🍊SESI PENYAMPAIAN BAKUL SUMBANGAN YAYASAN PETRONAS SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2026🍊
📆: 10.02.2026 (Selasa)
⏰: 3.30 petang hingga 5.00 petang
🏠 : 3 buah rumah klien dalam Daerah Kuala Muda
💺 KEHADIRAN
1) Petronas Zon Utara (En Haq dan En Faiz)
2) Wakil YB Exco Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Negeri Kedah (En Rusdi dan En Amran)
3) Unit Komuniti, JKMN Kedah
4) Unit Komuniti dan kakitangan PKMD Kuala Muda
📝 PENGISIAN PROGRAM:
1. Sesi taklimat ringkas lawatan ke 3 buah rumah klien (Fact Sheets)
2. Lawatan ke rumah 3 0rang klien PKMD Kuala Muda sekitar Sg Petani dan ramah mesra bersama klien.
3. Sesi bergambar dan serahan cenderamata oleh pihak Petronas.
Untuk makluman serahan bakul sumbangan CNY Yayasan Petronas melibatkan tiga buah daerah di Kedah iaitu:
1. PKMD Kuala Muda
2. PKMD Kulim
3. PKMD Bandar Baharu
Hanya 3 serahan ke rumah dilaksanakan bersama pihak Yayasan Petronas kepada klien sebagai simbolik sumbangan pada kali ini.
Ucapan terima kasih dan penghargaan atas penglibatan daerah terlibat.
Sekian, terima kasih.
Unit Komuniti,
JKMN Kedah🔰
Unit Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah - Bahagian KP & K
Unit Komuniti JKMN Kedah - Bahagian Kebajikan Produktif dan Komuniti JKMN Kedah
No Tel: 04 700 1700
🔶BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN RUMAH TRANSIT NEGERI KEDAH TAHUN 2026🔶
Syukur Alhamdulillah, telah melabuh tirai Bengkel Pemurnian Garis Panduan Pengurusan Rumah Transit Negeri Kedah (RTNK) dan Rumah Transit Anjung Kasih (RTAK) Tahun 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 3hb. hingga 5hb. Februari, 2026 bertempat di Hotel Grand Continental, Langkawi.
Bengkel ini merupakan anjuran Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) dengan kerjasama erat Pejabat Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah.
*Matlamat Utama*
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk:
1.Memastikan pengurusan rumah transit di Negeri Kedah dilaksanakan secara lebih sistematik, berkesan, dan berimpak tinggi.
2.Memurnikan garis panduan sedia ada agar selari dengan keperluan semasa kebajikan masyarakat.
*Sorotan Aktiviti*
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta yang terdiri daripada pegawai BPEN, JKM, MKNK, serta pengurusan RTNK dan RTAK telah terlibat aktif dalam:
1.Sesi Taklimat Khusus: Mengenai garis panduan pengurusan terkini.
2.Latihan Dalam Kumpulan (LDK): Sebanyak 5 sesi LDK telah dilaksanakan untuk mencambah idea dan penyelesaian isu pengurusan.
3.Pembentangan Kumpulan: Hasil pemurnian dibentangkan bagi mencapai kata sepakat.
*Majlis Penutup*
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Binti Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan) merangkap Yang Dipertua MKNK. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan sinergi antara agensi demi kesejahteraan rakyat Kedah.
Terima kasih kepada semua peserta atas komitmen padu yang diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung.
Semoga hasil pemurnian ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada golongan yang memerlukan di Negeri Kedah.
Unit Komuniti JKMNK🔰
05/02/2026
🔅TAKLIMAT PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK) NEGERI KEDAH TAHUN 2026🔅
🗓️ Tarikh: 21hb. Januari, 2026 (Rabu)
🏢 Tempat : DEWAN ARAS 4, BLOK C, BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ANAK BUKIT, ALOR SETAR, KEDAH
🕙 Masa : 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
🧕🏻 Penceramah : Puan Eny Idayu binti Mat Ali, KPP Cawangan PSK Bahagian Komuniti, JKMM
📌 Kehadiran:
1. Penyelaras-penyelaras Komuniti Daerah
2. Pengerusi/Setiausaha/Penyelia/Wakil Pertubuhan Sukarela Kebajikan Negeri Kedah
🗒️ Tentatif :
- Bacaan doa
- Taklimat ringkas urus setia
- Taklimat oleh penceramah : Peranan dan Obligasi Penerima Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) dan Sesi Soal Jawab
- Sesi Penutup
(Ucapan ringkas Puan Nor Asikin binti Ibrahim, Timbalan JKMN Kedah dan Penyampaian Cenderahati)
- Jamuan Makan/ Bersurai
Sekian, terima kasih.
30/12/2025
https://www.facebook.com/share/1TUiaPmuX9/
Ingin menyumbang kepada komuniti dan membantu mereka yang memerlukan? Daftarlah sebagai sukarelawan dan sertai pelbagai program seperti khidmat bantu di rumah, khidmat bantu di institusi kebajikan, pembangunan komuniti dan pengurusan bencana.
Pendaftaran mudah secara dalam talian melalui e-Komuniti, https://komuniti.jkm.gov.my/public-volunteer/create
Jom jadi sebahagian daripada perubahan!
Hajah Nancy Haji Shukri
Lim Hui Ying 林慧英
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia
11/12/2025
🔸LAPORAN PERKHIDMATAN PELANGGAN PKMD KUBANG PASU SEMPENA PROGRAM HARI TERBUKA PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN BERSAMA KLINIK KESIHATAN CHANGLUN 2025🔸
📕 Tarikh / Hari: 11hb. Disember, 2025 / Khamis
🏠 Tempat : Perkarangan Klinik Kesihatan Changlun
⏰ Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
📌Jabatan / Agensi Terlibat:
1. Unit Perpustakaan, UUM Sintok
2. Pusat Giat Mara
3. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu
4. Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu
5. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu
6. Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu
7. Lembaga Tabung Haji
8. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
9. Kolej Matrikulasi Kedah
📌Penganjur Program :
Klinik Kesihatan Changlun
📌Pengisian Program:
1. Pembukaan kaunter JKM- Advokasi Perkhidmatan JKM.
2. Soal jawab interaktif bersama pengunjung.
3. Edaran risalah dan pamplet perkhidmatan jabatan.
4. Mengalakkan pendaftaran ahli baru sukarelawan bagi daerah Kubang Pasu
5. Pendedahan dan soal jawab berkaitan aplikasi MYIBJKM
📌Penglibatan:
➡️ Unit Komuniti PKMD Kubang Pasu
➡️ Unit Warga Emas PKMD Kubang Pasu
➡️ Petugas PKMD Kubang Pasu
➡️ Sukarelawan Kubang Pasu
Sekian, terima kasih.
🔰
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Aras Bawah, Zon C Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Alor Setar
06550
