Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar

Call Directions

Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja,05000 Alor Setar , KEDAH. Tel: 04-734 9307
Faks: 04-732 8367 Pada tahun 1958 sebuah jentera baru jenis Bedford No. KA 5603.

Sebelum tahun 1934 lagi Balai Bomba Alor Star telah pun wujud dan beroperasi dengan keanggotaan seramai 4 orang Fireman. Pada masa itu Balai Bomba merupakan sebuah garaj dan sebuah Land Rover bersama trailer bertempat di Pejabat Tanah Negeri Kedah sekarang ini iaitu berhampiran dengan Balai Besar. Di dalam tahun 1939 dipercayai Balai Bomba telah dipindahkan ke bangunan yang ada sekarang ini di Jalan Raja, Alor Setar. Bangunan tersebut yang mempunyai ruang jentera, pejabat dan 2 unit kuarters. Sebelum ini bangunan tersebut digunakan oleh Polis, Bahagian Trafik
disediakan dengan kemudahan Bilik Kawalan dengan satu talian telefon bernombor 221 bagi panggilan kecemasan dan biasa. Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941 Balai Bomba berkenaan masih di tempat yang sama. Bantuan keanggotaan dan pengawasan adalah dibawah Polis Alor Setar. Pada masa ini sebanyak 2 buah jentera Bomba iaitu sebuah jentera jenis Dennis No. K 2209 dan sebuah jentera water tender 500 gelen bernombor K 8437. Semasa Malayan Union dalam tahun 1946 Balai ini mempunyai keanggotaan seramai 4 orang Fireman dan seorang pemandu iaitu Encik Yaakob bin Lebai Amin dengan diketuai oleh Leading Fireman Encik Abu Bakar bin Haji Saad yang juga menjalankan tugas pemandu. Di dalam tahun 1949, Perkhidmatan Bomba telah diletakkan di bawah Pentadbiran “Town Board” di mana Balai Bomba Alor Setar telah tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Alor Setar dimana “Chairman” Town Board adalah berkuasa penuh kepada Perkhidmatan Bomba ini. Pada tahun 1951, jawatan “Station Officer” diwujudkan dan Encik Kassim bin Mansor yang berpangkat “Superintendent” telah menjawat jawatan tersebut. “Station Officer” bukan sahaja bertanggunjawab kepada Balai Bomba Alor Setar malah dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Perkhidmatan Bomba Negeri Kedah. Pada masa ini keanggotaan telah bertambah mempunyai 3 orang leading fireman iaitu Encik Yaakob, Encik Ghaffar dan Tuan Syed Zain dan terdapat seramai 15 orang fireman. Sepanjang perkhidmatan ini beberapa kebakaran besar telah berlaku di antaranya pada tahun 1951, sebahagian dari Pekan Kuala Kedah telah musnah dan diikuti p**a pada tahun 1969 sekali lagi kebakaran berlaku di mana hampir keseluruhan Pekan Kuala Kedah telah musnah. Di dalam tahun yang sama juga, kebakaran di “Pekan Cowboy” Alor Setar telah memusnahkan sebanyak lebih kurang 112 buah rumah kedai. Bagi menampung keperluan keanggotaan ini, maka pada penghujung tahun 1952 penambahan 3 blok quarters (quarters sekarang) telah didirikan dengan pendaftaran PWD 129, PWD 564 dan PWD 565. K 5281, 500 gelen telah dibekalkan bagi menggantikan jentera Bedford yang sediada yang telah rosak. Di dalam tahun 1961 Balai ini telah mendapatkan penambahan sebuah jentera dari jenis Wheel Escape Ledder (KA 1681) diikuti p**a pada tahun 1964 gantian sebuah lagi jentera baru jenis Bedford No. Selepas Penyatuan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan pada tahun 1977 Encik Kassim bin Mansor telah tamat perkhidmatannya dan tempat beliau telah digantikan oleh Encik Abd Majid bin Othman. Pada tahun 1995 Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Raja telah dijadikan balai cawangan setelah Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak di buka dan system pentadbiran telah diletakkan di bawah pengawasan Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak. Pada Tahun 2000 Balai Bomba Dan Penyelamat, Jalan Raja telah diasingkan sistem pentadbirannya daripada Balai Bomba Dan Penyelamat, Tun Abd. Razak dan balai ini telah mempunyai satu sistem pentadbiran sendiri dan baru. Keanggotaan balai ini seramai 29 orang terdiri daripada seorang Ketua Balai Gred KB 29, seorang PBK I Gred KB 24, tiga orang PBK II Gred KB 22 dan Pegawai Bomba Gred KB 17 seramai 24 orang
Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja telah dibekalkan dengan sebuah Water Tender jenis Mercedes Atego, tiga kenderaan utiliti dan dua buah bot dengan keluasan kawasan jagaan meliputi sebahagian Daerah Kota Setar dan Pendang
Keluasan Balai ini ialah 56m / persegi berhampiran Pusat Penggalakkan Pelancongan dan Balai Polis Daerah Kota Setar

Tarikh: 26/9/2026Program pembersihan mega bersempena dengan (WORLD CLEAN UP DAY) pada tahun 2026 telah dilaksanakan oleh...
26/09/2026

Tarikh: 26/9/2026

Program pembersihan mega bersempena dengan (WORLD CLEAN UP DAY) pada tahun 2026 telah dilaksanakan oleh anggota bbp Jalan raja, program berkonsepkan gotong royong secara bersepadu..Anggota balai telah melaksanakan aktiviti pembersihan Dan gotong- royong di sekitar kawasan balai meliputi kawasan persekitaran halaman serta ruang-ruang yang berkaitan bagi memastikan kebersihan dan keceriaan balai sentiasa terpelihara..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berpretasi Tinggi Cepat Dan Mesra.Tarikh...
21/08/2026

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berpretasi Tinggi Cepat Dan Mesra.

Tarikh :21/8/2026

Kebakaran bangunan melibatkan rumah kelas A di alamat taman bersatu kuala kedah.peratus kemusnahan 40% tiada mangsa terlibat..Pemadaman dibantu pasukan bomba sukarela sehingga api padam
Sepenuhnyaa…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PBK ll Muhd Rus...
30/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PBK ll Muhd Rusli bin Abdul Wahab atas segala jasa, pengorbanan dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Kedah Segala pengalaman, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan menjadi inspirasi kepada seluruh warga pasukan.
Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kehidupan yang lebih bermakna bersama keluarga. Jasa dan pengorbanan Tuan akan sentiasa dikenang. Selamat bersara dan terima kasih atas segala bakti.

Kepada anggota yang bertukar Sekalung penghargaan diucapkan atas segala kerjasama, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang bertugas bersama kami. Walaupun bertukar ke tempat baharu, segala kenangan dan semangat setiakawan akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
Semoga terus cemerlang, dipermudahkan segala urusan dan berjaya menggalas amanah di tempat baharu. Terima kasih atas segala jasa dan semoga kita bertemu lagi pada masa hadapan.

Tarikh : 14/5/2026Kit inspection,mesyuarat balai bilangan(5) tahun 2026 serta sua kenal anggota yang baru bertukar ke BB...
14/05/2026

Tarikh : 14/5/2026

Kit inspection,mesyuarat balai bilangan(5) tahun 2026 serta sua kenal anggota yang baru bertukar ke BBP Jalan Raja selamat datang diucapkan..



Tarik : 6/5/2026Simbolik penanaman pokok  sempena sambutan hari  bomba 50 tahun.
06/05/2026

Tarik : 6/5/2026
Simbolik penanaman pokok sempena sambutan hari bomba 50 tahun.

Tarikh : 4/5/2026Sambutan Hari anggota bomba sedunia 2026 peringkat balai bomba penyelamat jalan raja
06/05/2026

Tarikh : 4/5/2026

Sambutan Hari anggota bomba sedunia 2026 peringkat balai bomba penyelamat jalan raja

Terima kasih di atas ingatan dan sumbangan kek dari bank rakyat mergong sempena sambutan hari bomba 4 mei 2026 ke balai ...
06/05/2026

Terima kasih di atas ingatan dan sumbangan kek dari bank rakyat mergong sempena sambutan hari bomba 4 mei 2026 ke balai bomba dan penyelamat jalan raja.

Assalamu'alaikum wbt.Puan-PuanTarikh: 5 Mei 2026 / Selasa*MAKLUMAN : ZIARAH KEBAJIKAN ANAK AHLI PERISMA YANG SAKIT KRONI...
05/05/2026

Assalamu'alaikum wbt.

Puan-Puan
Tarikh: 5 Mei 2026 / Selasa

*MAKLUMAN : ZIARAH KEBAJIKAN ANAK AHLI PERISMA YANG SAKIT KRONIK BUAH PINGGANG SEMPENA SAMBUTAN HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA 4 MEI 2026.*

Ziarah kebajikan anak PBK II Mohd Anas bin Ismail BBP Jalan Raja. Anak beliau sedang menjalani rawatan dialisis darah/air kerana buah pinggangnya berada di peringkat kronik di hospital dan melibatkan kos yang tinggi. Didoakan moga anak En Anas kembali sihat sejahtera.

Ziarah dihadiri oleh wakil AJK Perisma Kedah iaitu Pen Setiausaha Puan Fauziyatun Pouzi dan Puan Noor Khosma Othman. Turut hadir Ketua Balai BBP Jalan Raja Tn Wan Azizul Hakim bin Wan Jaafar

Kami mengucapkan SELAMAT HARI BOMBA kepada semua anggota dan pegawai Bomba dan isteri² hebat perwira merah.

SEKIAN TERIMA KASIH.

Majlis tahlil dan doa Selamat Sempena Hari anggota bomba sedunia👩‍🚒👩‍🚒
04/05/2026

Majlis tahlil dan doa Selamat Sempena Hari anggota bomba sedunia👩‍🚒👩‍🚒

04/05/2026

Address

Jalan Raja
Alor Setar
05000

Telephone

+6047349307

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share