12/05/2026
Dalam perjalanan ke Pusat Khidmat Penyelaras Dun Kota Darul Aman tadi, saya ternampak satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal yang terbabas di lampu isyarat Simpang Kuala.
Seorang pak cik didapati terbaring di atas jalan raya dalam keadaan yang mengundang rasa pilu dan simpati.
Saya berhenti untuk memberikan pertolongan cemas sementara menunggu ambulans tiba. Pak cik tersebut kelihatan keliru, terlupa tempat tinggal dan juga kehilangan identiti diri. Dalam keadaan cemas itu, kami cuba sedaya upaya menghubungi waris beliau agar bantuan dapat disalurkan secepat mungkin. Selepas beberapa usaha, waris beliau akhirnya berjaya dihubungi dan pak cik dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah dengan Ambulans.
Semoga pak cik tersebut diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#哥打达鲁阿曼协调员
11/05/2026
Pihak Pusat Khidmat Penyelaras Dun Kota Darul Aman telah menerima aduan orang awam melalui WhatsApp berkaitan isu hakisan tebing serta kerosakan penghadang jalan (handrail) di Lorong Teratai.
Hasil tinjauan bersama Ahli Majlis mendapati struktur tebing di kawasan tersebut tidak lagi kukuh dan berisiko untuk runtuh, sekali gus boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya serta penduduk setempat.
Aduan telah dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab dan kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan di lokasi terlibat.Keselamatan orang awam adalah keutamaan kami.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan.
Kerjasama dan keprihatinan semua amat dihargai. Terima kasih.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
☎️ 013-5230193
#哥打达鲁阿曼协调员
10/05/2026
Menghadiri Kursus Latihan Dalaman Parti Gerakan Kedah yang menghimpunkan kepimpinan pusat dan negeri sebagai platform pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman serta perbincangan mengenai hala tuju dan cabaran parti pada masa hadapan.
Sepanjang sesi latihan, para pemimpin pusat dan negeri turut berkongsi pengalaman, pemerhatian di peringkat akar umbi serta analisis situasi politik semasa. Pada masa yang sama, kepimpinan negeri juga aktif menyuarakan pandangan dan suara akar umbi agar pihak kepimpinan pusat dapat mendengar secara lebih langsung idea serta maklum balas daripada barisan hada
Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Kedah akan terus komited dalam memperkukuh pembinaan pasukan, memupuk semangat perpaduan serta melahirkan lebih ramai generasi muda yang sanggup turun padang demi berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat.
出席民政党吉打州内部培训课程,课程汇聚中央与州领导层,大家齐聚一堂交流意见、分享经验,并深入探讨党未来的发展方向与所面对的挑战。
培训期间,中央与州领导分别分享基层观察及当前政治局势分析,同时积极传达基层声音,让党中央能够更直接聆听前线的想法与反馈,进一步凝聚团队共识与力量。
吉打州民政党将继续秉持团结奋进的精神,持续强化团队建设,培养更多愿意深入基层、服务人民的新生代力量,为人民发声、为社会贡献。
Satu Hati 万众一心
09/05/2026
Hari ini saya turun ke Taman Bee Bee Park untuk meninjau keadaan selepas kejadian banjir kilat semalam serta mendengar sendiri luahan penduduk setempat.
Penduduk juga memaklumkan bahawa masalah ini sudah lama berlarutan. Setiap kali hujan lebat, mereka hidup dalam kebimbangan apabila air mula naik dan keadaan menjadi semakin sukar, khususnya bagi warga emas serta keluarga yang tinggal di kawasan rendah.
Saya turut mengenal pasti masalah dan meninjau keadaan longkang serta sistem saliran di sekitar kawasan yang dipercayai menjadi antara punca utama berlakunya banjir kilat ini.
Aduan juga telah disalurkan kepada pihak bertanggungjawab agar langkah penyelesaian dapat diambil secepat mungkin.
Turut bersama Ahli Majlis Saudara CHUAH CHONG YONG dan MKK Low Zhi Feng 刘梓锋
今天前往Bee Bee Park花园,了解昨日突发水灾后的情况,并亲自聆听当地居民的心声。
许多居民反映,这个问题已经困扰他们多年。每逢大雨,他们都担心水位上涨,尤其是居住在低洼地区的长者及家庭,生活受到严重影响。
我也实地查看了当地沟渠及排水系统的情况,发现部分排水设施老旧、排水能力不足,加上沟渠堵塞等问题,相信都是导致突发水灾发生的主要原因之一。相关投诉及情况已经提交给有关当局,希望尽快采取有效行动,解决居民长期面对的问题。
人民的问题,必须被认真看待。
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#哥打达鲁阿曼协调员
06/05/2026
Menghadiri Jamuan Makan Malam Pertubuhan Penganut Dewa Ling Fu Alor Setar Kedah.
前往吉打亚罗士打天棋街 靈府保长衙(大二爷伯)庆祝大二爷伯千秋宝诞周年纪念庆典。
诚心祈愿大二爷伯庇佑大家,身体健康、事业兴旺、阖家平安!
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#哥打达鲁阿曼协调员
04/05/2026
Perarakan Pertubuhan Penganut Dewa Ling Fu Alor Setar Kedah.
吉打亚罗士打天棋街 靈府保长衙(大二爷伯)
庆祝大二爷伯千秋宝诞
大二爷伯巡境游行庆典及周年纪念庆典。
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#哥打达鲁阿曼州议席协调员
03/05/2026
Menghadiri Majlis Perasmian Fiesta Mempelam Kedah yang berlangsung dengan penuh meriah di Ladang Harumanis, Aman Alor Mengkudu.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Haji Dhowahir Ab Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah.
Fiesta ini menjadi platform penting dalam mempromosikan hasil pertanian tempatan, khususnya mempelam Kedah yang terkenal dengan kualiti serta keenakannya.
Pelbagai agensi dan usahawan tempatan turut mengambil bahagian dalam memeriahkan program ini, sekali gus menunjukkan komitmen bersama dalam memajukan sektor pertanian negeri.
Semoga usaha seperti ini terus diperkukuh demi meningkatkan ekonomi pertanian serta memberi manfaat berterusan kepada para petani dan usahawan tempatan.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
#哥打达鲁阿曼州议席协调员
02/05/2026
Menghadiri Program Alor Setar Car Free Saturday sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Majlis Bandaraya Alor Setar yang berlangsung di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat di samping menyokong kelestarian alam sekitar melalui pengurangan penggunaan kenderaan di kawasan bandar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan seperti Fun Run, Brisk Walk, Fun Ride serta reruai pameran kenderaan elektrik dan agensi kerajaan, yang mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff ibni Sultan Sallehuddin dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Puan Mahkota Kedah, Che Puan Nur Julie Ariff telah berkenan mencemar duli ke program ini.
Turut hadir Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Norizan Khazali serta barisan pegawai kanan kerajaan negeri.
Semoga inisiatif seperti ini terus diperkasakan dalam memupuk kesedaran masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sihat dan persekitaran yang lebih lestari.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
01/05/2026
Pagi tadi berkesempatan menziarahi sahabat seperjuangan, Nor Faziela di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar yang sedang diuji dengan sakit usus perut.
Semoga Tuhan mengangkat segala kesakitan yang ditanggung, mengurniakan kesembuhan, serta memberi ganjaran kesabaran yang besar buatnya.
Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kekuatan dan kembali sihat seperti sediakala.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
30/04/2026
Menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Pusat Khidmat Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar.
Pembukaan pusat khidmat ini menandakan satu langkah proaktif dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Ia bukan sahaja menjadi saluran rasmi untuk menerima aduan, malah berperanan sebagai pusat penyelarasan kebajikan dan keperluan komuniti agar dapat ditangani dengan lebih cekap, pantas dan berkesan.
Semoga pusat khidmat ini terus menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, seterusnya merealisasikan aspirasi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, responsif dan berintegriti kepada seluruh rakyat.
“Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua”
30/04/2026
DAULAT TUANKU
Menjunjung kasih dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Sebenar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.
Patik mendoakan agar KDYMM Tuanku Sultan Kedah sentiasa dikurniakan rahmat, kemuliaan, dan kesihatan yang berpanjangan.
Sembah takzim daripada:
Ooi Shou Wayne
Penyelaras Dun Kota Darul Aman