Bahagian Penyelidikan JHEAIK

Call Directions Website Contact the organization

Bahagian Penyelidikan JHEAIK Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman

SEMINAR ASAS AMALAN PENDINDING TAHUN 2026Tarikh : 15 September 2026 (Selasa)Tempat : Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang Jaj...
15/09/2026

SEMINAR ASAS AMALAN PENDINDING TAHUN 2026

Tarikh : 15 September 2026 (Selasa)
Tempat : Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar, Alor Setar

Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) buat julung kalinya menganjurkan Seminar Asas Amalan Pendinding Tahun 2026 bertujuan memberi pendedahan kepada 200 orang peserta dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam dan kakitangan yang berkhidmat di JHEAIK, Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman dan Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman serta Pejabat-Pejabat Agama Daerah berkaitan kaedah asas rawatan Islam bagi membenteng diri, keluarga, kediaman dan komuniti berdasarkan sumber daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Ceramah disampaikan oleh Al-Fadil Prof. Madya Dr. Mahyuddin Ismail, Pensyarah Kanan Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Seminar ditangguhkan dengan ucapan penangguhan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi Abdul Mutalib. Turut hadir Tuan-Tuan Ketua-Ketua Penolong Pengarah JHEAIK dan Pegawai-Pegawai Agama Daerah.

Seminar turut disertai Pegawai-Pegawai Masjid, Ahli Jawatankuasa Kariah dan pengamal-pengamal pengubatan Islam dari seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

PROGRAM ADVOKASI "ANCAMAN LIBERALISME DAN HEDONISME DALAM KALANGAN REMAJA" TAHUN 2026Tarikh : 26 Ogos 2026 (Rabu)Tempat ...
26/08/2026

PROGRAM ADVOKASI "ANCAMAN LIBERALISME DAN HEDONISME DALAM KALANGAN REMAJA" TAHUN 2026

Tarikh : 26 Ogos 2026 (Rabu)
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Bandar Baharu

Program anjuran bersama Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Bandar Baharu ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan seterusnya memberi kesedaran kepada 300 orang pelajar tingkatan 3, 4 dan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Bandar Baharu tentang bahaya fahaman liberalisme dan hedonisme.

Program dimulakan dengan ceramah bertajuk "Ancaman Liberalisme dan Hedonisme Dalam Kalangan Remaja" yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Bin Azmi diikuti ceramah slot kedua bertajuk "Elak Jenayah Syariah" yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Baling, Syeikh Hakimin Hassan.

Ceramah terakhir bertajuk "Isu Sosial Dalam Kalangan Remaja" disampaikan oleh Pegawai Akhlak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu, Puan Farah Fazriah Ahmadshah.

Majlis perasmian penutupan program disempurnakan oleh Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Peyelidikan JHEAIK, Haji Radzi Abdul Mutalib; Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Syeikh Mohd Fadhil Ab Rahman; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, En. Syahrul Nasir Rais dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang, Puan Zalilah Mohamad.

PROGRAM DIALOG ISU AKIDAH SEMASA TAHUN 2026Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)Tempat : Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang JajarP...
13/08/2026

PROGRAM DIALOG ISU AKIDAH SEMASA TAHUN 2026

Tarikh : 13 Ogos 2026 (Khamis)
Tempat : Dewan Masjid Al-Hasanah, Ampang Jajar

Program anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung melalui perkongsian pengalaman individu yang pernah terjebak dalam aktiviti ajaran sesat seterusnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dan modus operandi kumpulan tersebut. Peserta terdiri di kalangan 100 orang Pegawai dan warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, JHEAIK, Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman serta Pejabat-Pejabat Agama Daerah.

Sesi bual bicara bersama penceramah jemputan dikendalikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JHEAIK, Ustaz Mohd Nazif Zakaria.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi Abdul Mutalib menyampaikan ucapan alu-aluan diikuti penyempurnaan perasmian penutupan program oleh Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JHEAIK, Haji Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin dan Pegawai-Pegawai JHEAIK.

SEMINAR ISU MEMINTA HAJAT KEPADA MAYAT TAHUN 2026Tarikh : 28 Jun 2026 (Ahad)Tempat : Dewan Pejabat Agama Daerah YanProgr...
28/06/2026

SEMINAR ISU MEMINTA HAJAT KEPADA MAYAT TAHUN 2026

Tarikh : 28 Jun 2026 (Ahad)
Tempat : Dewan Pejabat Agama Daerah Yan

Program anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) ini bertujuan memberi pendedahan kepada 150 orang peserta dalam kalangan Pegawai JHEAIK, Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan Pejabat-Pejabat Agama Daerah serta pegawai-pegawai masjid, para ilmuan, guru-guru takmir, guru-guru tahfiz dan guru-guru pondok berkaitan perbezaan antara tawasul yang dibenarkan dan istighathah yang dilarang.

Sejak kebelakangan ini, terdapat trend dan amalan dalam masyarakat yang menimbulkan kekeliruan berhubung konsep tawasul dan istighathah (استغاثة). Isu meminta hajat atau pertolongan daripada orang yang telah meninggal dunia (mayat) memerlukan penjelasan tuntas agar masyarakat tidak terjerumus ke dalam amalan yang boleh menjejaskan akidah atau menjurus kepada syirik.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi Abdul Mutalib menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum perasmian pembukaan seminar disempurnakan Pengarah JHEAIK, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah.

Ceramah disampaikan oleh Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Turut hadir Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Dato’ Syeikh Ismi Anuar Abdul Halim; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK, Haji Zainul Jamal Abdul Ghani dan Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif Azmi.

SEMINAR ASAS RISIKAN SUMBER MAKLUMAT TERBUKA (OSINT) TAHUN 2026Tarikh : 24 dan 25 Jun 2026 (Rabu dan Khamis)Tempat : Dew...
25/06/2026

SEMINAR ASAS RISIKAN SUMBER MAKLUMAT TERBUKA (OSINT) TAHUN 2026

Tarikh : 24 dan 25 Jun 2026 (Rabu dan Khamis)
Tempat : Dewan KCS, INSPIN, Alor Setar

Program anjuran Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ini bertujuan memberi pendedahan kepada 50 orang peserta di kalangan warga kerja JHEAIK, Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman dan Pejabat-Pejabat Agama Daerah berkaitan kemahiran risikan sumber maklumat terbuka (open source intelligence) dalam proses mengumpul dan menganalisis informasi yang tersedia untuk umum untuk menghasilkan profil, menilai ancaman, membuat keputusan dan menjawab pertanyaan spesifik seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam bidang tugas dan menangani ancaman akidah dan syariah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Haji Radzi bin Abdul Mutalib menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum perasmian penutupan seminar disempurnakan Pengarah SKMM Negeri Kedah, En. Zairulnahar bin Zakaria.

Turut hadir Ketua Seksyen Kawal Selia SKMM Kedah, En. Mohd Faizal bin Azizan.

21/04/2026
ZIARAH MAHABBAH PERTUBUHAN DU’AH FARAIDH MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMANJabatan Hal Eh...
02/02/2026

ZIARAH MAHABBAH PERTUBUHAN DU’AH FARAIDH MALAYSIA KE JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) menerima kunjungan hormat delegasi Pertubuhan Du’ah Faraidh Malaysia (PDFM) pada hari Isnin, 2 Februari 2026.

Ketibaan delegasi diketuai Al-Fadhil Ustaz Mohd Khusairi bin Saleh, Pengerusi PDFM disambut Al-Fadhil Tuan Haji Radzi bin Abdul Mutalib, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK disusuli sesi perkongsian maklumat.

Ziarah mahabbah ini bertujuan membina hubungan kerjasama serta bertukar buah fikiran bagi membantu perkembangan dan pemantapan dakwah ilmu faraidh dan pengurusan harta pusaka umat Islam khususnya di Negeri Kedah Darul Aman.

Turut hadir, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Suhaimi bin Zulkiflee, Ketua Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK) dan Al-Fadhil Ustaz Mohd Syahmi Zakwan bin Shamsuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan) Bahagian Dakwah JHEAIK.

Address

Bangunan Wan Mat Saman
Alor Setar
05676

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Penyelidikan JHEAIK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Penyelidikan JHEAIK:

Shortcuts

Share