25/06/2025
Pasaran Halal Global dijangka akan berkembang kepada USD5.0 trilion menjelang 2030.
Persiapkan perniagaan anda untuk menakluki pasaran Halal global.
Usahawan di seluruh Negeri Kedah dipelawa untuk menyertai PROGRAM JELAJAH HALAL 2025 anjuran Maybank Islamic untuk mempelajari bagaimana pensijilan Halal boleh membantu perniagaan anda.
๐๏ธ Selasa, 15 Julai, 2025
โ 8.30 pagi - 5.00 petang
๐Ballroom 3, Raia Hotel & Convention Centre, Alor Setar, Kedah
Fasilitator Halal kami akan membimbing anda untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) secara PERCUMA serta pelbagai insentif lain. Sijil Kesedaran Halal dan sijil penyertaan juga akan diberikan.
Bagi usahawan di seluruh Negeri Kedah yang sudah bersedia untuk memohon pensijilan Halal, anda digalakkan untuk membawa dokumen-dokumen permohonan bagi pemeriksaan terus oleh pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK).
Untuk mendaftar boleh klik di pautan di
https://forms.gle/P3KGvT1Bx5XwhLbz8
Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami secara terus di
๐ป
[email protected]
Jangan lepaskan peluang ini!
ใviralใท
05/05/2025
Ambil maklum ya semua. JAKIM dalam usaha ke arah pendigitalan.
๐ Hebahan Semasa Halal
PELAKSANAAN SPHM SECARA ELEKTRONIK (eCERT)
โถ๏ธ Bermula 5 Mei 2025
โถ๏ธ SPHM dicetak sendiri oleh syarikat melalui Sistem MYeHALAL
โถ๏ธ Sekiranya perlu kepada sijil dalam bentuk fizikal, permohonan dibuat melalui surat rasmi
โถ๏ธ Cetakan sijil fizikal dikategorikan sebagai Cetakan Semula SPHM dan dikenakan bayaran
19/04/2025
Sekalung penghargaan buat YB Dato' YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat - DUN Sungai Limau kerana sudi untuk hadir merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Pensijilan Halal Malaysia JAKIM Bil. 1/2025 yang mana Negeri Kedah telah terpilih menganjurkan bagi sesi pertama tahun ini.
23/03/2025
๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐จ๐๐๐๐ง ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐๐ & ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐.
10 Ramadhan yang terakhir ni masih ada lagi premis yang mengadakan Bufet Ramadhan yang mana bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengiklankan di media sosial mahupun di jalanan atau di hadapan premis mereka.
Ketahuilah bahawa hanya Pemegang Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) sahaja dibenarkan mengiklankan (seperti di bawah) untuk bufet Ramadan.
Contoh pengiklanan yang dilarang :
-๐๐ช๐๐๐๐ฉ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐๐ฉ๐๐ง ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐ค๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐๐ข๐
-๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จ๐ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐ค๐ข ๐๐๐ง๐๐ช๐ ๐
-๐จ๐๐ก๐๐ง๐ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐จ๐๐ฉ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ค๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐ข
-๐๐๐๐๐ข๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ก-
@ mana-mana frasa yang merujuk kepada makanan yang boleh di makan oleh orang Islam untuk berbuka puasa.
Pengiklanan termasuk hebahan di mana-mana medium sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan, media massa atau media sosial. Jika sabit kesalahan di bawah ๐๐ธ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ต๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ญ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฅ๐ ๐ฑ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ต๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป (๐ง๐ฎ๐ธ๐ฟ๐ถ๐ณ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐น) ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต๐ถ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ ๐ท๐๐๐ฎ ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐.
๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐น๐ธ๐น
๐ Portal Rasmi Halal Malaysia
www.halal.gov.my
๐ฎ Facebook Halal JHEAIK
https://www.facebook.com/HalalKedah
02/03/2025
๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐จ๐๐๐๐ง ๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ง๐๐ & ๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐๐ฆ ๐ ๐๐๐๐ก๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐.
Ramadan bakal menjelang. Pasti ada pengusaha premis makanan yang ingin mengiklankan bufet Ramadan di premis masing-masing. Ketahuilah bahawa hanya Pemegang Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) sahaja dibenarkan mengiklankan (seperti di bawah) untuk bufet Ramadan.
Contoh pengiklanan yang dilarang :
-๐๐ช๐๐๐๐ฉ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐๐ฉ๐๐ง ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐ค๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐๐ข๐
-๐๐๐ฉ๐๐ง๐๐จ๐ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐๐ค๐ข ๐๐๐ง๐๐ช๐ ๐
-๐จ๐๐ก๐๐ง๐ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐จ๐๐ฉ ๐ง๐๐ข๐๐๐๐ฃ
-๐ข๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐ค๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐จ๐ก๐๐ข
-๐๐๐๐๐ข๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ก-
@ mana-mana frasa yang merujuk kepada makanan yang boleh di makan oleh orang Islam untuk berbuka puasa.
Pengiklanan termasuk hebahan di mana-mana medium sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan, media massa atau media sosial. Jika sabit kesalahan di bawah ๐๐ธ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ต๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ญ ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฅ๐ ๐ฑ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ต๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป (๐ง๐ฎ๐ธ๐ฟ๐ถ๐ณ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐น) ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฒ๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐บ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต๐ถ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ ๐ท๐๐๐ฎ ๐ฟ๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ถ๐.
๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐ธ๐น๐น๐ธ๐น
๐ Portal Rasmi Halal Malaysia
www.halal.gov.my
๐ฎ Facebook Halal JHEAIK
https://www.facebook.com/HalalKedah
02/03/2025
Hanya hotel ini sahaja yang boleh mengiklankan untuk promosi menggunakan terma Bufet Ramadhan, Iftar Ramadhan, Berbuka Puasa dan seumpama dengannya kerana mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)
26/02/2025
25 Februari 2025 Selasa
Kursus Pengenalan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS)
Dengan pelbagai penambahbaikan yang dilakukan oleh JAKIM, Bahagian Pengurusan Halal JHEAIK telah menganjurkan Kursus Pengenalan Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS) kepada wakil industri.
Kursus ini telah dihadiri oleh wakil syarikat yang menguruskan permohonan Pensijilan Halal yang telah diadakan di Dewan Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah INSPIN.
13/01/2025
Isu yang sedang tular kini berkenaan ham & sandwich yang dikeluarkan oleh sebuah mart
Penjelasan Berkenaan Produk Sandwich Diragui Status Halal
1. Bahagian Pengurusan Halal JAKIM menerima banyak pertanyaan di media sosial berkenaan produk "Ham and Cheese Sandwich" yang diragui status halal.
2. Untuk makluman, JAKIM telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari 2025 (Jumaat) yang lalu. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM.
3. Oleh itu, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN.
4. Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal sesuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal. Pastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular melalui:-
https://sites.google.com/islam.gov.my/skkbph/laman-utama
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
๐ง [email protected]
โ๏ธ 03-8892 5000
13 Rejab 1446H
13 Januari 2025M