07/09/2026
LAWATAN KERJA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KEHAKIMAN MAHKAMAH NEGERI KEDAH KE PENJARA POKOK SENA, KEDAHH
Pada 6 September 2026 (Isnin) Pengarah Penjara Negeri Kedah bersama Pengurusan Tertinggi Penjara Pokok Sena berbesar hati telah menerima kunjungan dan lawatan kerja daripada Pengarah Mahkamah Negeri Kedah, YBhg. Dato Ibrahim bin Othman dan 30 orang Pegawai-Pegawai Kehakiman Mahkamah Negeri Kedah.
Sesi lawatan dimulai dengan ucapan aluan Pengarah Penjara Negeri Kedah, taklimat overview berkaitan Penjara Negeri Kedah dan taklimat ringkas berkaitan Perintah Kehadiran Wajib (PKW). Delegasi seterusnya dibawa melawat ke dalam Bengkel Wanita bagi memberi pendedahan berkaitan program pemulihan dan latihan yang diberikan kepada prospek sepanjang menjalani hukuman pemenjaraan dan mengakhiri lawatan, delegasi dibawa untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat rotan ke atas prospek yang dilaksanakan di Klinik Dalam Penjara Pokok Sena.
Secara keseluruhannya, lawatan kerja ini telah mencapai objektifnya untuk merapatkan jurang komunikasi antara institusi kehakiman dan jabatan penjara. Usaha berterusan amat diperlukan bagi memastikan sistem keadilan jenayah berjalan dengan lancar, adil, dan berkebajikan.