Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah

Directions

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah Page rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah yang baru

29/07/2026
🎨 Karnival Kebajikan Haiwan 2026 |Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis & Mewarna Bertemakan Haiwan Kesayangan sert...
27/07/2026

🎨 Karnival Kebajikan Haiwan 2026 |

Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis & Mewarna Bertemakan Haiwan Kesayangan serta Pertandingan Mewarna/Mencanting Batik sempena Karnival Kebajikan Haiwan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2026 (Sabtu), jam 2.30 petang hingga 5.30 petang di Pentas Utama Karnival Kebajikan Haiwan, Taman Jubli Emas.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan yang diraih, serta syabas kepada semua peserta yang telah mempamerkan kreativiti, bakat dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa, guru, para hakim, urus setia dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.

Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda. Semoga kita bertemu lagi pada program akan datang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Reka Cipta bertemakan β€œHaiwanku Saya...
24/07/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai Pertandingan Reka Cipta bertemakan β€œHaiwanku Sayang” sempena Karnival Kebajikan Haiwan 2026 yang berlangsung pada 24 Julai 2026 (Jumaat) di Pentas Utama, Taman Jubli Emas, Alor Setar.

Kreativiti luar biasa yang dipamerkan melalui penghasilan rekaan menggunakan bahan kitar semula bukan sahaja menyerlahkan bakat dan daya cipta para peserta, malah berjaya menyampaikan mesej penting tentang kasih sayang terhadap haiwan serta kepentingan memelihara alam sekitar. Setiap hasil rekaan membuktikan bahawa kreativiti mampu menjadi medium terbaik dalam menyemai nilai keprihatinan terhadap kebajikan haiwan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua sekolah yang mengambil bahagian, para guru pengiring, barisan hakim, urus setia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini. Tahniah juga kepada para pemenang atas pencapaian yang membanggakan, dan kepada semua peserta yang telah memberikan saingan terbaik.

β€œSayangi Haiwan, Sayangi Alam” bukan sekadar tema, tetapi satu tanggungjawab bersama demi membentuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesejahteraan haiwan dan kelestarian alam sekitar.

Alhamdulillah, majlis Ceramah Agama sempena Karnival Kebajikan Haiwan dan Himpunan Lembu Sado Malaya telah berlangsung d...
23/07/2026

Alhamdulillah, majlis Ceramah Agama sempena Karnival Kebajikan Haiwan dan Himpunan Lembu Sado Malaya telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Julai 2026 di Taman Jubli Emas. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada para penceramah, Ustaz Muhammad Khairul Azhar bin Ghazali (Imam Muda) dan Encik Muhammad Hafeez bin Che Salim atas penyampaian ilmu serta pengisian yang begitu bermakna.

Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada YB. Tuan Haji Dzowahir Bin Haji Ab. Ghani Exco Pertanian Negeri Kedah atas kesudian hadir memberikan sokongan, serta kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr. Shaharul Akmar bin Talib, yang turut bersama-sama memeriahkan majlis. Terima kasih juga kepada semua tetamu jemputan dan hadirin yang hadir menjayakan program ini.

Semoga pengisian bertemakan β€œMenghayati Islam, Menyemai Ihsan, Memartabatkan Kebajikan Haiwan” menjadi panduan dalam menyemai nilai ihsan terhadap semua makhluk ciptaan Allah SWT serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh masyarakat.

πŸ“£ HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! πŸŽ‰πŸ„πŸπŸΆπŸ±Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan raka...
23/07/2026

πŸ“£ HANYA TINGGAL BEBERAPA HARI LAGI! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! πŸŽ‰πŸ„πŸπŸΆπŸ±

Ayuh hadir beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan ke Karnival Kebajikan Haiwan & Himpunan Lembu Sado Malaya Tahun 2026, sebuah karnival terbesar yang menghimpunkan pencinta haiwan, penternak serta masyarakat dalam suasana penuh ilmu, hiburan dan kemeriahan.

✨ Istimewa buat seluruh rakyat Kedah!
Majlis Perasmian Karnival akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, menyerikan lagi penganjuran karnival yang dinanti-nantikan ini.

πŸ—“ 24 – 26 Julai 2026
πŸ•˜ 9.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Taman Jubli Emas, Jalan S**a Menanti, Alor Setar, Kedah

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
πŸ‚ Himpunan Lembu Sado Malaya
πŸ• Pameran ternakan, burung dan haiwan peliharaan
πŸ’‰ Klinik Veterinar & Kempen Kebajikan Haiwan
🐱 Demonstrasi dan pertandingan haiwan
πŸ›οΈ Jualan produk serta makanan haiwan
πŸ” Gerai makanan dan minuman
🎁 Pameran agensi kerajaan, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik sepanjang tiga hari karnival!

Kami menanti kehadiran anda! Jumpa di Taman Jubli Emas, Alor Setar pada 24 hingga 26 Julai 2026!

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN KARNIVAL KEBAJIKAN HAIWAN & HIMPUNAN LEMBU SADO 2026! πŸ„πŸπŸ‡πŸ“πŸ“’ Jumpa kami di Taman Jubli Emas, S**a Menanti...
20/07/2026

πŸŽ‰ JOM MERIAHKAN KARNIVAL KEBAJIKAN HAIWAN & HIMPUNAN LEMBU SADO 2026! πŸ„πŸπŸ‡πŸ“

πŸ“’ Jumpa kami di Taman Jubli Emas, S**a Menanti! Ajak keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Mari kita sama-sama memeriahkan Karnival Kebajikan Haiwan & Himpunan Lembu Sado 2026!

πŸ“… Tarikh: 24 – 26 Julai 2026
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam
πŸ“ Tempat: Taman Jubli Emas, S**a Menanti, Alor Setar, Kedah

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu mengenai penjagaan dan kebajikan haiwan sambil meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

SEMINAR PENGURUSAN KAWALAN PENCEMARAN LADANG TAHUN 2026🌿 Ke Arah Industri Penternakan yang Lestari dan Mesra AlamπŸ“… Tarik...
19/07/2026

SEMINAR PENGURUSAN KAWALAN PENCEMARAN LADANG TAHUN 2026

🌿 Ke Arah Industri Penternakan yang Lestari dan Mesra Alam

πŸ“… Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi
πŸ“ Tempat: The Jerai Hotel, Jalan Kolam Air, 08000 Sungai Petani, Kedah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah telah menganjurkan Seminar Pengurusan Kawalan Pencemaran Ladang Tahun 2026 sebagai platform perkongsian ilmu dan peningkatan kesedaran kepada para penternak mengenai amalan pengurusan ladang yang baik, kawalan pencemaran serta pematuhan terhadap peraturan bagi memastikan kelestarian industri penternakan di Negeri Kedah.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Dr. Shaharul Akmar Bin Talib, yang turut menekankan kepentingan pengurusan pencemaran ladang secara berkesan melalui kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti penternak demi menjaga alam sekitar serta menjamin industri penternakan yang mampan.

Semoga seminar ini menjadi pemangkin kepada peningkatan pengetahuan dan pengamalan teknologi serta kaedah pengurusan ladang yang lebih efisien, sekali gus memperkukuhkan pembangunan industri penternakan yang berkualiti, berdaya saing dan lestari di Negeri Kedah.

β€œBerkhidmat Untuk Negara”
β€œKedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”

πŸ‚πŸπŸ‡ KARNIVAL KEBAJIKAN HAIWAN & HIMPUNAN LEMBU SADO MALAYA 2026 πŸ¦πŸΆπŸ±πŸŽ‰ Jom meriahkan acara terbesar pencinta haiwan dan du...
18/07/2026

πŸ‚πŸπŸ‡ KARNIVAL KEBAJIKAN HAIWAN & HIMPUNAN LEMBU SADO MALAYA 2026 🐦🐢🐱

πŸŽ‰ Jom meriahkan acara terbesar pencinta haiwan dan dunia penternakan di Kedah! Sama ada anda datang bersama keluarga, rakan-rakan atau anak-anak, pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang karnival ini.

πŸ“… 23/24 Julai – 26 Julai 2026 (rujuk poster bagi jadual program)

πŸ•˜ 9.30 pagi – 10.00 malam

πŸ“ Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah

✨ Antara tarikan utama:
πŸ‚ Himpunan & Pertandingan Lembu Sado Malaya
🦜 Pertandingan Burung
πŸ‡ Mini Zoo & Petting Zoo
πŸ• Kempen Kebajikan Haiwan
πŸ₯ Klinik Veterinar
🐱 Pertandingan & Demonstrasi Haiwan Peliharaan
🌾 Jualan Produk Asas Tani
πŸ” Aneka Gerai Makanan & Minuman
🎠 Permainan Kanak-Kanak dan pelbagai lagi aktiviti menarik!

🎯 Inilah peluang terbaik untuk melihat sendiri keunikan haiwan, menimba ilmu mengenai penjagaan dan kebajikan haiwan serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

πŸ“Έ Jangan lupa abadikan momen terbaik anda dan kongsikan di media sosial dengan tanda # :








πŸ“’ Masuk adalah PERCUMA!
Ayuh, jumpa kami di Taman Jubli Emas dan jadikan karnival ini destinasi wajib anda pada bulan Julai! πŸ‚πŸŽ‰

JASA DIKENANG, BAKTI DIHARGAI16 Julai 2026 | Gurun, KedahPejabat Pengurusan VetEC Utara hari ini telah mengadakan Majlis...
16/07/2026

JASA DIKENANG, BAKTI DIHARGAI

16 Julai 2026 | Gurun, Kedah

Pejabat Pengurusan VetEC Utara hari ini telah mengadakan Majlis Farewell bagi meraikan persaraan Encik Mohd Zamri bin Abdullah sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna itu turut dihadiri oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Yang Berusaha Dr. Shaharul Akmar bin Talib, bersama-sama warga kerja VetEC Utara dan para jemputan.

Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang majlis, antaranya ucapan penghargaan, sesi potong kek, penyampaian cenderahati serta sesi bergambar kenangan sebagai simbol penghormatan dan penghargaan terhadap sumbangan besar Encik Zamri kepada organisasi.

Semoga Encik Mohd Zamri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesejahteraan dalam menempuh fasa baharu kehidupan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Selamat bersara, Encik Mohd Zamri. Jasa tuan akan sentiasa dikenang dan bakti tuan sentiasa dihargai.

10/07/2026

Address

Jalan DATOK KUMBAR
Alor Setar
05300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share