, En Subhi - Ketua Penyelia PPP Hospital dan Penyelia serta wakil PPK.

Sesi di KK Tmn Selasih, PKD Kulim disambut oleh FMS, Ketua Penyelia PPP PKD Tn Hj Azmi , Penyelia klinik dan anggota lain.

Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas, sesi soal jawab & lawatan di sekitar fasiliti.

Ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran KPPPM dan pasukan dari Cawangan PPP Malaysia.

Terima kasih juga pada semua yang terlibat semasa lawatan ini berlangsung.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 21/04/2026

18/4/2026
Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat Negeri Kedah berlangsung di Park Avenue Hotel Sungai Petani. Anjuran Persatuan PPP, Kesatuan Kebangsaan PPP Cawangan Kedah serta Unit Perkhidmatan PPP Negeri.

Majlis dirasmikan oleh YBrs Dr Jeremy Rodney Davis, TPKN (P) mewakili PKN. Majlis turut dihadiri oleh Dr Shareh Azizan bin Shareh Ali TPKN (KA), Dr Mithali bin Abdullah Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs En Zulhelmi bin Abdullah, para Pesara Dan seluruh warga PPP Kedah.

Majlis penyampaian Anugerah turut diadakan bagi menghargai Jasa & pengorbanan PPP terpilih dalam memertabat profesion. Tahniah diucapkan pada penerima.

Jutaan terima kasih diucapkan pada Jemputan, AJK dan semua PPP yang hadir termasuk sumbangan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung. Tahniah & syabas atas penganjuran kali ini.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 21/04/2026

18/4/2026
Seminar Kecemerlangan Diri Penolong Pegawai Perubatan peringkat Negeri Kedah
telah berlangsung di Auditorium ILKKM Sg Petani.

Sesi 1 perkongsian dimulai oleh Penceramah En Yusri bin Mohd Yusof, Pegawai Psikologikaunseling, PKD Kuala Muda.

Sesi 2 oleh En Abdul Azim bin Mohammad Lufti, Penolong Penguasa SPRM, Cawangan Sg Petani

Sesi 3 oleh En Ibrahim, Penolong Penguasa SPRM, Cawangan Sg Petani.

Program berlangsung baik & interaktif dari semua peserta. Terima kasih pada semua penceramah atas perkongsian.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 21/04/2026

18/4/2026
Sesi Dialog sempena Seminar Kecemerlangan Diri Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah 2026 yang berlangsung di Auditorium ILKKM, Sg Petani bersama YBrs En. Zulhelmi bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, Tn Hj Amin Zafri bin Abd Rahman, Ketua Penolong Pegawai Perubatan (KA) KKM, Tn Hj Mohd Hairulnisham bin Mohd Senapi, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri & moderator En Mohamad Nizom, Ketua Penyelia Hospital Pendang.

Peserta sesi dialog hadir dari pelbagai fasiliti kesihatan termasuk jemputan PPP dari Kader, APM, Uitm & Politeknik. Pelbagai persoalan diajukan & mendapat penjelasan serta penerangan Dari ahli panel. Syabas PPP Kedah.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 05/04/2026

5/4/2026

Lawatan Pemantauan & Penyeliaan Program Penempatan Wajib bagi Kumpulan 35 di Hospital Kulim oleh KPPPN, TKPPPN (P) & Penyelia Bahagian Perubatan JKN.

Sesi kali ini turut disertai oleh 2 Local Preceptor dari Hospital Sultan Abdul Halim iaitu En Zamani & En Azmi.

Aktiviti pemeriksaan buku log & sesi pembentangan kes oleh PPW terlibat telah diadakan.

Selain itu turut dijalankan pemantauan di Jabatan Kecemasan Hospital Kulim melibatkan perlaksanaan aktiviti KPI perkhidmatan PPP.

Sesi pemantauan di Jabatan Kecemasan turut dihadiri oleh YBrs. Dr Mohd Ruhaifi bin Ali, Pengarah Hospital Kulim, Ketua Penyelia Hospital, En Subhi, Mantan KPH En Rosle, Ketua Penyelia ED, En Ismail dan anggota PPP yang lain.

Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama & komitmen yang diberikan.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 30/03/2026

30/3/2026
Lapor Diri setelah penangguhan Penolong Pegawai Perubatan Gred U9 bagi pertukaran & pemangkuan.

Tahniah pada semua. Moga terus cemerlang dalam perkhidmatan.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 20/03/2026
10/03/2026

Terima kasih YBrs. Dr Nor' Aishah Binti Abu Bakar
Pengarah
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

09/03/2026

10 MAC 2026
Selamat Menyambut Hari Pembantu Perubatan buat semua ahli profesion.

Moga terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

"Memacu Pemodenan Perkhidmatan, Meningkatkan Kualiti Kesihatan"

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 24/02/2026

Sesi Edaran Bubur Lambok kepada anggota JKN Kedah sempena Bulan Ramadhan 1447H oleh YBrs Dr Nor' Aishah Bt Abu Bakar bersama Penolong Pegawai Perubatan JKN Kedah.

Program ini merupakan inisiatif Unit Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan Negeri dalam menyantuni anggota JKN di bulan yang mulia ini.

Ucapan jutaan terima kasih kepada Tn Hj Afifuddin dan semua penyumbang dalam menjayakan program ini.

Photos from Penolong Pegawai Perubatan Negeri Kedah's post 11/02/2026

Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi untuk Tn Hj Afifuddin Bin Said, Timbalan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri (Perubatan) JKN Kedah yang akan bersara wajib.

Jutaan terima kasih diucapkan atas perkhidmatan cemerlang yang diberikan kepada profession dan jabatan.

Segala jasa akan terus kami kenang, dan sentiasa terpahat dalam ingatan kami.

Doa kami agar hari-hari mendatang dipenuhi ketenangan, kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tersayang.

Semoga setiap langkah selepas ini lebih damai, dan setiap detik dilalui dengan senyuman.


Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


JKN
Alor Setar
08000