12/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐)
11/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐)
10/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐ ๐)
07/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ โ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐โ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ข๐ฅ ๐ฆ๐๐ง๐๐ฅ, ๐๐ ๐๐๐ข ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ - Selaras dengan sambutan Bulan Keselamatan Negara 2026 yang disambut pada bulan Julai setiap tahun serta Tahun Melawat Kedah 2026, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah bercadang untuk melaksanakan program mural bertemakan โ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฐ๐๐ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐โ.
Bagi tujuan tersebut, Alor Setar telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program. Sehubungan itu, MKN Kedah telah mengadakan sesi pertemuan bersama Datuk Bandar Alor Setar pada 20 April 2026 dan hasil perbincangan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan program ini secara kolaboratif.
Susulan daripada pertemuan terdahulu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk bagi membincangkan pelaksanaan program yang dirancang. Program tersebut dijangka melibatkan penyertaan seramai 150 orang pelajar institusi pengajian tinggi daripada SCIMPA, Universiti Utara Malaysia serta Politeknik Sultan Abdul Halim Muโadzam Shah.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Afizudin bin Datoโ Paduka Haji Mohd Saad, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBAS, manakala Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah diwakili oleh Puan Mimi Suriati binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Seksyen Keselamatan Daerah.
Turut hadir ialah wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang bertindak sebagai rakan strategik bagi menjayakan pelaksanaan program tersebut.
02/05/2026
๐ฌ Ada cerita yang perlu kita sampaikanโฆ
Tentang keselamatan. Tentang tanggungjawab. Tentang kita semua.
Sempena Bulan Keselamatan Negara 2026, MKN Negeri Kedah membawakan:
๐ฅ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ
๐ฅ Bertemakan: โ๐๐ฆ๐ด๐ฆ๐ญ๐ข๐ฎ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข ๐๐ข๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐จ๐ซ๐ข๐ธ๐ข๐ฃ ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ข๐ฎ๐ขโ
๐ก Idea anda. Kreativiti anda. Untuk negara kita.
๐Tarikh penyertaan: 1 Mei โ 31 Mei 2026
๐ Peluang ke Grand Finale menanti pemenang tempat pertama peringkat negeri.
๐ฒ Imbas kod QR untuk sertai sekarang!
26/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐) - Ketua Penolong Pengarah, Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah, Encik Mohd Zulhilmi bin Zulkifly telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah, YBrs. Puan Azura binti Haji Sarbin bertempat di pejabat beliau di Aras Dua, Wisma Persekutuan Anak Bukit.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan, memeterai persetujuan kolaborasi selain membincangkan pelaksanaan dan penganjuran bersama program- program di peringkat negeri mahupun daerah. Sinergi strategik antara MKN Kedah dan JBS Kedah dengan mengangkat tema โKeselamatan Negara Tanggungjawab Bersamaโ, diharap dapat memupuk kesedaran keselamatan yang inklusif serta holistik selaras dengan pemerkasaan pembangunan belia di negeri ini.
Turut hadir bersama-sama beliau dalam sesi Kunjung Hormat ini adalah Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kota Setar dan Pokok Sena Puan Mimi Suriati Binti Abdul Rahman. Hadir sama dalam pertemuan ini, Timbalan Pengarah Belia, Puan Natrah binti Esa dan juga Penolong Pengarah Rakan Muda Puan Salwa binti Senawi.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
23/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ - Ketua Penolong Pengarah Keselamatan Negeri, Encik Mohd Zulhilmi bin Zulkifly telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Alor Setar Kedah, YBhg. Datoโ Haji Abdul Gafar bin Yahya bertempat di pejabat beliau di Majlis Bandaraya Alor Setar.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Pertemuan ini turut menjadi platform pertukaran pandangan selain membincangkan pelaksanaan dan penganjuran bersama program- program bersempena Bulan Keselamatan Negara yang disambut setiap bulan Julai.
Turut hadir bersama-sama beliau dalam sesi Kunjung Hormat ini adalah Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kota Setar dan Pokok Sena Puan Mimi Suriati Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Padang Terap dan Yan Encik Wan Akmal Irsyad Bin Wan Ghazali, Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kulim dan Bandar Baharu Puan Nur Aisyah Binti Mohd Yusoff, serta Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kuala Muda dan Baling, Puan Nurul Hashikin Binti Abd Rahman.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pegawai Undang-Undang MBAS Dr Elina Mohd.
Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi bergambar dan pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
20/04/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah telah melaksanakan Program Taklimat Keselamatan: Peranan Komuniti Dalam Memelihara Keselamatan Negara di Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia.
Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan minda keselamatan dalam komuniti terutamanya pemimpin-pemimpin kampung. Pada masa yang sama, program ini turut bertujuan menyampaikan mesej bahawa keselamatan negara bukan sahaja tanggungjawab pihak berkuasa tetapi melibatkan usaha bersama secara komprehensif melibatkan seluruh lapisan masyarakat.
Program dimulakan dengan Sesi Taklimat Keselamatan yang menerangkan kepentingan peranan komuniti dalam aspek keselamatan. Taklimat ini disampaikan oleh YBrs. Encik Bakhtiar Effendy bin Khalid, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Integriti, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Taklimat berkaitan krisis dan senario keselamatan dunia turut diberikan bagi membuka minda peserta sebagai persediaan komuniti dalam mengenal pasti sebarang ancaman yang menjadi kebimbangan dunia terutamanya di Malaysia. Seterusnya, Sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dilaksanakan bagi membincang dan berkongsi pendapat berkaitan isu-isu keselamatan yang dibangkitkan berdasarkan senario-senario keselamatan di kawasan sempadan.
Program ini disertai oleh Penghulu Mukim Sungai Laka serta beberapa JPKKP dan MKK dalam Mukim Sungai Laka dan Temin di daerah Kubang Pasu. Turut hadir YBrs. Encik Mohd Zulhilmi bin Zulkifly, Ketua Penolong Pengarah, MKN Kedah.