JKKK Kampung Pegawai

JKKK Kampung Pegawai

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JKKK Kampung Pegawai, Public & Government Service, Alor Setar.

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 28/02/2016

Lawatan skuad sayang ke rumah Kak Jamnah lot 11 dan kak siti lot 66 pada 28 2 2016 untuk melihat dan memberi bantuan di atas kesulitan yang mereka alami. Kak Jamnah mengalami sakit bengkak kaki dan lutut, manakala kak siti rumahnya dipikul ribut sehingga bumbungnya terbang. Terima kasih kepada skuad sayang diatas keperhatinan terhadap mereka yang memerlukan bantuan.

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 27/02/2016

Jamuan makan malam semua ajk jkkk kg pegawai pada 27 2 2016 bertempat chalie cafe,Tanjung Chali. Jamuan tahunan ini bertujuan untuk mengenang jasa semua ajk jkkk kg. Pegawai diatas pengorbanan mereka selama ini.
Selasai jamuan tersebut, ajk berpeluang menaiki bot menyusur sungai anak bukit, ampang jajar dan sg. Tongkang yard (melihat ternakan rusa)

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 27/02/2016

Hari ini 27 2 2016 sambung kerja kerja gotong royong melebarkan bahu jalan bermula daripada rumah cikgu hassan sehingga berhampiran rumah tan lot 5. Alhamdullilah, ramai yang datang membantu. Semoga allah memberi ganjaran pahala kepada mereka yang membanting tulang bergotong royong. Terima kasih juga kepada kak rodiah, kak bedah dan isteri hj yaakob kerana menyediakan makan tengahari. Semoga allah yang membalas jasa kalian.

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 25/02/2016

Dukacita dimaklumkan bahawa, rumah En. J***t b Rahman Lot 66 telah dipukul ribut sehingga berlakunya kerosakkan pada bumbung pada tengahari tadi jam antara 12.45 hingga 1.45 ptg. Jkkk telah memaklumkan kepada Tn Syed Hafis bin Syed Mustafa, Penyelaras Dun Kota Darulaman. Tindakkan segera telah diambil oleh pihak Pejabat Daerah Kota Setar, Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Penyelaras Dun Kota Darulaman dangan hadir menhulurkan bantuan kewangan dan bantuan yang lainnya akan menyusur kemudian.

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 23/02/2016

Assalamualaikum. Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil di Surau Kampung Pegawai telah diadakan pada 18 Februari 2016 . Ianya dilaksanakan bertujuan untuk disedekahkan pahalanya kepada arwah arwah Kampung Pegawai. Program ini adalah anjuran bersama Jkkk dan Pemuda Umno Bahagian Alor Setar. Terima kasih juga kepada Bob Pak Lang dan Pak Salleh di atas sumbangan wang ringgit. Kepada semua Ajk yang terlibat menyediakan makan minun dan pesiapan tempat juga diucapkan ribuan terima kasih. Jasamu dikenang

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 09/02/2016

Seperti tahun-tahun yang lepas. Kelendar 2016 telah diedarkan percuma kepada semua penduduk Kampung Pegawai baru-baru ini. Ini juga salah satu aktivti tahunan yang dilakukan oleh JKKK Kampung Pegawai. Dalam kelendar tersebut dicatitkan No Tel Pengerusi dan Setiausaha supaya penduduk Kampung mudah menghubungi jika menghadapi apa jua masalah dan sesulitan yang timbul. Selamat Tahun Baru Masihi, semoga tahun ini penduduk Kampung akan beroleh keberkatan hidup. Insyaallah.

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 06/02/2016

Menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Tionghua Kampung Pegawai sempena sambutan tahun baru cina 2016 pada 5.2.2016 di Dewan Orangramai Kampung Pegawai.

Photos 04/02/2016

Ketua Bahagian Umno Alor Setar, YAB Dato Seri Hj Ahmad Bashah b Md Hanipah telah dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke 12. Tahniah dari JKKK dan penduduk Kampung Pegawai. 4 Februari 2016

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 01/02/2016

Al fatihah untuk adik Helmi Lot 22 Kampung Pegawai telah kembali ke Ramatullah pada 1 Februari 2016 . Beliau yang selama ini koma setahun tiga bulan , terlibat dengan kemalangan di hadapan surau Kampung Pegawai kini Allah lebih menyangi beliau dengan mengadap ilahi. Semoga rohnya ditempatkan bersama sama orang yang beriman. Bersama kita sedekah al fatihah untuknya

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 29/01/2016

Sedang berbincang tentang kerja khawin anak ibrahin lot 45dan jamu selera

29/01/2016

Perbincangan sebahagian penduduk Kampung Pegawai pada 29 Januari 2016 di rumah ibrahim lot 45 sempena kenduri khawin anaknya pada 13 Februari 2016 nanti. Kenduri khawin secara gotong royong masih diamalkan di Kg Pegawai ini. Semoga semangat ini akan mengeratkan lagi siratulrahim sesama penduduk Kampung.
Wakil Tuan rumah En Zerai
Ketua Bentara En Zainol
Tukang masak nasi Pak Lee
Ketua Bahagian Minuman En Sobri
Ketua Cuci Pinggan En Shukur Rawi
Ketua Masak Lauk Pauk Kak Bedah
Ketua Persiapan tempat En Awang, Zul dan Din

Photos from JKKK Kampung Pegawai's post 24/01/2016
Want your business to be the top-listed Government Service in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Alor Setar
05400