21/06/2026
Aktiviti beriadah seperti berlari dan berbasikal di taman awam kini telah menjadi sebahagian daripada identiti rakyat Malaysia.
Persekitaran taman rekreasi yang bersih, pemandangan yang indah serta kesegaran alam membuatkan kita seolah-olah dapat melepaskan penat lelah setelah bekerja.
Namun, keindahan ini perlu kita wariskan kepada generasi akan datang. Justeru, penting untuk kita memastikan ia kekal bersih dan terus terpelihara.
Oleh itu, setiap kali anda beriadah di lokasi awam, pastikan anda tidak meninggalkan sampah merata-rata dan membuangnya di tempat yang sepatutnya.
Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam telah diperketatkan menerusi pindaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 serta dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.
Jom sama-sama menjaga kebersihan di tempat awam. Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan!